Seluar jeans panjang dipadankan dengan tshirt kuning menjadi pilihan Eunna pada kali. Rambut panjangnya yang terurai, dia kemaskan buat kali terakhir. Beg tangan yang berada di atas katil dicapai lalu melangkah ke arah pintu.Baru sahaja Eunna ingin memulas tombol pintu, pintu tersebut sudah tertolak dahulu sebelumnya.
"Abang! Terkejut Eun." Lengan abangnya ditampar sekilas.
"Eun nak pergi mana ni?"
Eunna hanya menggulingkan biji mata. Merajuk.
"Keluar." Hanya sepatah yang keluar dari mulutnya.
"Dengan siapa?"
"Dengan kawan la. Hish, abang ni. Tepi la, Eun dah lambat ni." Lengan abangnya ditampar sekali lagi. Tetapi itu lansung tidak dapat menggerakkan tubuh sasa abangnya dari halang laluannya.
"Amboi, garangnya menjawab. Marah lagi pasal semalam?"
Eunna memeluk tubuh memandang ke arah lain. Dah tau, tapi buat-ii tak tahu. Bentaknya dalam hati.
"Okay-ii, I'm sorry. Abang tak sengaja. I pomise, yang abang takkan buat lagi lepas ni. Okay?"
"Janji abang bukan boleh pakai. Sama je dengan 'bestfriend' abang semalam."
Taehyung tergelak kecil. Ni marah betul ni.
" Tak abang janji betul-betul ni. Lain kali abang tak buat dah. Mana boleh tengok adik kesayangan abang ni marah lama-lama. Tak cantik!"
Serentak itu, Taehyung mencuit perlahan hidung Eunna yang sedang berpeluk tubuh. Eunna mengalihkan badan memandang abangya kembali. Matanya dikecilkan.
"Betul?"
Angguk.
"Tak tipu?"
Angguk lagi.
"Fine, maaf diterima. Tapi kalau abang buat lagi lain kali, Eun lari dari rumah."
Membulat mata Taehyung mendengar kata Eunna.
"Ehh! Jangan la sampai lari rumah. Sanggup ke nak tinggal abang sorang-sorang? Sampai hati Eun.."
Eunna mencebik.
"Dah terpaksa."
Gurauan Eunna membuatkan Taehyung ketawa kecil. Lantas pipi Eunna dicubit perlahan lalu rambutnya diusap. Eunna hanya membiarkan perbuatan abangnya sambil tersenyum.
"Dah la Eun nak cepat la, tak pasal-ii Eun kena marah sebab lambat."
Taehyung mula mengangkat tangan menjauhi kepala adiknya.
"Eun tak cakap lagi, Eun keluar dengan siapa?"
"Kan Eun dah cakap Eun keluar dengan kawan, ish abang ni. Pekak ke apa?"
PAP!
Laju tangan Taehyung mengetuk kepala adiknya. Geram.
"Ish abang ni kenapa! Sakit tau tak?"
"Abang tau la Eun keluar dengan kawan Eun, tapi siapa? Yang mana satu?"
Eunna menggulingkan biji mata. Rimas sebenarnya.
"Si pendek Jimin, your bestfriend."
"Haihh, dah putus dengan Jungkook, dapat kawan dia pulak. Untung laa."
Mata Eunna membulat.
"Abang!"
-----
Membulat mata Jimin mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut. Pantas mulutnya dilap dengan tangan.
"Abang kau bawak Jungkook datang rumah korang?"
Aku angguk.
"Makan kat rumah kau?"
Angguk lagi.
"Then?"
"Then apa lagi. Dia makan la."
Eunna mensisip orange jus yang berada di hadapan dan kembali Jimin yang dari melihatnya seakan tidak percaya dengan kata-katanya.
"Wuishh, korang ni drama apa haa? Pening aku. Kau macam ni, Jungkook macam tu. Yang Taehyung ni pulak, hari tu bukan main marah dia dengan budak arnab. Tup tup, dia bawak Jungkook tu kat rumah. Makan, sekali dengan kau pulak tu. Dia tu dah kenapa? A-aku tak faham."
Eunna mengguling biji matanya setelah mendengar kata-ii Jimin. Dia sendiri tidak tahu. Baru saja dia nak move on, tiba-ii lelaki itu berada di hadapannya, di rumahnya. Tambah pakej makan sekali.
Sudah puas dia menangis mengenang nasib hubungan mereka sudah retak menanti belah, dan akhirnya dia give up dan merelakan hubungan mereka yang sudah berakhir.
"Entah la Chim. Aku pun tak tahu. Aku buntu sekarang ni. Aku nak move on pada dia, tapi dia muncul depan aku macam tu, aku tak boleh. Aku tak nak ada perasaan pada dia dah. Cukup la aku menangis siang malam sebab dia. Sedangkan dia, sikit pun tak fikir pasal perasaan aku."
Jimin menongkat dagu memandang Eunna dengan simpati. Gadis yang selalu bermanja dia, akhirnya mengeluarkan air mata siang malam hanya disebabkan seorang lelaki. Kawan baik dia sendiri.
"Jimin!"
Serentak dengan itu, mata mereka berdua beralih ke arah suara yang berada tidak jauh dari mereka.
"Jungkook."
[ EUNNA POV ]
-
Meja kami dari senyap tidak mengeluarkan bunyi. Aku memandang Jimin. Manakala Jimin pulak, sibuk memandang Jungkook yang sedang makan ditepinya."Kau dah kenapa Kook?"
Jungkook memandang Jimin. Ceh, sikit pun tak pandang aku. Eh, aku pun tak hadap la pandang kau arnab!
"Apa?"
Soalan dijawab dengan soalan. Bagus anak Jeon.
"Kau tu buat apa kat sini?"
"Aku makan. So?"
Kening Jimin terangkat.
"Sini? Kat table ni? Dengan kitorang?"
Aku cuba beriak biasa sambil mata aku sedaya upaya fokus ke arah telefon bimbit digengaman aku.
"Aku lapar." Jawab Jungkook.
Aku terfikir, apa niat Jungkook ni sebenarnya. Makan satu meja dengan aku. Bukan ke dia benci sangat dengan aku hari tu. Sampai pecat aku bagai. Tak puas lagi ke, dia makan dekat rumah aku, depan aku semalam?
"So kau memang tak kisah la kalau duduk satu meja dengan aku and-"
"Aku lapar." Sekali lagi dia cuba menegaskan jawapannya.
"Ya, aku tau. Sebab tu la aku tanya kau tak kisah la duduk satu meja dengn Eun-"
"Aku nak balik." Serentak dengan itu aku berdiri sambil mencapai beg tangan berada di sebelah aku. Serta merta aku berdiri, begitu jugak dengan Jimin.
"Eh kau nak pergi mana? Kau kata kau free tadi. Nak teman aku. Aku tak habis minum lagi ni."
Aku meneguk air liur perlahan. Ya tuhan Jimin, kau tak faham lagi ke keadaan kitorang sekarang.
"Erk, a-aku kena balik. A-aku nak masak untuk abang aku. Haa, jap lagi dia nak balik makan. Aku dah janji nak masak untuk dia hari ni. La-lagipun aku nak singgah pasaraya dulu. Sebab tu aku nak balik awal. Haa."
Fuh! Boleh pakai tak alasan ni?
"Abang kau baru habis call dengan aku tadi. Dia tengah sibuk makan dengan kawan dia. Kau nak masak untuk siapa kat rumah. Hantu?"
YOU ARE READING
Never Far Away • Jeon Jungkook
Random- ʏᴏᴜ ʜᴀᴠᴇ ᴀ ᴘʟᴀᴄᴇ ɪɴ ᴍʏ ʜᴇᴀʀᴛ ɴᴏ ᴏɴᴇ ᴄᴏᴜʟᴅ ᴇᴠᴇʀ ʜᴇʀᴇ