CINTA SEMEKAR BUNGA ROS

464 2 0
                                    

Benarkah kata-kata Puan Suriani yang cinta dan sayang akan wujud jua di kemudian hari? Itulah yang difikirkan Rosliani Olivia Syaliani. Seorang gadis yang berusia 23 tahun yang mempunyai wajah berkulit putih mulus. Semalaman Rosliani memikirkan tentang hasrat ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan anak sahabat bapanya,Encik Fikri. Tidak pernah terlintas di hati Rosliani untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Masih terlalu awal untuk memikirkan semua ini. Rosliani masih ingat lagi apa yang dibincangkan oleh papa dan mamanya semalam.

"Ros,papa dan mama ada benda nak bincang dengan Ros."

Encik Salam memanggil anak gadisnya yang sedang leka menonton televisyen. Rosliani bingkas bangun menuju ke arah Encik Salam dan Puan Suriani yang duduk di ruang hadapan rumah.

"Ada apa papa? Serius semacam aja Ros tengok. Ni mesti penting sangat ni?" Tanya Rosliani menunjukkan wajah berkerutnya. "Papa... papa nak Ros kahwin, dengan anak Encik Fikri. Papa dan Encik Fikri dah aturkan semuanya. Papa minta maaf sebab papa tak bincang dengan Ros dulu perkara ni. Tapi... ini semua untuk kebaikan Ros jugak. Papa nak Ros bahagia bila ada keluarga. Papa tahu,Ros masih muda dan banyak lagi perkara yang Ros perlu belajar. Tapi papa dan mama dah tua. Kami nak sangat merasa ada cucu seperti orang lain." Ucap Encik Salam dengan nada perlahan.

"Papa...Apa semua ni? Kenapa papa sanggup buat Ros macam ni? Apa salah Ros papa? Senang-senang aja papa nak jodohkan Ros dengan lelaki yang Ros tak sayang dan cinta." Marah Rosliani sambil mengetap bibir geram. Mana mungkin dia akan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Apatah lagi,dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Entah macam manalah wajah lelaki yang mahu dijodohkan oleh ibu bapanya kepadanya.

"Ros...Cinta dan sayang akan wujud jua di kemudian hari. Ros tak payah risau. Mama yakin suatu hari nanti Ros akan temui cinta Ros buat Roshah Azrey." Kini giliran Puan Suriani pula bersuara. Gluppp. Tekaknya terasa pahit . 'Roshah Azrey? Adakah dia yang mama maksudkan? Tak mungkin. Tak mungkin. Setelah sekian lama aku tidak mendengar namanya,kini mama pula yang menyebutnya' Desis hati Rosliani. "Mama, papa. Walau apapun yang terjadi Ros tetap dengan pendirian Ros. Ros tak nak kahwin dengan orang yang Ros tak kenal. Mama dan papa tahu kan yang Ros tak percayakan cinta." Rosliani bingkas bangun menuju ke bilik meninggalkan Encik Salam dan Puan Suriani.

Bagi Rosliani, cinta itu tidak wujud. Tengoklah zaman sekarang, kononnya cinta tapi buang anak. Sebenarnya cinta itu nafsu. Bukan suatu perasaan yang mulia. Cinta yang diagungkan itulah yang membawa kemusnahan. Seks bebas tu sebab apa? Sebab cintalah. Cinta konon. Cinta suatu kebodohan, merosakkan. Malah cinta membuatkan manusia menjadi lalai. Itulah hebatnya akal fikiran manusia. Kononnya ada perasaan yang begitu hebat sekali sampai kena tembak berpuluh-puluh kali pun tetap bangun demi mempertahankan cinta. Cinta pada Allah dan Rasulullah lagi mendapat nikmat dan pahala.

 Bayu senja berpuput lembut. Mentari semakin pudar sinarnya. Keadaan laut tenang. Hanya sesekali ombak-ombak kecil berkejaran di tepian pantai, kemudian pecah menjadi manik-manik jernih terkena sinaran mentari. Lemah longlai langkahnya. Rosliani mundar-mandir. Dia memungut batu-batu kecil bertaburan di debuan pasir pantai, lalu dilemparkan jauh-jauh ke dasar lautan yang paling dalam. Dibiarkan tenggelam semuanya dari kelihatan. Rosliani tenang berada di sini. Dia merasakan seolah-olah semua masalah yang mengganggu kotak fikirannya hilang tenggelam ke dasar lautan. "Ros, sejak kau balik dari Paris nikan, aku tengok kau macam ada masalah aja? Kalau kau ada masalah ceritalah dekat aku.

" Akhirnya Lily bersuara setelah lama mereka membisu. Rosliani mengeluh. "Entahlah Lily. Aku tak tahu macam mana nak cakap. Papa dan mama aku paksa aku kahwin dengan anak kawan diorang. Lagi seminggu aku akan menikah. Aku tak nak tengok papa dan mama aku sedih." Ucap Rosliani sambil menangis. Kepalanya disandarkan ke bahu Lily. "Banyakkan bersabar Ros. Aku yakin diaorang buat macam ni sebab nak tengok kau bahagia. Orang tua mana yang tak ingin melihat anaknya bahagia? Aku tahu kau tak percayakan cinta. Tapi percayalah, suatu hari nanti kau akan tahu apa itu maknanya cinta. Bila kau dah memilikinya, kau akan bahagia. Aku tak terkejut pun bila kau cakap kau nak kahwin. Sebab memang patut pun papa dan mama kau carikan calon untuk kau. Sebab kau susah sangat nak percayakan cinta. Cinta suatu perasaan yang unik dan indah bila kita merasainya. Tapi budak zaman sekarang salah bercinta. Mereka fikir cinta itu perlukan segala-galanya tanpa menjaga batas pergaulan. Sebab itulah ramai anak gadis yang membuang bayi merata-rata." Panjang lebar Lily memberi syarahannya. Rosliani hanya tersenyum. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. "Kau ni Lily, sama aja macam papa dan mama aku. Dahlah, malas aku nak fikir pasal ni. Berserabut kepala otak aku aja." Rosliani bingkas bangun dan berlalu dari situ.

Sepasang baju pengantin yang berwarna putih berbunga merah begitu cantik disarungkan ke tubuh Rosliani. Anggun sngguh sesiapa yang melihatnya. Memang benar, Rosliani begitu cantik sehingga menjadi kegilaan kaum adam. Berkulit putih gebu, berbulu mata lentik, berhidung mancung dan mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi gebunya. Buktinya sewaktu dia belajar, ramai yang ingin berkenalan tetapi dia tidak menghiraukannya. Dia tidak mahu terjebak dalam percintaan. Baginya cinta itu dusta.

"Wah... Cantiknya kawan aku seorang ni. Macam Puteri Pulau Tioman aja aku tengok." Puji Lily menunjukkan wajah cerianya. "Isy, tak ada maknanya. Kerja kau nikan, suka sangat perli aku." "Apa pulak tak ada maknanya. Hari inilah hari yang paling bermakna bagi kau. Kau tahu tak? Sepatutnya kau gembira sebab kejap lagi kau dah nak jadi isteri orang. Kau ingat kau ni kanak-kanak lollipop ke yang hari-hari kerjanya tahu nak mintak lollipop aja?" Mak Izah, pembantu rumah Rosliani ketawa mendengar lawak yang tidak berapa nak lawak Lily itu. "Kau nikan, kalau satu hari tak menyakat aku tak boleh ke?" Heee... Geram pula Rosliani pada sahabatnya itu. Lantas tangannya mencubit lembut bahu Lily. Lily mengadu kesakitan.

"Aduh... Sakitlah. Okey-okey, aku tak buat dah. Dah nak jadi isteri orang pun perangai macam budak-budak. Buat malu aja dekat kanak-kanak lollipop." Ketawa mereka meletus. Keluarga pihak lelaki sudah sampai. Encik Fiqri, Puan Salimah, dan anaknya Roshah Azrey, serta yang lainnya masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Senyuman dilemparkan. Wajah Roshah Azrey yang hensem kelihatan begitu berseri-seri. Agaknya begitulah bagi pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan. Roshah Azrey dengan selambanya duduk di hadapan tok kadi. "Ros, hensem gila bakal suami kau. Kalau aku tahu macam ni, aku rela kena kahwin paksa." Lily mendekati Rosliani yang sedang melihat ke luar jendela. "Kalau macam tu, apa kata kau tolong ganti tempat aku." Jawab Rosliani selamba. "Kalau boleh dah lama aku tolong gantikan. Dahlah, jom turun." Dengan penuh berhati-hati, Rosliani menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan seraya menundukkan wajahnya.

CERPEN CERPEN PENDEKWhere stories live. Discover now