" To : Bella,
I heard, you hated someone who leave without saying goodbye. So I wrote this because I'm going to military after I graduated from high school. I wanted to say goodbye properly. So, if you want, come to see me at your classroom at 9am, Saturday.Gavin."
Air mata Bella mula mengalir secara deras. No way. Gavin... Dia...
Bella sudah menangis teresak-esak. Hidungnya memerah akibat menangis terlalu lama. Surat yang bertompok darah yang sudah kering itu, dipeluk ke dada. Dia sungguh terkilan dengan dirinya.
"Ga...Gavin." Kekesalannya, hanya Tuhan yang tahu.
"Saya betul - betul minta maaf!" Hanya itu yang terbit di setiap sedunya.
Gelang daun gingko di pergelangan tangannya di pandang. Pagi tadi, bila dia bangun Gavin sudah tiada. Hanya gelang yang sudah tersarung di pergelangan tangannya dan nota kecil.
Katanya, "Ini gelang yang ada tracker. So senang sikit aku nak tahu lokasi kau kalau kau minta tolong. Aku on-call hari ni. Jadi, aku tinggalkan nombor telefon office aku. Kalau ada bahaya, call nombor tu. Suruh diorang datang. Harini, telefon aku akan off all day. Sorry. Take care."
Lepas je dia mandi, makan, terus dia menggeledah seluruh rumahnya mencari surat Gavin bertahun lalu. Now dia dah jumpa.
Dia rasa menyesal sangat. Dan rasa bodoh. Hanya kerana gosip dan rumor yang tidak betul, dia menjudge Gavin. Agaknya berapa lamalah lelaki itu menunggunya. Harap-harap tak lama.
Air mata yang masih mengalir disapu dengan belakang tangannya. Dia ingin cari tahu berapa lama Gavin tunggunya di sana. Dia HARUS tahu. Dia memang tak berhati perut terhadap Gavin.
Dia menuju ke bilik komputer di pustaka mininya. Hanya satu orang saja yang mesti tahu jawapannya. Minor. Junior Gavin.
Tanpa melengahkan masa, dia membuka laptopnya dan mula menaip dengan pantas. Hingusnya yang mula keluar dari hidung mancungnya, disapu laju dengan tisu. Tidak mahu satu saat pun membuang masa.
Sometimes, dia hack profile orang. Dia buat saja - saja kerana kebosanan. Mujurlah ianya berguna pada saat seperti ini!
Click!
Jumpa! Nombor telefon Minor terus di dail.
Ttrr. TTrr.
"Hello?" Suara lelaki yang berlagak seperti suara kecil mengangkat telefon. Memang sengaja. Padahal suara mamat tu agak dalam dan garau.
"Minor ke ni?" Bella berdehem untuk membetulkan suaranya yang serak sebelum bertanya.
"Ya? sape ni?"
YOU ARE READING
Mr Police Officer, I Love You! ✔ {Under Editing}
RomanceHIGHEST RANK : #6 in romance #12 in romance #4 in ffriendship Pertemuan semula dengan Gavin, orang yang digeruni sewaktu sekolah menengah dulu memang tidak dijangka. Apatahlagi , dia...