Di saat ini, jantungnya berdebar begitu kencang bagai terkena panah petir. Tidak tahu macam mana mahu digambarkan di dalamnya. Hanya Allah dan dia sahaja yang tahu betapa gementarnya dia. Usai sahaja acara akad nikah, Rosliani cuba memberanikan dirinya untuk melihat siapakah gerangan suaminya itu. Dengan perlahan-lahan Rosliani mengangkat mukanya memandang tepat ke arah suaminya. Alangkah terkejutnya. Kepalanya terasa pening yang amat sangat. Nafasnya bagaikan ditahan. Sukar baginya untuk bernafas biarpun dia tidak menghidapi asma. Pandangannya kabur.
Rosliani dapat merasakan pipinya diusap perlahan. Tangan siapakah itu? Dia membiarkan tangan itu mengusap lembut pipinya dan membelai rambutnya. Entah kenapa hatinya terasa selesa apabila dibelai sebegitu rupa. Terasa bagai ada suatu perasaan turut membelai hatinya. Tubuh terasa sejuk. Terasa tidak bermaya. Rosliani terdengar namanya dipanggil berkali-kali dan pipinya ditampar perlahan. Perlahan-lahan matanya dibuka. Pandangannya masih kabur namun dia dapat mengecam siapa yang duduk di sisinya ketika ini. Roshah Azrey? Rosliani bingkas bangun dari pembaringan. Dia melihat sekeliling.
"Sayang, teruk sangat ke muka abang tadi? Sampai sayang boleh pengsan." Tanya Roshah Azrey memandang tepat ke arah isterinya. Wajah di depannya kelihatan pucat. "Shah, apa awak buat dekat sini?" "Apa abang buat dekat sini? Sayang dah lupa ke yang kita nikan dah sah jadi suami isteri. So, abang kenalah jaga isteri abang yang comel ni." Satu ciuman hinggap di pipi Rosliani. Rosliani terkaku. Tidak menyangka Roshah Azrey tergamak berbuat begitu terhadapnya. "Shah! Apa awak buat ni? Jangan macam-macam dengan saya. Saya repot polis karang. Terperaplah awak dekat longkap tu." Marah Rosliani. "Kalau sayang berani, cubalah." Rosliani sudah naik bengang. Dia bangun untuk keluar dari bilik yang merimaskan itu. Belum sempat dia membuka pintu, tangannya ditarik lembut oleh suaminya. Rosliani meronta-ronta untuk dilepaskan. Tetapi semakin kuat dia meronta semakin kuat pelukan suaminya.
"Sayang... Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Sayang janganlah degil sangat. Sebenarnya abang dah lama jatuh cinta dekat sayang. Tapi sayang asyik marahkan abang aja masa tu. Abang baru nak mengorat sikit pun sayang dah lari macam ayam nak bertelur." Luah Roshah Azrey membelai rambut isterinya.
Sejak dari tingkatan empat lagi Roshah Azrey sudah menaruh hati pada Rosliani. Ketika itu Rosliani baru berpindah ke SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Cinta pandang pertama membuatkan Roshah Azrey berusaha untuk mendapatkan cinta Rosliani. Walaupun dia tahu banyak saingan dan amat sukar baginya untuk mendapatkan Rosliani. Tamat sahaja zaman persekolahan, Roshah Azrey terpaksa pergi ke New Zealand untuk menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu betapa tersiksanya menanggung rindu pada gadis idamannya, Rosliani. Dan kini dia bersyukur kepada Allah kerana doanya dimakbulkan. Bermimpikah dia sekarang ni? Adakah ini semua hanya angan-angan atau bayangan sahaja? Tidak! Dahulu mimpi ini sering kali hadir menghiasi kamar mimpinya. Bayangan ini sering hadir di depan matanya. Tapi kini semuanya sudah menjadi kenyataan. Ini sangat bermakna dalam hidupnya.
"Macam mana awak... Boleh kahwin dengan saya?" Tanya Rosliani inginkan kepastian. Amat sukar baginya untuk mempercayai semua ini. "Lepas abang balik dari New Zealand, papa dah carikan calon isteri untuk abang. Tapi abang tak nak, sebab abang nak cari sayang. Abang yakin jodoh abang dengan Rosliani Olivia Syaliani. Lepas tu papa ada tunjukkan gambar. Abang tak tengok pun gambar tu. Entah kenapa tiba-tiba aja terdetik di hati abang nak tengok gambar tu. Bila abang tengok aja gambar, abang rasa ini semua macam mimpi. Betapa gembiranya abang bila tahu calon yang papa carikan tu ialah sayang. Abang terus panggil papa, cakap setuju." Dengan penuh perasaan Roshah Azrey menceritakan kesemuanya. Dia tidak mahu isterinya tertanya-tanya apa yang berlaku.
"Sekarang sayang tak boleh lari lagi macam dulu. Kalau tak, abang ikat sayang dekat pokok sekali dengan kerengga." Sempat lagi Roshah Azrey mengusik isterinya. Rosliani hanya tersenyum dengan usikan itu. "A... A.. Abang... Biarlah Ros berterus terang. Sebenarnya Ros dah lama suka dekat abang. Sebab tu Ros tak layan mana-mana lelaki yang nak dekat dengan Ros. Abang tahu tak betapa sukarnya buat Ros menanggung rindu pada abang. Hidup Ros terasa kosong. Kadang-kadang Ros cemburu tengok kawan-kawan Ros semuanya ada pasangan hidup masing-masing. Hanya Ros aja yang keseorangan dan kesepian menunggu cinta yang Ros carikan selama ni. Ros boleh tipu papa, mama, Lily yang Ros tak percayakan cinta.
Tapi Ros tak boleh nak tipu diri Ros sendiri. Betul kata Lily, indahnya bila kita merasai cinta. Kini Ros bersyukur sangat sebab Allah dah makbulkan apa yang Ros minta dan cari selama ni." Roshah Azrey merangkul pinggang dan satu ciuman hinggap di pipi Rosliani. "Mulai sekarang sayang tak payah nak cemburu lagi okey. Sebab sayangkan dah ada abang. Abang nak sayang ingat yang abang sayang sangat pada Ros dan tak ada sesiapa yang dapat pisahkan kita melainkan ajal dan maut dari Allah SWT."
"Mama, papa... Ros nak ucapkan terima kasih sebab ambil berat pasal diri Ros. Dan tolong carikan calon suami untuk Ros. Ros mintak maaf kalau selama ni Ros ada buat salah. Ros tahu mama dan papa nak tengok Ros bahagia. Ros fikir Ros tak akan bahagia dengan perkahwinan ni, tapi Ros silap. Mama pernah cakap dulu yang cinta dan sayang akan datang jua. Kini tak payah tunggu lagi, memang dah ada cinta dan sayang yang sentiasa mekar setiap detik. Ros bahagia sangat. Terima kasih." Ucap Rosliani sambil memeluk papa dan mamanya. Encik Salam dan Puan Suriani tersenyum lebar melihat kebahagiaan anak menantunya. "Hai sayang, abang ni dah tunggu dari tadi. Tak nak peluk abang ke?" Semua yang berada di situ tergelak. Sempat pula Roshah Azrey mengusik isterinya. Cinta itu hadir tanpa kita sedar seperti angin lalu yang penyapa pipi dan menyedarkan kita daripada lamunan.
Tiba-tiba sahaja Bomm!! Jatuh cinta!! Cinta suatu yang unik dan indah. Cinta tetap akan hadir. Ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak dan itulah namanya cinta terulung. Setiap manusia ada perasaan cinta di dalam diri. Seperti pepatah Innuyan Khan "Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa" "Sayang... Abang bahagia sangat-sangat. This one just for you. I love you so much." Ucap Roshah Azrey sambil menghulurkan sekuntum bunga ros berwarna merah jambu. Bahagianya hati Rosliani mendengar ucapan yang bermakna itu. Rosliani berharap cintanya pada Roshah Azrey akan mekar seperti bunga ros yang hidup subur disirami percikan air,diserikan dengan sinaran mentari.