Body Shaming II

19 0 0
                                    

Aku ingatkan dah habis dah pasal ni. Tapi tak. Still ada yang sindir-sindir pasal ketinggian aku. Sumpah aku rasa nak carut gila.

Benda ni terjadi masa 1/1/2020. Tanggal 31/12 ialah hari di mana aku lahir ke dunia yang fana ini ecehhh hahahah. 1/1 tu pulak aku dah start sekolah, aku tinggal di sebelah Timur, negeri mana tu biarlah rahsia. Ramailah kawan-kawan aku wish. Jap, ni bukan nak cerita pasal wish birthday aku apa semua tu.

Sampai je sekolah, ada lah beberapa orang kawan aku wish. Aku senyumlah, kan tak senyum kata sombong pulak. Dalam 7.15 macamtu ada perhimpunan. Habis perhimpunan, Amirah datang dekat aku. Masa ni aku tengah jalan dengan kawan-kawan baik. Sapa yang tak ingat Amirah sila baca balik yang Body Shaming tu. Aku ikutkan taknak layan pon dia,tapi tulah, nak taknak kena layan jugak. Kan kata aku lupa dia *roll eyes*. 

Tengah borak-borak dengan dia, tetiba dia tanya aku, "Emm Syu, saya nak tanya boleh?".

Aku dengan dia memang cakap saya awak, kalau ikutkan aku cakap aku kau je. Sebab perwatakan dia yang acah-acah lembut tu terpaksalah aku bahasakan diri as saya awak.

Aku jawab, "Tanya jelah,".

"Family awakkan semua tinggi-tinggi, kenapa awak pendek eh?"

Aku dah agak dia nak tanya benda ni. KAU TAKDE SOALAN LAIN KE SIAL? Pagi-pagi dah buat orang sakit hati, dah buat dosa. Banyak sangat ke pahala kau nak sedekah dekat aku? Apa kau ingat nak tinggi nak pendek tu makan ubat je? Yang sibuk nak pertikaikan ketinggian aku pahal? Ada aku tanya kau "Keluarga awak semua putih, asal awak sorang je hitam?", takde kan? Dah takde topik nak cakap tu duduk diam-diam dah lah. Busuk sangat ke hati kau sampai nak hina orang macam tu?

Aku tanya dia, "Asal?".

Dia jawab, "Saje.", sambil senyum .

Nak je aku jawab, "Saje kepala hotak kau!" tapi aku taknak rosakkan mood tahun baru aku yang dah sedia rosak. Aku tak layan dia. Pastu mula lah tanya, "Kenapa awak senyap?". Pala bana kau.

Adios.

All About Me, Myself and IWhere stories live. Discover now