Backstabber

19 0 0
                                    

Mesti semua pernah kena tikam kan? Nak-nak dari BFF sendiri. Rasa dia perghh macam kena tolak mentah mentah dari crush, tapi lagi sakit dari kena tolak.

Well, ni cerita aku.

Pada bulan Ogos lepas. Sekolah aku ada buat program dekat muzium(Muzium mana tu biarlah rahsia) Sempena sambutan Kemerdekaan. Aku dan kawan-kawan aku seramai lima orang dan akak senior aku seramai tiga orang. So total lapan orang lah kan. Program ni dua hari satu malam je. Nampak macam sekejap tapi bagi impak besar bagi aku.

Sampai kat sana tu, dorang bagi kumpulan. Kawan aku yang empat orang tu dapat sesama sendiri. Aku dengan sorang akak senior. Sedih gak lah sikit sebab aku mana rapat dengan akak senior tu. Kalau boleh nak je selinap masuk salah satu group dorang, tapi takleh. Hahaha. Aku tak ingat kumpulan aku kumpulan yang ke berapa. Kumpulan aku ada tujuh orang lelaki dan 11 orang perempuan dari sekolah yang berlainan.

Adalah salah sorang lelaki dalam kumpulan aku tu tarik perhatian aku. Sepanjang program tu berlangsung, boleh dikatakan aku asyik usha je dia. Tapi takde lah sampai nak stalk dia, ambik gambar apa semua tu. Just tengok dia dari jauh je.

Time rehat, aku bagitau lah kawan aku pasal budak lelaki tu. Aku bagitau dua orang je. Nurul dengan Ina(bukan nama sebenar) sebab aku dengan dia memang rapat. Lagi dua orang kawan aku tu, aku tak berapa rapat.

Esoknya, hari last untuk program tu. Dalam pukul lima petang jugak lah baru boleh balik. Tapi balik sendiri bukan dengan bas atau cikgu hantar. Si Ina ni dia tumpang aku sebab rumah dia dekat dengan rumah aku. Nurul balik dulu sebab mak dia dah sampai. Tinggal lah aku, Ina, dua orang akak senior dengan cikgu.

Dalam beberapa minit, mak aku sampai. Aku sembang-sembang lah dengan si Ina ni. Aku tunjuk gambar budak lelaki tu dekat dia.

Dia tanya aku, "Apa nama dia?".

"Ntah, aku pon tak tau hahahhaha."

"Ish kau ni, kata sekumpulan, tapi tak tau nama."

"Aku tak dengar doh masa dia intro semalam."

"Pape jelah kau ni". Dia sambung main fon.

Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Lepastu aku baru teringat something. Aku bagitau dia.

"Weyh Ina, aku baru teringat yang leader kumpulan aku nak buat WhatsApp group."

"Habistu?"

"Nanti boleh tau nama dia apa."

"Betul jugak. Dapat nombor dia bagi dekat aku tau."

Aku dah pelik dah masa ni.

"Asal kau nak nombor dia?"

"Saja, nak save."

Masalahnya, budak tu tak kenal pon si Ina ni.

"Tengoklah macam mana." Aku jawab.

"Alah kau ni, kedekut lah."

Aku biar je dia. Aku dah start curiga dekat dia ni. Tapi aku ketepikan perasaan ni sebab dia kawan baik aku kot, takkan dia nak buat macam tu dekat aku. Aku ni jenis kalau suka dekat someone aku tak terus bagitau kawan-kawan aku yang aku suka orang tu. Aku bagi hint macam, "kau tengok dia, hensem doh" ataupun aku akan cerita pasal orang tu dekat kawan aku. Mesti dorang dah dapat tangkap yang aku suka orang tu. Tapi ni lain.

Beberapa hari tu, start sekolah. Aku cerita lah pasal budak lelaki tu dekat Ina dengan Nurul. Aku bagitau nama dia jelah. Nama dia Abdul(bukan nama sebenar). Si Nurul ni jenis tak ambik kesah pasal lelaki, nak pulak kalau lelaki tu dia tak kenal. Tapi Ina ni lain, dia jenis takleh tengok lelaki hensem, cepat jatuh suka. Tak kira lah orang tu baru kenal hari ni ke baru jumpa dalam ig ke mesti dia mintak nombor.

Samalah macam Abdul, dia mintak nombor Abdul dengan aku. Aku tak bagi.

Dalam beberapa hari selepas tu, Ina bagitau aku yang dia dah dapat nombor Abdul.

"Oi syu, aku dah dapat nombor Abdul."

"Macam mana kau dapat."

"Aku mintak nombor dia dengan leader kau."

Rupa rupanya, sebelum dia dapat nombor leader aku tu, dia dah ada 'kawan' yang sama sekolah dengan leader aku. Dia mintak dengan 'kawan' dia. Dapat nombor leader aku, dia mintak nombor Abdul dengan dia.

Masatu aku dah takleh tepis rasa curiga aku dekat dia. Kenapa dia beria sangat nak nombor si Abdul ni? Takkan tak sampai kot hint yang aku bagi dekat dia. Aku dapat rasa yang dia ada sorok something dari aku.

Dalam seminggu camtu, dia kata dekat aku yang Abdul ni sebenarnya muda setahun dari kitorang. Aku tanya dia "Macam mana kau tau?".

"Aku tanya dia. Hehe".

Aku dah pelik. Takkan semudah tu dia tau. Mesti ada something yang dia buat belakang aku. And, aku boleh tahu orang tu buat something belakang aku, walaupun orang tak bagitau aku. Aku akan dapat tahu dengan sendiri. Contoh, kawan aku couple, dia tak bagitau aku or orang lain, tapi aku boleh teka yang dia tengah couple. Entahlah, kelebihan aku kot. Aku pon tak tau. Dengan 'kelebihan' ni lah buat aku rasa dikhianati.

Aku saje lah tanya Ina, "Kau ada something ke dengan Abdul?"

"Eh mana ada, asal kau tanya aku camtu?"

"Saja, takleh ke?"

Masa ni aku dah nampak dia macam gelabah.

Maybe Allah nak tunjuk perangai sebenar Ina dekat aku, aku tengah tengok status WhatsApp kawan-kawan aku. Aku tertekan status Ina. Status dia buat aku betul-betul terkejut. Aku tengok gambar Abdul dalam status dia. Sumpah masatu aku rasa macam kena baling pasu dekat kepala aku. Yes, dorang couple!! BELAKANG AKU!!

Dekat sekolah aku tak tegur dia langsung. Nurul tanya aku kenapa aku tak tegur Ina. Aku pon ceritalah pasal Ina dengan Abdul.

Dekat sebulan jugak lah aku tak bertegur dengan dia. Mesti korang nak kata aku sombong kan. Heh, cuba bayangkan, orang yang kau anggap family tikam belakang kau. Apa kau rasa?

Dia tiba-tiba tegur aku lepas sebulan tu. Dia mintak maaf dekat aku, merayu suruh aku maafkan dia. Aku still sakit hati dekat dia sampai harini. Tapi aku maafkan je dia. Well, semua orang deserved peluang kedua kan. Tapi tulah, kepercayaan aku dekat dia masih tak boleh diubah. Aku masih tak percayakan dia sampai sekarang. And, aku dah tak kesah pasal dia sekarang. Dia nak buat apa, suka hati dialah. Aku malas nak ambik tau.

Adios

All About Me, Myself and IWhere stories live. Discover now