prolog

638 56 18
                                    

____________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


____________________

Selamat membaca! Voments okay :)

       ____________________     

      "my treasure, kenapa, kenapa kau mengelak dari aku?" Tanya manusia yang mempunyai rambut berwarna strawberry blonde. Muka kacaknya jelas memaparkan perasaan sayu.

"Sa-saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengan hidup awak!" Si gadis kecil memberanikan diri menyuarakan suara hati.

"Aku ada harta, kuasa dan beratus-ratus orang bawahan. Apa lagi yang tak cukup, my treasure?" Lelaki bernama Lee Jeno menyengetkan kepala ke kiri dengan comel. Tetapi jangan terpedaya dengan kecomelannya. Kening Jeno diangkat tanda meminta penjelasan dari si gadis.

Pipi si gadis menjadi hangat. Siapa je yang mampu menolak kecomelan Jeno? Si gadis tidak lagi memandang wajah lelaki yang berkot merah jambu.

  Lagi sekali saya pesan, jangan terpedaya. Dia nampak comel, senyumannya seperti putera berbaju besi. Tetapi sekali kau sakiti treasure nya, kau mati.


"My treasure,pandang sini bila aku tengah cakap. Kau tak nak aku marah kan?" Jeno hanya bergurau dia tak akan dan tidak akan dan takkan marahi si gadis yang bernama Kim Nana, apatah lagi menyakitinya.

Nana cuba untuk lari, tetapi belum sempat dia mengangkat punggungnya,
Jeno meletakkan kedua-dua tangannya di tepi kepala Nana dengan kasar. Bunyi hentakan pada dinding kuat kedengaran. Tindakan Jeno berjaya menghalang Nana dari lari di bawah kuasanya. Erti kata lain, Nana dikepung oleh Jeno.

Jeno mendekatkan hidungnya pada leher Nana, tangannya masih mengepung si gadis. Kasihan dia."Bau kau seperti gula-gula yang aku suka. Strawberry hmmmm. Aku tak sabar nak makan kau, hancurkan kau" mata dinginnya bertemu dengan mata Nana yang ketakutan.

Jeno ketawa kecil apabila melihat si gadis menggigil ketakutan.

Lelaki berkot pink itu mengangkat wajah kacaknya dari leher Nana lalu menghadiahkan Nana kucupan lembut pada dahi si gadis yang basah dek peluh.

"Aku bergurau. Tapi aku akan pastikan kita official dulu baru aku boleh buat semua benda tu. Kita akan ada 20 orang anak dan 7 ekor kucing bila kau da terima aku nanti. Ingat ni Nana, Aku akan pastikan kau terima..






hati aku."

𝗚𝗔𝗡𝗚𝗦𝗧𝗔 [ Lee Jeno ]Where stories live. Discover now