four

6 2 0
                                    

"taehyung-ah!" junior perempuan yang aku panggil tadi mengetuk ngetuk meja seorang budak lelaki, classmate-nya yang sedang tidur. Kepalanya diangkat, membuat muka masam. "ada orang cari kau." katanya sambil menunjuk kearahku, di luar kelas.

Ya, aku sekarang ada dekat luar kelas budak kim taehyung tu, bersama beg kertas berisi sweater yang dia tersalah bagi tu. Jarang untuk senior datang kelas junior. Selalunya, junior yang datang. So disebabkan itu, ramai junior yang lalu lalang, akan pandang aku dan bisik "eh ini bukan senior ke?", "lawa gila. Boyfriend dia junior ke? Lol" atau "kena buli ke do"

Geram je aku dengar. Ini semua punca daripada taehyung tu la. Kalau dia tak salah bagi sweater, takdenya aku datang sini!

Taehyung yang nampak mamai, melihat ke luar kelas. Aku juga nampak dia mengeluh sebelum keluar untuk berhadapan dengan aku. Dia mengeluh? Wah wah... Dia takde hak untuk mengeluh eh. Dia yang salah, aku yang kena.

"nae sunbaenim?" soalnya, malas.

Aku pandangnya, tajam. "igeon.." aku hulur beg kertas itu di hadapannya. "...bukan jihyun punya,"

Dia memandangku, bingung. Kemudian dia pandang isi beg kertas itu, sambil aku masih lagi hulurkan di hadapannya.

Dua tiga saat, sebelum dia pandang aku semula dan membuka mata seluasnya. "ahhh... Period girl?"

"nae!?" aku pula yang membuka mata seluas luasnya, terkejut. Bila masa... AKU BAGITAHU YANG AKU PERIOD?!

"nae??" seperti baru perasan apa yang baru dicakap, taehyung juga membesarkan matanya lagi.

"neo... Jigeum..." tak sempat aku nak cakap apa-apa, tiba tiba bunyi loceng berbunyi. Which means, kelas dah bermula.

"ah sunbaenim! Lain kali eh kita borak lagi? Sweater tu... Sunbae ambik jelah! Bye!" dan dia terus pecut masuk kelas.

Dan aku... Aku hanya tercegat di situ. Perasaan aku bercampur. Otak aku celaru. Sumpah. Apahal dengan laki tu?!

Hish... Lebih baik aku masuk kelas dulu. Nanti aku cari dia balik. Bangang punya junior! Kau tunggu kau tunggu.



"yah, jihyun." aku membisik, memanggil jihyun yang berada di tepiku. Lecture yang cikgu bagi tak masuk otak. So aku gunakan masa ni untuk tanya jihyun.

Jihyun kerling aku. "selalunya aku yang kacau kau focus. Apsal harini kau tak focus pulak," bisiknya pula, sambil pandang ke hadapan. Takdelah cikgu suspicious dengan kitaorang.

Tanpa mempedulikan kata kata jihyun, aku terus tanya "betul ke itu bukan sweater kau?"

Jihyun menjeling aku "itu kali ketiga kau tanya tahu tak? Jawapan aku tetap sama," jawabnya, bisik. Geram barangkali, sebab aku tanya dia banyak kali haha.

"tapi... Kalau dia salah orang pun. Aku yakin haritu dia cakap jihyun. Orang yang nama jihyun, kau je! Yang lain semua jeonghyun, jugyeong, ji.. ji... Ha, tu je la!" aku cuba terangkan kat dia, walaupun susah sebab sedang berbisik.

Jihyun mengeluh. Dia terdiam sekejap sebwlum berkata, "maybe dia memang nak bagi kau. Tapi dia guna nama aku untuk dekati kau. Kau tak rasa macam tu ke?"

At that moment je, aku tahu benda ni semakin mengarut. Jadi, sebagai respon, aku hanya buat muka jijik dan annoyed. Cukuo untuk dia faham. Dia pandang aku, dan terus tergelak.

Seksa jugaklah tengok dia kena tahan gelak.

Habis kelas, aku dengan jihyun turun ke bawah untuk beli yogurt. Kitorang berjalan kat laluan antara bangunan dan padang, sambil sambil tu borak pasal crush masing-masing. Jihyun, cerita pasal budak baju putih belang-belang haritu. Dan dia jelaskan kat aku kenapa dia balik awal haritu. Katanya, bapak dia baru balik dari overseas and katanya rindu dengan jihyun so bapak dia pickup dia kat sekolah. So, dia jumpa jinwoo dan suruh jinwoo temankan aku balik. Aku pula cerita pasal how jinwoo was so sweet time jalan dengan aku balik rumah.

Jinwoo sunbae ni adalah sunbae paling rapat dengan kitaorang berdua. Cerita dia macam ni, time kitaorang junior lagi, baru masuk sekolah ni, jinwoo sunbae adalah ketua kumpulan yang akan bagitahu jalan-jalan kat sekolah ni. Senang cerita, by the time minggu kenal kenalan tu, kitaorang rapat. And ada pernah time tu kitaorang main bola beracun. Aku ni lembab sikit bab bola. Penakut. So group aku pilih aku sebagai queen, jinwoo sunbae sebagai king. Which means king kena protect queen. At the end, group aku kalah sebab aku terjatuh time jinwoo sumbae protect aku and pihak lawan ada ruang untuk attack so kalahlah... Hm sedih. Tapi for make it up, sunbae belanja kitaorang satu group fishcake depan sekolah. Sedap gila~ and time nak balik tu, jinwoo sunbae minta maaf kat aku, privately. Dia cakap sebab dia, aku terjatuh. Lmao padahal shoelace aku memang dah tertanggal dari awal game. Miracle tak terjatuh dari awal.

So macam tu je, kitaorang bertiga rapat. I mean, rapat takdelah sampai berkepit 24 jam sehari. Rapat yang, kenal la each other. Tak awkward. Cuma tu lah, aku je yang fallen dengan jinwoo sunbae tu. Aku tak faham kenapa jihyun cakap sedikit pun dia tak rasa pape kat sunbae. Hmmm bagus jugak tu. Takdelah aku kena gaduh dengan jihyun setiap masa haha

"eh eun, kau nak jalan-jalan tak hujung minggu ni?" jihyun tanya, selepas beberapa saat berdiam. Aku yang terdengar terus tersenyum lebar. "jomm!!" aku mengangguk angguk.

Kitaorang berjalan lagi, sambil tu borak nak pergi mana hujung minggu, when suddenly someone menjerit, "HATI HATI!!"

Aku terus memandang ke tempat yang orang jerit tu.

Semua benda berlaku dengan sangat cepat. Cepat sangat sampai aku pun terkejut tengok apa yang berlaku. Aku terkejut dan... Pelik.

Hampir sahaja pasu terjatuh di atas kepala budak perempuan tu, ada budak lelaki tiba tiba lari kearah perempuan tu dan tolak perempuan yang hampir jadi mangsa tu, kuat sehingga kedua-dua mereka jatuh. Tapi paling nasib baik, takde sesiapa tercedera sebab pasu tu.

Budak lelaki yang tolak perempuan tu ialah kim taehyung. Dia bantu perempuan tu bangun dan terus berlalu.

Semua orang terkejut. Hampir semua budak kat dalam kelas tu jegulkan kepala, tengok bawah. Yang kat padang semua berhenti main. Yang dengar bunyi pasu pecah, semua tengok scene yang berlaku. Tapi apa yang diaorang perasan cuma perempuan tu bernasib baik sebab some random boy tertolak dia.

Tapi daripada apa yang aku nampak, taehyung selamatkan dia.

My Painkiller [kth] Where stories live. Discover now