Cinta "Makeover"

54 1 0
                                    


Persetujuan Farain sebenarnya amat menggembiran Puan Mariam yang cukup kenal sangat dengan pelajar kolej itu yang sudah lama memerhatikan anaknya. Malah dia agak benci dengan sikap Farain yang selalu mempermain-mainkannya di bilik kuliah sebelum ini. Tetapi Perubahan mendadak yang dilakukan secara Extreem Makeover terhadap Farain benar-benar mengubah lelaki itu.
Dari seorang yang sangat selekeh, sekarang dia kelihatan sungguh segak walaupun dia bukanlah lelaki tampan. Dari seorang yang selamba dan suka bermain-main dan tidak serius dalam apa jua hal, dia memaksa dirinya menjadi sopan, beradab dan sangat menarik ketrampilannya. Yang berbau dan berdaki, kulit yang agak gelap, kini dia wangi, bersih dan berseri kulitnya. Sehingga kawan-kawan sekuliahnya hampir tidak mengenalinya lagi. Masing-masing mulai bersorak...

"Farain ke ni???...wow! WOW! WOW! WOWW!!"
Begitulah riuh suara ramai pelajar-pelajar kolej lain yang amat terkejut melihat lelaki itu muncul bersama Fazlin menuju ke bilik Puan Mariam. Namun, Farain sangat tidak selesa dengan perubahan itu, kadang-kadang perangai lamanya masih terikut-ikut.
Cuma perkara yang senang untuk dia lakonkan ialah mencintai Fazlin kerana itu sebenarnya sudah sebati dalam dirinya sehingga Puan Mariam dan Fazlin terpaksa berulang kali mengingatkannya yang mereka hanya berlakon. Farain mengangguk lemah, tetapi di dalam hatinya, dia berazam untuk cuba memikat gadis itu supaya benar-benar jatuh cinta kepadanya.

Sudah hampir 2 minggu, panggilan telefon dari Azman tidak dilayanFazlin, dia benar-benar berusaha untuk membuatkan lelaki itu memutuskanpertunangan mereka. Keletah Farain pula yang selamba rock dan pandaiberjenaka, selalu membuatkan Fazlin tertawa riang. Walaupun dia tidaksetampan mana, tetapi gurauan Farain selalu menggelikan hati Fazlinsehinggakan Farain dan Fazlin semakin mesra dan amat rapat. Malah,pasangan yang menyamar ini begitu terkenal hampir ke seluruh kolej,sebagai couple yang paling romantik dan happy go lucky! Sehinggalahterdengar ke telinga Azman yang mulai cemburu dan rasa tercabar,lantas, lelaki itu telah membuat lawatan ke kolej...

"Lin...Man dengar, you ada boyfriend kat kolejni? Apa...you sudah lupa ke you tunang I?...walau apa pun yangtelah berlaku kat I..itu semua dusta, orang nak fitnah I...Lin, Isayang you tau..."
"Oh really? Patutlah you tidur dengan macam-macam perempuan..."
"Look...itu semua karut, I tak sayang dia orang okey...I sayang you saja..."
"Sudahlah...I got to go."
"Nanti sayang..."
Puan Mariam yang nampak akan si Azman dan Fazlin berbual,cepat-cepat memanggil Farain dan menyuruh lelaki itu pergi melakukantugasnya, dengan membuatkan Azman cepat membenci Fazlin.

"Hai sayang..." tegur Farain, terasa geli di kerongkongnya...tapi terpaksa.
"Hei Rain...dah lama I tunggu you tau"
"Ya?...eh jomlah, kita gi makan...I lapar lah."
"JOM!" Sambil menjeling kepada Azman yangmencuka rautnya, Fazlin terus saja mencapai lengan Farain dan berkepitrapat, berdua-duaan meninggalkan Azman yang terus terpinga-pinga disitu dan mendengus-dengus kemarahan. Fazlin amat gembira sekali keranatelah dapat membuatkan lelaki itu marah. Dia amat berharap, Azmanmemutuskan pertunangannya secepat mungkin.
"Tengok tu Rain, Azman dah marah tu...nampaknya kita berjaya."
"Ya lah, hehehe...baguslah...cepat-cepatdia belah, cepatlah kita boleh mula bercinta, kasi real punya lasikit..."
"Apa you cakap?"
"Tak ada apa..."
"Tadi you cakap kita bercinta apa dah tadi..."
"Huh?..taakkk..hmm..I cakap...bestlah you adaseorang ibu yang sanggup merancangkan kebahagiaan anaknya...I takada siapa ...yatim piatu."
"Oh? sorry...hmmm...you tak ada keluarga lain?"
"Ada...bapa sedara I, tapi jauh...katAustralia. Kat sanalah I mula minat Lenny Kravits, Steventyler...then mula jadirockers...yeaaaahhhhhh...hahahaha..."
"Hehehe..you ni memang funny guy lah..."

Keesokan harinya, dan hari-hari seterusnya...

Hampir setiap hari Azman datang ke kolej itu untuk berjumpa denganFazlin, dia langsung tidak putus asa, dan tidak menunjukkan tanda-tandadia akan memutuskan pertunangannya dengan Fazlin. Malah, Azman jugaturut mulai melakukan 'Makeover' dengan dirinya sendiri.Azman berubah menjadi seorang lelaki yang benar-benar baik terhadapFazlin dan langsung tidak cemburu dengan perhubungan Fazlin dan Farain.Sehingga membingungkan mereka berdua...
"Isshh...geram aku dengan si Azman ni. Apahal dia tak give up ah?"
"Ya lah...hmm...apa lagi kita nak buat?"
"Tu lah pasal...gua dah tak tahu nak buat apadah beb!..err...maksud saya, ...saya sudah tidak tahu..."
"Nevermind Rain!"
"Heh?...hehe okey...tapi mamat ni kacau arrr.."

Farain amat tidak berpuas hati kerana lakonan mereka hanya membuatAzman berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Makin rapat Fazlindan Farain 'bercinta olok-olok', Azman semakin baik padaFazlin dan telah berubah menjadi seorang lelaki yang amat setia kepadatunangnya, malah begitu understanding terhadap perhubungan Fazlindengan Farain, sehinggakan semua pelajar-pelajar kolej memuji-muji pulasikap Azman...apa sudah jadi?!

Hari berganti hari... sikap Fazlin pula mulai berubah ghairahdengan perubahan Azman. Dia yang begitu teruja mahu membuat Azman marahdan benci kepadanya dulu, kini beralih arah. Malah dia begitu gembirasekali melihat Azman kembali tergila-gilakannya. Perasaan inginmemutuskan tali pertunangan dengan Azman, semakin pudar di ingatannya.Hampir setiap masa dia meluahkan rasa gembira dan terujanya denganperubahan Azman sehinggakan membosankan Farain yang berpura-pura sukadengan apa yang telah terjadi.
"Lin happy nyaaa...Rain, At first Azman amatcemburu kan Rain, dia marah sangat, tapi sekarang dia dah berubah jadibaik sangat tau Rain. Bayanglah...dia sendiri yang buat TOTALMAKEOVER dengan tingkah lakunya!"
"Humhhh...lawaklah mamat tu...nanti gua mandikan dan lulurkan dia kasi cuci!"
"Hahaha...ya..ya..nanti you buat tu. But...Lin rasa happy tau Rain...HAPPY! HAPPY!"
"Ya, I know...I can see, tapi..."
"Masa Lin duk bercinta dengan dia dulu tak macam nitau...hahaha, I'm so greatful!!! ...sekarang baru diatahu. Itulah, masa I duk gila dan cinta dia sangat dulu, dia buat taktahu aje, sekarang baru dia nak terhegeh-hegeh. Hahaha...padanmuka dia kan, Rain."
"Emm..well, good for you, okeylah tu humhhh..." keluh Farain. Semakin bosan dengan luahan Fazlin.
"Dia gentleman sangat tau sekarang...dia bolehrelax je tentang perhubungan kita. So understanding...dan diasetia kat I, hari-hari datang tuuu, you nampak tak Rain?"
"Macam tu setia you kata?..."
"Aii...kalau tidak, dia takkan datang jumpa I hari-hari ni tau..."
"Yaaa..."
"Yeah! I berjaya! ...I berjaya Rain..."
"Berjaya?...bukan ke you nak putus tunang ngan dia?Siap guna I lagi untuk buat dia benci kat you. Sekarang ni you allsemakin rapat...apa yang you kata berjaya nya ni?"
Fazlin terdiam seketika, teringat tujuan lamanya yang takkesampaian tetapi wajahnya berubah ceria bila mengingatkan Azman yangbegitu menggembirakannya sekarang! "Hehe...betul jugakkan...tapi I'm happy with him now."
"Yaa...mungkin makeover dia lagipower..." jawab Farain. Tersimpan perasaan kecewa di hatinyakerana Fazlin tidak nampak yang dia sebenarnya telah lama menyimpanperasaan kepada gadis itu dan jauh di lubuk hatinya, dia benar-benarmencintainya.
"Ya mungkin...hihihi..." jawab Fazlin, tergelak-gelakkecil melangkah kaki meninggalkan Farain, bagai khayal dalam cinta yangsemakin indah baginya...Farain mencebik sedih...kecil terasa dihatinya, bengkak jiwanya mengenangkan perhubungannya yang bagai kabusberlalu, tebal tetapi kosong semata-mata...

CERPEN CERPEN PENDEKWhere stories live. Discover now