'Oh no!!!!!!!!!!!'
What should I do right now? Betul ke apa yang aku nampak ni? Atau jasad yang ada kat depan aku ni cuma khayalan jek? Balqis menggosok-gosok matanya kerana dia ingin memastikan sama ada dia sedang berada di alam nyata ataupun tidak.
"Lain kali jalan jangan guna kaki jek, guna mata tu jugak." Dingin sekali suara Iman Danial dilontarkan sambil dia memberi pandangan maut kepada Balqis. Balqis hanya mampu terdiam sahaja kerana situasinya kini amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seolah-olah ada batu di celah kerongkongnya yang seperti menghalangnya untuk berkata-kata. Dia betul-betul terkesima dengan apa yang sedang berlaku.
"Sa...sa..saya...saya..." Tergagap-gagap Balqis sewaktu ingin meminta maaf kepada Iman.
"Aku ingatkan kau ni buta jek, rupa-rupanya gagap jugak? Unbelievable!" Sungguh lancang mulut Iman berbicara.
'Kurang ajarnya mamat ni.. Ini ke lelaki yang Balqis bangga-banggakan sangat selama ni.. Lelaki yang perangai macam ni pun dia boleh berkenan? Peliklah dia ni...' Darwish menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tingkah Iman. Tetapi hanya di dalam hati sahaja. Malas pula dia hendak sound Iman, dibimbangi akan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
"Memang pun... Aku buta kerana mataku dah tak boleh melihat benda lain selain kau... Aku hanya melihat kau seorang jek... Lagipun, cinta itu memang buta kan? Aku gagap juga disebabkan olehmu yang telah meracuniku dengan cecair cintamu..." Balqis membalas sindiran Iman dengan ayat-ayat jiwang yang dia telah reka sendiri. Bukannya dia langsung tidak mempunyai perasaan malu. Biarlah Iman menganggap dirinya ini perempuan muka tembok atau apa-apa sekalipun, dia tidak kisah. Dia cuma mahu melihat wajah tercengang Iman apabila mendengar ayatnya ini. Sebenarnya, dia agak terasa hati dengan kata-kata Iman sebentar tadi. Mana tidaknya, ini adalah pertama kali Iman menegurnya. Tetapi, dia sangkakan teguran kali pertama daripada Iman akan membuat hatinya berbunga-bunga, malangnya ini adalah teguran 'perkenalan' yang sangat DINGIN buat mereka. 'Hihihi... Gempaklah ayat aku ni.. Gerenti Darwish kat belakang ni dah tak tahan nak ketawa dah...'
'Sewel ke apa minah ni? Confirm dia belum makan ubat lagi ni.. Memalukan diri sendiri tu memang hobi dia ke?' Iman hanya mampu tercengang tatkala minah di hadapannya itu mengeluarkan ayat-ayat jiwang karat tahap tak ingat.
"Aik? Kenapa senyap jek? Say something... Why? Terkedu tiba-tiba? Hohohohoho...." Geli hati Balqis melihat Iman tercengang sebegitu rupa. Tetapi padanya, wajah Iman ketika ini tetap comel walaupun kemachoan Iman sudah hilang. 'Hmmmm... Padan muka kau.. Dah kehilangan kata-katalah tu... Ais batu ni kalau nak dicairkan, hanya perlu dileburkan dengan kata-kata romantis jelah kan? Huhu... Yeah! Aku menang! Lepas ni dia mesti dah tak ada modal nak kutuk aku lagi.'
"Sewel!!!" Iman sudah tidak tahu apa yang perlu dia katakan lagi kepada minah muka tembok di hadapannya itu. Lantas dia beredar dari situ meninggalkan Balqis yang sudah tidak tahan hendak ketawa melihatkan tingkah Iman yang sebegitu. Iman malas mahu melayan kerenah minah jiwang yang baru dia kenali itu.
"Gila! Betul-betul gila!!! Sah memang kau ni gila tahap kronik beb! Ayat jiwang manalah pulak yang kau rembat tu? Serius, kau memang muka tembok tahap tak ingat! Pergh!!!" Darwish benar-benar tidak menyangka Balqis akan seberani itu. Dia sudah tidak tahan hendak ketawa dek kerana mendengar ayat jiwang Balqis sebentar tadi. Tetapi, apa yang telah Balqis lakukan sebentar tadi teramatlah lucu baginya.
"Itu baru sikit tau. Lepas ni aku akan make sure yang dia tak akan aman sebab aku akan sentiasa menghantui dia dengan bayang-bayang romantisku... Huhuhu..." Balqis berasa amat lega kerana dia telah berjaya mengenakan Lelaki Ais Batu dia itu sehingga muka Lelaki Ais Batu yang kacak itu berubah menjadi berkerut-kerut.
"Okey, aku nak tengok sejauh mana kau boleh buat dia cair sampai dia terpikat dengan kau. Kau kena buktikan pada aku tau yang kau gerenti boleh lembutkan hati dia yang sememangnya dah keras macam ais batu tu. Amacam? Aku cabar kau ni." Darwish sengaja ingin menduga Balqis.
"No prob ler bro... Wa ni Syafiqah Balqis ler...Perkataan berputus asa tak pernah wujud dalam kamus hidup wa..." Balqis menyahut cabaran Darwish dengan yakin. Sememangnya, dia adalah gadis yang tak akan mudah mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun.
"Dah lah wei.. Jomlah kita masuk kelas. Waktu rehat dah habis ni. Nanti kalau lambat masuk kelas, tak pasal-pasal pulak kita dapat free nagging from Teacher Habibah!!!" Baqis sudah mengatur langkah hendak meninggalkan kantin, tetapi malangnya entah bagaimana dia boleh terlanggar tiang kantin sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk di lantai.
"Aduuuuuuuuuuhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Sakitnya!!!" Balqis menjerit kesakitan.
"Hahahhahahahahahahaha!!!!!" Darwish sudah ketawa keriangan melihatkan aksi jatuh Balqis yang sangat lucu itu. "Padan muka kau!!!"
"Kau ni kejam betul lah! Kawan kau ni jatuh lah sengal!!! Bukannya nak tolong pun!!" Balqis sudah menggosok-gosok punggungnya yang memang terasa sakit.
"Alololololo.... Kesiannya lah kawan aku yang sorang ni kan. Jatuh terduduk sebab terlanggar tiang!! MasyaAllah.... Tulah.. Sepatutnya kau kena pakai mata spare kau tu tak kiralah kat mana-mana sekalipun, bukannya cuma time tengah belajar jek kau pakai... Tengok apa dah jadi sekarang! First time aku dapat tengok manusia yang jatuh sebab terlanggar tiang depan mata aku sendiri.. Fulamak!! Cayalah kau!!!"
"Awak tak apa-apa ke? Boleh bangun tak?" Satu suara lembut menyapa ke telinga Balqis dan Darwish secara tiba-tiba.
Balqis lantas menoleh ke arah suara itu. 'Wah! Handsomenya mamat ni... Ada lesung pipit pulak tu.. Tapi kenapa sebelum ni aku tak pernah pun nampak dia kat sini? Ni confirm pelajar baru ni. Dia hulur tangan kat aku lah... Baiknya dia....'
"Takpe... Saya okay..." Balqis bangun tanpa menyambut huluran daripada lelaki itu. Bukannya dia ingin berlagak sombong, tetapi sudah menjadi prinsip hidupnya yang dia tidak akan bersentuhan sesama yang bukan muhrim.
"Oh, sorry.." Lelaki itu berasa sedikit malu apabila hulurannya tidak disambut oleh Balqis.
"It's okay..."
"Nama saya Danish Aizam. Saya pelajar baru kat kelas 5 SPM 1."
YOU ARE READING
Patut Ke Aku Sayang Kau? (PENDING)
أدب الهواةKisah cinta remaja yang penuh dengan warna🥰