Cinta "Makeover"

67 2 0
                                    

Akhirnya..., rahsia penyamaran Farain terbocor sudah setelah Azman terdengar perbualannya dengan Fazlin sewaktu dia diberitahu yang helah pembohongan dan penyamaran itu sudah tidak diperlukan lagi...
Farain terdiam seribu bahasa...hilang sudah peluangnya untuk bersatu dengan Fazlin. Lenyap kini cinta yang diidamkannya...tiada lagi harapan kepada cinta yang seumpama cahaya mentari hampir hilang di balik awan mendung...
"FAZLIN!...you buat semua ni untuk I?" Terkejut mereka berdua tersergah oleh Azman yang muncul tiba-tiba. "You sanggup berlakon demi untuk membuatkan I cemburu, Lin?..Wow!"
"Well...yaa...I masih sayangkan you Man..." jawab Fazlin penuh manja, terus saja Fazlin dipeluk erat oleh Azman. Farain tertunduk malu dan perlahan-lahan mengundurkan kakinya, lemah melangkah pergi dan berlalu depan bilik Puan Mariam yang kelihatan sudah lama berdiri di situ sambil tersenyum sinis ke mukanya. Sedih di hati Farain, bertambah pilu dengan riak wajah Puan Mariam...langkahnya terhenti, dia memandang kembali ke arah Fazlin yang terus berada dalam pelukan Azman...bergenang matanya...Bapa Azman muncul perlahan-lahan kemudiannya dengan wajah yang penuh puas dengan apa yang dilihatnya. Sambil berkata,
"Mariam...rancangan you berjaya...Genius!"
"Terimakasih Tuan Ariffin..."
Farain kehairanan...terpinga-pinga dengan kehadiran Dekan itu yang datang entah dari mana. Apa yang dimaksudkan oleh dia ni? Rancangan apa? Lalu perbualan mereka dicelah Farain,
"Apa semua ni Puan Mariam?...rancangan apa ni?"
"Farain!...awak boleh pergi sekarang...awak hanya menyamar di sini dan tugas awak sudah selesai!" tegas Puan Mariam, memuncung-muncung mulutnya.
"Err..ada apa ni Mariam?..siapa budak ini?"
"Err..err...tak ada apa-apa Tuan."
"Mariam, you memang hebat, bagaimana you boleh tahu anak you akan kembali kepada Azman sebenarnya?"
"Oh? Hehe...sebenarnya I lebih tahu pasal anak you Tuan Ariffin, maaf...tapi, Azman cukup terkenal menyukai gadis yang mempunyai cabaran...jadi bila I ujudkan cabaran untuk dia...pastinya dia akan kembali mencuba sedaya upaya untuk memenangi hati Fazlin...dan itulah kelemahan anak saya pula." Jelas Puan Mariam sambil menjeling ke muka Farain dan memberi sedikit lagi senyuman sinis...
"Hahaha...you memang bijak Mariam...BIJAK!"
"Well, berbesan kita Tuan Ariffin?"
"Itu sudah pasti!"
Tersentak seketika minda Farain, bagai terhenyak jantungnya bila dia terdengar apa yang pensyarahnya berkata kepada Dekan kolej itu...lantas dia memandang keseluruhan situasi itu...jelaslah sekarang yang dia hanya dipergunakan oleh Puan Mariam bukan untuk memutuskan pertunangan mereka tetapi semata-mata untuk merapatkan kembali Fazlin dan Azman! Walau dia sedar, segala-gala hanyalah lakonan dia dan Fazlin, tetapi jika untuk membuatkan Fazlin kembali kepada Azman...tidak mungkin dia bersetuju melakukan helah itu... Tambahan kini dia tahu perkara sebenar...Puan Mariam membohonginya, membuatkan Farain terasa begitu terhina dipermainkan sedemikian rupa...

FAZLIN : Sekembalinya Fazlin kerumahnya, semalaman dia terkenang kepadakedua-dua lelaki di dalam hidupnya. Azman, anak Dekan, lelaki kaya dantampan. Farain pula...lelaki selamba, kutu rock, tidak hensemtetapi selalu membuatkan dia ketawa. Pelik...sepanjang dia beradadi dalam dakapan Azman, sedikit perasaan teruja tidak dirasainya, malahtiada perasaan 'MAGIC' antara dia dan Azman.


"Aku confused!...bingung sangat!!! Segala kenangansuka duka bersama Farain yang aku anggap langsung tidak bermakna itupula, yang mulai mengusutkan kepalaku. Ahhh...apa aku nak buat nihhh??!Segala lakonan selama ini, benar-benar buat aku rasa begitubererti...oh GOD!!. Semua gelak ketawa dan gurau senda bersama Farainahhh...menusuk kalbu ku... walaupun ianya hanyalah lakonan tetapi bagiku ia AMAT REAL!...tapi bagaimana pula kasih Azman pada ku??"

FARAIN : Sepanjang minggu, Farain mengurungkan dirinya di kamar asramalelaki, dia tersangat kecewa dengan apa yang telah terjadi, apatah lagibila mendapat berita yang Fazlin dan Azman akan diijab kabul dalamminggu ini juga...
"..aku sedar yang aku bukanlah lelaki pilihanFazlin, aku tak berharta, tak memiliki paras rupa setampan Azman, malahsememangnya aku tidak layak untuk memiliki gadis itu! Ohhh...aku kecewalagi kali nihh...terluka lagi kerana cinta yang sudah terpendamsekian lama...aku...aku...aku harus pergi dari dunia ini, pergijauh dari kekecewaan ini...AARRGGHHH!!!"
Jeritan Farain nyata benar menyampai maksud yang dia tidakdapat menerima hakikat yang Fazlin bakal menjadi isteriorang...akhirnya, kerana sudah terlalu kecewa, Farain mengambilkeputusan nekad untuk berhenti dari meneruskan pembelajarannya danpergi ke Perth Australia, pulang kepada bapa saudaranya yang pernahmenjaganya dulu. Farain lebih rela tinggal bersama pakcik dan makciknyadi Fremantle, menjadi nelayan laut luas daripada melihat cinta hanyutdibawa arus deras...

CERPEN CERPEN PENDEKWhere stories live. Discover now