Body Shaming

14 0 0
                                    

Body shaming ni bukan sekadar dalam socmed je, tapi dalam kehidupan seharian kita pon ada. Contohnya macam kau lalu dekat satu tempat atau kelompok orang. Pastu kau dengar ada orang dalam kelompok tu mengata dekat kawan dia. "Kau ni makan banyak. Tak sedar ke diri tu gemuk?". Ataupun kau sendiri yang mengata dekat kawan kau pasal fizikal dia. Tu pon dah dianggap body shaming.

And yes benda tu terjadi dekat aku. Aku ni boleh dikatakan pendek bagi seorang pelajar yang berumur 16 tahun. Aku tak malu untuk mengaku yang aku ni pendek. Well, I'm happy with ma life duh, so what? Tinggi aku hanyalah 148cm. Tahu aku pendek *mata ke atas* nak pulak dengan tahun ni aku kelas lain, terpisah dari kawan kawan baik aku *menangis tepi meja*.

Okay back to the story.

Bagi aku, kelas baru, challenge baru. And yup, memang betul betul challenge baru. Dalam kelas aku ni ada 2 orang kawan aku dari sekolah rendah tapi masa f1 sampai f3 dia kelas lain, tahun ni baru aku sama kelas dengan dia and aku tak pernah rapat pon dengan dia since darjah 1 sampai lah sekarang(tu pon dia yang terhegeh nak duduk dengan aku. Dia kata aku alone deheck?). Sorang lelaki, sorang perempuan.

Mesti dah dapat agak kan sape yang aku maksudkan. Yup, mestilah perempuan(ouh, aku tak bagitahu eh? Okay ii, aku perempuan, tapi siblings aku kata perangai aku macam jantan 😐). Nama dia Amirah(bukan nama sebenar).

Back to story again.

So, aku dapat meja sekumpulan dengan dia. Kumpulan aku ada empat orang termasuk dia. Lagi dua orang tu kawan baik dia. Masa darjah 1 sampai lah f1, boleh lah nak kata yang aku ni tinggi dari dia. Tapi naik f2, dia tinggi dari aku. Tapi aku buat dunno jelah, bukan masalah aku pon dia nak meninggi ke memendek ke, suka hati dia lah.

Bila ada kerja kumpulan mestilah ambik kumpulan yang dah ada kan? Nak pulak memang kumpulan kitorang ni ngam ngam 4 orang, so, tak lah pening kepala nak pikir nak ambik sape nak buang sape. Bila ada presentation, memang semua lah kena pergi depan kelas. Pastu adelah sorang kawan lelaki aku ni, dia kata, "eh Syu(bukan nama aku yang sebenar, nama aku biarlah rahsia), kau paling tinggi dalam kumpulan kau." setiap kali ada presentation, mesti dia akan cakap macam tu. Mula mula tu aku okaylah tapi lama lama aku menyampah gak. Apa kau ingat aku nak sangat ke jadi pendek? Dah Allah dah tetapkan ketinggian aku macam ni, takkan aku nak lawan takdir kot. Aku buat bodoh je tiap kali dia cakap camtu. Kalau dulu aku ada lah jugak balas balik, sekarang tak.

Pasal Amirah tu pulak, ade beberapa bulan lepas, aku tak ingat bulan berapa. Seingat aku mase tu rehat, dia yang beria nak rehat dengan aku. Aku jalan lah dengan dia pergi Koop. Dia dekat sebelah aku, borak borak kosong. Pastu tiba tiba dia panggil aku "eh Syu," sambil tangan duk ukur ketinggian aku dengan dia. Defak duh? Aku pura ii gelak lah kononnya 'lawak sial HAHAHAHAHA'. Pastu aku diam je sepanjang pergi Koop. Dia tanya "marah ke?". Apa ke bangang soalan. Nak je aku jawab "eh tak lah. Tak nampak ke aku tengah gelak ni sial? Nak mengalir air mata aku gelak ni," harapkan aku baru rapat dengan dia tahun ni. Kalau kawan baik aku memang aku bagi kaw ii dah.

Yang bangangnya, tinggi dia dengan aku takde beza pon. Setakat beza 2cm je kot. Macam aku ni pendek kalah budak umur setahun. Kalau aku kata "Mirah, asal kau ni kurus sangat? Mak kau tak bagi makan ke?" tahu pulak nak tarik muncung 10 depa. Tahu pulak nak acah acah mengajuk dengan aku. Kau pikir kau sorang je ke ade perasaan? Kau sorang je sentap? Aku tak? Memang aku kadang kadang cakap main lepas je tapi aku tetap perempuan, mudah terasa. Kau ingat kau tu 'feminine' kau je mudah terasa?

Bila lah nak pupus orang macam kau ni. Menyusahkan hidup orang lain je.

**********

Benda ni memang terjadi dekat aku. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je pindah kelas, tapi bila pikir balik, takkan aku nak sia siakan camtu je aliran yang aku nak sangat ambik dari aku f1? So, aku kuatkan hati aku untuk sabar je. Tahun ni memang tahun yang banyak ajar aku untuk bersabar. It's okay, tahun depan dah last. Keep calm dearself.

And nama tu hanyalah rekaan, aku takkan letak nama sebenar aku atau kawan aku. Biarlah rahsia. Kalau ikutkan nak je letak nama sebenar tapi ada sesetengah kawan aku yang ada wattpad.

Adios.

All About Me, Myself and IWhere stories live. Discover now