_____________
Hai gais semoga hari korang sentiasa ceria! Voments kamu semua selalu bagi semangat untuk pudu. Terima kasih :) 🌼
_____________
Kim Nana, gadis yang tidak pernah menjejakkan kaki ke club , dipaksa oleh kawan baiknya sendiri, Lucas. Kata Lucas, hidup si gadis yang mempunyai bebola mata bewarna asap kelabu itu bosan atau 'tak ada life' dan dia, sebagai 'kawan yang paling bagus di dunia'( Lucas melantik diri sendiri ) bertanggungjawab untuk menambah perasa dan warna pada hidup Nana.
Pada pandangan Nana pula, hidupnya biasa-biasa sahaja tidak adalah sampai tahap bosan. Semuanya akan okay sekiranya Nana mempunyai buku di tangan, fikirannya pasti akan sibuk mencipta imaginasi sendiri setiap kali dia membaca helaian demi helaian.
Setiap kali Nana membantah candangan si gergasi untuk ke club, Lucas kerap kali melawan balik dengan menggunakan "its okay man, im here man"
Dan lihatlah sekarang Lucas yang tadi berada disisi Nana tiba-tiba lesap begitu sahaja,oh! geram sungguh Nana pada lelaki berbangsa China yang bernama Lucas!
Ikutkan hati nak je Nana cekik-cekik lelaki yang berketinggian 183 cm itu, walaupun tinggi Nana 2 kali ganda lebih pendek. Jangan pandang sebelah mata pada wanita pendek ya. Wanita pendek juga mampu membunuh.
'Its okay man, Im here man' kata-kata kawan karibnya itu dusta sungguh!
Kim Nana membawa diri ke meja yang paling tersorok, sifat introvert nya langsung tidak kena dengan suasana manusia berhimpit-himpit, menggesel-gesel badan antara satu sama lain. Ewwww. Nana menggelengkan kepala berkali-kali.
Laungan musik jenis EDM yang kuat langsung tidak mengganggu aktiviti pembacaan Nana.
.
Tidak sehingga ada lelaki berkot hotpink duduk semeja dengannya. Si gadis automatik rasa tidak selesa dengan aura gelap yang dibebaskan oleh si jejaka.
Nana terus mengintipnya dengan menyorokkan muka di buku. Dia memerhatikan dari tepi buku, wajah si jejaka dihiasi luka-luka.
Si gadis fikir, lelaki berkot merah jambu panas tidak sedar akan kewujudannya disitu. Nana salah. Lelaki itu sedar dan sentiasa berwaspada terhadap sekelilingnya, cuma dia malas mahu ambil tahu tentang Nana.
Lelaki berambut blonde melepaskan bunyi deraman yang cukup dalam untuk membuat bulu roma Nana meremang, lalu si jejaka bersandar pada tempat duduknya. Lengan kanannya diletakkan atas mata untuk menghalang cahaya neon club tersebut dari terus mencucuk matanya yang keletihan.
Manusia dilahirkan dengan sifat empati. Empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi seseorang dan Nana ialah seorang manusia,perasaan kasihan mula hadir dalam hati.
"Awak--" Baru sahaja Nana mahu memulakan bicara, ada yang memotong.
"Jeno Lee" entah dari mana datangnya wanita berbaju sendat bewarna merah. Bulu mata palsunya mengalahkan seekor unta!
Dah macam nangka aku tengok, bisik nana dalam hati. Nana hanya duduk di situ. Terlalu kekok untuk bergerak.
Wanita itu mula mengusap perlahan tangan si jejaka dengan lembut. Setiap jari-jemari wanita itu memastikan yang dia tidak akan meninggalkan sedikit kulit pun yang tidak disentuh.
Lelaki yang dikatakan Jeno tadi hanya memandang wanita tersebut dengan pandangan yang kosong, biji mata dinginnya langsung tidak menunjukkan sebarang emosi.
Jika lelaki biasa yang digoda sebegitu, pasti sudah menjadi lain.
"Jeno oppa, kenapa semalam tak datang sini? Hyesoo rindu oppa. Bila kita nak bersama lagi?" Wanita yang bernama Hyesoo bermain dengan rambut Jeno pula. Muka Jeno masih tiada eksperasi, hanya topeng dingin sahaja yang membalut mukanya.
Hati kecil Nana memuji keberanian Hyesoo. Jika Nana menjadi Hyesoo, sudah lama dia tercirit dalam seluar.
"Oppa jom lah" Hyesoo cuba untuk menarik badan sasa Jeno. Usahanya sia-sia sahaja. Jeno langsung tidak berganjak. Mungkin Jeno terlalu penat. Kalau penat kenapa datang sini dan tak tidur dirumah sahaja?
"Mu-mungkin dia penat kot? Lagi pun dia macam sakit" Suara kecil Nana berjaya menarik perhatian mereka.
Renungan tajam Jeno membuatkan Nana berasa malu. Lantas dia mengusap belakang leher dan mengalihkan pandangan.
"Diam wanita murahan. Benda ni tak ada kena mengena dengan k--" belum sempat Hyesoo menghabiskan ayatnya kepala si gadis berbaju merah di humban ke atas meja.
Nana ingin menjerit tetapi seluruh badannya kaku. Dia hanya mampu menekup mulut kerana terkejut dengan tindakan yang dilakukan Jeno terhadap Hyesoo.
Nana dapat mendengar bunyi hidung Hyesoo patah kerana hantukan yang kuat pada meja. Dia berharap agar sekuriti datang ke meja mereka dan buat sesuatu pada Jeno.
Alangkah malangnya nasib si gadis kecil, tiada siapa yang mendengar bunyi kejadian ini kerana musik yang dimainkan terlalu kuat.
Persoalan seperti "hidup tak perempuan tu?" , "patut kah aku call polis?" , "mana giant tak guna tu?! " mula bermain-main di otak.
Fikiran Kim Nana bercelaru.
Jeno menarik rambut wanita itu dengan kasar kebelakang lalu berbisik sesuatu ke telinga Hyesoo yang Nana tidak dapat tangkap,
"jangan cakap macam tu dengan treasure aku kalau kau tak nak mati. Kau tahu aku siapa kan? Kalau kau terlupa,tak apa, aku boleh ingatkan semula.
Aku,Lee Jeno ketua Red Cobra. Jangan cari fasal dengan my treasure okay?"
Bibir Jeno mengukirkan senyuman sinis.
Jeno melepaskan rambut Hyesoo lalu Hyesoo rebah di lantai.
Si blonde merapatkan jurang antara dia dan Nana ibu jari kasar Jeno mengusap pipi pucat milik si gadis.
"My treasure"
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗡𝗚𝗦𝗧𝗔 [ Lee Jeno ]
Fanfiction"My treasure, makin kau menolak makin aku obses pada diri kau" -Lee Jeno #5leejeno 🌼 seketul author yang tak kisah tertypo atau tersalah tatabahasa