96

17 0 0
                                    

Aku belajar, dalam hidup, takkan ada siapa yang akan faham kau. Sebabnya, kau dan dunia kau, kau dengan kehidupan kau, hanya kau seorang sahaja yang rasa, antara kau dan Tuhan sahaja yang tahu apa yang telah berlaku dalam perjalanan hidup kau, yang tahu beban yang kau sedang bawa untuk terus kekal pada landasan dan jalan yang kau pilih.

Mereka takkan faham kau, dan begitu juga dengan diri kau. Diri kau juga takkan faham akan mereka. Kita masing-masing tiada di tempat orang lain.

Maafkan hati sendiri andai kau tersimpan dendam, andai kau terpendam perasaan benci. Maafkan hati kau, diri kau kerana membiarkan hati kau dilukai mereka.

Maafkan perbuatan orang lain, maafkan kata-kata mereka yang telah banyak melukai kau. Maafkan. Maafkan. Maafkan.

Aku maafkan kau.

Semoga kita masing-masing sedar akan kesilapan diri kita sendiri. Semoga kita mampu untuk tidak saling menyakiti.

Semoga Dia jagakan kau untuk aku.

Salam rindu,

Kata Kata Dari HatiWhere stories live. Discover now