Apabila berkali-kali Fazlin bertembung dengan tunangnya bersama beberapa gadis-gadis sekolej dengannya, dia bagaikan sudah serik untuk meneruskan pertunangannya. Hari Azman ditangkap khalwat, adalah hari dia mahu memutuskan pertunangannya itu. Namun, ibunya yang begitu menyanjung keluarga Azman, amat keberatan membenarkan dia berbuat demikian. Lalu,
"Kita tak boleh nak sewenang-wenangnya memutuskan pertunangan ini Lin, mama takut nanti mama dibenci bapa Azman, dia tu Dekan mama!"
"Maaa, Lin tak tahan dengan perangai Azman...you know kan?"
"Ya laa...mama pun menyesal dan malu menerima si Azman...emm, apa kita nak buat Lin?"
"The only way to do this ma...ialah dengan membuatkan si Azman itu sendiri memutuskan pertunangan ni!! Eee...geramlah ma!"
"Err...tapi nak buat camana?"
"Alaaa...Lin buat macamana dia buatlah, bagi kena tangkap khalwat dengan lelaki lain...haaa, senang je tu!"
"Issshhh...gila?! Mamaa tanya betul-betul ni, bukan main-main..."
"Betul lah ma..."
"Habis, lepas kau kena tangkap, mana mama nak sorok muka mama ni? Malu satu kolej, satu keluarga kita malu, semua sedara mara tanya apa nak jawab?! Huuu...NO! NO! NO!!"
"Ok then...mama bagilah idea..."
"Okey...emm, apa kata..."Wajahnya, masam mencuka. Rambutnya panjang mencacak-cacak... kusut masai. Memakai Tshirt putih yang sudah kelabu, jeans levis koyak merata! Sambil matanya kuyu, dia hampir lentok terlena duduk di kerusi depan Pensyarah Mariam...
"Farain!!...pay attention!"
"Hah?!Hah?...ya..ya puan..." Terkejut mat rock itu dari lenanya. Farain adalah salah seorang pelajar kolej yang selalu ponteng kelas, malas belajar dan menjadi pelajar favourite Puan Mariam...untuk diceramah. Tetapi hari itu...satu tugas besar menunggunya.
"Maa...eeiuuu...pengotor lah ma dia ni."
"Well, dia aje yang ada...yang lain-lain semua tak berminat!"
"Emm Mama, are you serious?...is this the guy? Biar betul..."
"Well...you got better idea?"
"Hahhhh....oklah! oklah!...so apa nak buat seterusnya?"
"Hehe...extreem makeover!"
Terbeliak mata Farain yang mulai kuyu semula. Dia mulai menggaru-garu kepala dan dadanya. "Errr...apa maksud puan tu?...dan..err..dan ..tuju kat saya ke tu?"
"Awak diam Farain!...ikut saja apa saya suruh, memang sudah lama saya nak cuci awak ni, dah lah selekeh, pengotor...busuk pulak tu. Kalau bagus belajar tak apa jugak, ini pemalas!...awak nak saya beri F untuk semua mata pelajaran awak?"
"Ya...ya puan....MAAF!...err...tidak puan, saya nak A hehe..."
"Ok Lin..take him...dan do the makeover!"
"Huuuhh my God!"
Sungguh tidak disangka sekali apabila mamanya telah mencari helah untukFazlin dengan mencari lelaki yang sanggup menyamar dan berlakonbermesra dan bercinta dengannya agar boleh membuatkan Azman bertukarbenci kepada Fazlin, lantas Azman sendiri yang akan memutuskanpertunangan mereka. Tetapi helah mereka tersekat seketika apabilabeberapa lelaki tampan dan segak tidak mahu bekerjasama. SehinggalahFarain lelaki terakhir yang bersetuju, semuanya kerana tidak mahu gagaldi dalam final examnya."Eee... ngapa awak renung saya aje?...seramlah!" Kesah Fazlin pada Farain yang baru selesaidimandikan dan dilulur pembantu Spa Puteri di Shah Alam.
"Emm...awak cantik!" perlahan nada suara Farain menjawab.
"YA! Saya tahu...awak tu yang hodoh, comot, dah berapa bulan tak mandi?"
Farain hanya tersenyum dengan wajahnya yang selamba denganrambutnya yang panjang jatuh menutupi hampir kesemua mukanya. Dua orangpembantu Spa itu tiba-tiba muncul dengan persalinan baru, "EncikFarain...masa untuk berendam air bunga dan mandisusu..."
Farain mengangguk dan mulai melangkah mengikutpembantu-pembantu spa itu, duduk di penjuru, Fazlin sempat berkata,"There you go...pergi cepat!!...abang, tolong berus seluruhbadan dia ya, buang semua daki-daki dan karat-karat kat celah-celahtu...hehehe..."
Geram juga rasa di hati Farain, tapi apa nakbuat...dia sememangnya sudah berbulan-bulan tidak mandi danhidupnya sudah tidak terurus dan seperti orang terbuang keranamenggilai seseorang tetapi tidak pernah dilayan sebelum ini.
"Ya lah CikFazlin...haa...abang-abang semua, dengar tak Tuan Puteri kitabertitah tu? JOM...do me a makeover, ubahkan saya menjadi sepertiraja, so bolehlah saya menjadi pasangan si puteri sombong tu hehehe!
"Ooh..perli saya..."
"Hehe..well, cik Fazlin...bagi saya, you bolehbuat makeover macamana sekalipun kat saya, nak jadikan saya charmingmacamana pun, tetapi dalam diri saya, saya tetap berjiwa rock! Selambadan santai..."
"Well, Encik Rain...seperti mama sayacakap...JANGAN CAKAP BANYAK! Pergi buat apa yang sepatutnya awakbuat! Hehehe..."
"Baiklah sayang...yang cantik...yang manja...abang pergi dulu ya..."
"Eeuui...mat rock gatal...pengotor...go now!"
"...ya lah, ya lah!...gurau sikit pun tak leh. Boring!"
"Hihihi.." Mengeleng-geleng kepada Fazlin dantergelak sendirian dengan aksi Farain, ...CUTE, yang secara am nya,hodoh tapi menarik!
"Hmmm...entahlah, apa akan jadi seterusnya dengan mamat ni..."