three

6 2 0
                                    

Aku tengok jam tangan. Dah pukul 8:45 pm. Aku tengok di sekeliling, kosong.

Biasanya memang macam ni. Sekolah akan buka sampai pukul 9:30 malam kalau ada student yang nak stay untuk study, macam aku. Selalunya aku akan stay kat sekolah, study dengan jihyun. Hmm.. Selalunya aku la yang study. Dia, 30 minit bertahan, lepastu tengok instagram.

Risau tu risau, tapi dia anak orang kaya, parents dia mesti turunkan harta tu dekat dia. Dia kan sulung. So no wonder dia tak berapa nak kisah sangat pasal study ni lol

Hmm.. Cakap pasal jihyun, aku patut msg dia pasal budak sweater tu.

Me: jihyun-ah! Tadi ada budak bagi kau sweater. Nama dia Kim Taehyung. Dialah budak yang pandang kita tadi tu! Haih.. Rupanya dia kenal kau. Siap pinjam sweater lagi!

Lepas aku hantar msg tu, aku terus bangun, meregangkan badan. Sambil sambil tu aku berjalan-jalan ke hulu hilir, nak memfungsikan otot kaki.

Tadi Jin Woo sunbae cakap dia naik kelas aku maybe pukul 9. Ini dah nak pukul 9, mana dia? Hmmm busy kot.

Sambil aku berjalan-jalan, aku rasa macam tak selesa dekat bahagian bawah. Like.. Aku rasa macam ada cecair yang...

Wait...

Aku terpandang kerusi yang aku duduk sepanjang aku study tadi.

WTF

Aku bocor!!

Macam mana ni macam mana ni macam mana ni!!!!! Aku dah la balik dengan jinwoo! Takkan nak cerita yang aku period pulak!? Lagi satu, kenapa period time ni!????

Ishhhhh patutla aku rasa moody je harini!!! Rupanya... Rupanya... UGH

Okay okay bertenang. Aku kena bertenang. Aku kena fikirkan apa yang aku patut buat. Think!

Baju sukan.. Ahh.. Kenapalah aku bawak balik basuh semalam!? Uhh.. Handkerchief! Wait.. Bila masa pulak aku pakai handkerchief!! Sweater..

Sweater!!

Aku fikir dua tiga kali sama ada nak guna ke tak sweater tu..

Ala, itu kan jihyun punya! Nanti pepandai la aku terangkan kat dia. Mesti dia faham punya..

Aku selongkar beg aku, jumpa sahaja sweater hitam, aku terus ambik dan ikatkan bahagian lengan baju ke pinggang aku, menutupi kawasan belakang punggung.

Yang kerusi tu pula, nasib baik aku ada bawak tisu dan botol air pergi sekolah setiap hari. Aku basahkan tisu dan lap tempat duduk tu.

"eun-ah!" aku dengar tapak kaki berlari, cepat-cepat aku bangun daripada mencangkung, sebab nak lap kerusi aku tu. Tisu yang kotor aku sembunyikan. Dan pada masa yang sama, jiwoo sunbae datang.

Dia mengeluh, penat berlari agaknya. "kenapa sunbae lari?" aku tanya, pelik.

Dia mengeluh penat dan lega. "haha.. Sunbae lambat. Mian."

Huh? Lambat? Aku kerling jam dinding kelas. 9:02 pm.

Aku pandang jinwoo sunbae dan tersenyum. "its okay. Eun pun tak perasan," pernyataan aku itu membuatkan sunbae tersenyum. Pernafasannya dan kembali normal. Dia berjalan kearahku dan terus ambil beg aku.

"jom balik," ajaknya, dengan senyuman lebar. Aku juga.

Haih sunbae.. Nasib baik sunbae tak tepati masa. Haha








Sampai sahaja dia rumah, aku terus mandi. Baju sekolah semua aku basuh. Tisu yang kotor tu aku buang dalam tong sampah dalam tandas aku. Tak berani buang kat sekolah. Nanti... Entiti lain pulak yang suka! Ugh takut!

Siap mandi, aku terus tukar baju tidur. Sambil rambut dikeringkan guna tuala, sambil tu aku check msg.

Ada 3 mesej dari jihyun. Aku buka, baca, dan mengerut.

Jihyun: huh? Bila masa aku bagi pinjam sweater kat kim taehyung????

Jihyun: wait.. Siapa kim taehyung???

Jihyun: hensem ke??? Macam mana dia kenal aku?

Huh? Apa yang dia cakap ni? Dia tak bagi pinjam kat budak tu? Tapi kenapa budak tu kasi pulak? Siap sebut nama jihyun lagi. Takkanlah dia salah jihyun?

Wait... Kalau bukan jihyun yang ni punya...

SSIBAL! Aku guna sweater tu untuk cover period!! AHHHHHHHHH

Aku campak fon kat katil, sekali dengan tuala. Aku ambil sweater yang aku rendam kat tandas dan terus gosok gosok kasi hilang bau darah.

HISH KENAPA JADI MACAM NI

My Painkiller [kth] Where stories live. Discover now