Chapter 8 : Jealousy

12.1K 273 31
                                    

Gavin tersedar dari lenanya apabila terdengar musik yang kuat dari practice room. Mungkin Bella tidak menutup pintu dengan rapat, sebab itulah musiknya terdengar sampai ke sini.

Selimut di tubuh sasa Gavin jatuh ke riba apabila dia bangun separa dari tempat tidurnya. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum dia melompat keluar dari katil. Practice room dituju kerana lagu yang dia sedang dengar sekarang ini belum pernah dia dengar.

Sampai saja di pintu practice room, matanya hampir terjojol keluar melihat pakaian Bella. Tank top, seluar pendek sendat paras peha, and ponytail yang tinggi mendedahkan leher jinjang gadis itu. Lebih-lebih lagi peluh yang merenik ke leher gadis itu.

Tak pernah pula dia lihat tarian Bella sedaring ini. Daring dan tempting. Dengan lenggokkan pinggulnya, dengan ayunan tubuhnya yang seksi, memang menyeksa batinnya. Sudahlah semalam sudah beberapa kali dia rasa frust menonggeng sebab tak boleh releasenya nafsunya.

"Lagu baru ke?" Gumam Gavin perlahan. Agak cemburu jika orang lain turut melihat tarian Bella yang mengancam seperti ini.

Mungkin terperasankan kehadiran Gavin, Bella berpusing dan tersenyum lebar melihat wajah Gavin yang sudah separuh dipenuhi dengan tona merah. Dia menghampiri Gavin dan menarik Gavin masuk tanpa menghentikan gerakan tubuhnya.

Gavin dibiarkan tercegat di tepi dinding dan dia menyambung tariannya di hadapan cermin. Sampai saja ke ending scene, dia berjalan laju ke Gavin dan memerangkap lelaki itu dengan kedua tangannya melekap ke dinding.

Dia menghampiri wajahnya ke wajah terkejut Gavin. Deru nafasnya yang laju mengenai muka Gavin yang sudah merah padam. Peluh yang merenik di mukanya membuatkan Gavin tertelan air liur sendiri, apatahlagi hidung mancung mereka sudah bergesel sesama sendiri.

'Adoi, pagi-pagi dah buat aku kena heart attack, dia nak cium aku lagi ke? Aku tak kisah ta-' Belum sudah Gavin mengomel dalam hati, Bella menjauhkan wajah mereka dan tersenyum sinis sebelum merendahkan badannya ke bawah dan bangun semula untuk finnishing dance - nya.

'Aih menguji betul.' Kecewa pula dia tidak dapat merasa bibir merekah itu di bibirnya yang nipis ini lagi.

Selesai saja lagu yang dipasang, Bella menunduk badannya bagaikan banyak audiences yang menontonnya. Gavin hanya menepuk perlahan kerana masih terkejut bercampur kecewa dengan aksi gadis itu.

Air mineral di sofa bulat di capai dan diteguknya laju.

"Lagu tadi... Bakal release ke?" Tanya Gavin, wajahnya cuba untuk tidak dicemberutkan. Dia tak boleh terlalu control  kerana mereka belum ada apa-apa. Lagipun, itu hak diri Bella, dia tidak boleh menghalang gadis itu sekalipun mereka ada apa-apa.

Keadaan Bella yang basah dengan peluh dan sedang minum air itu memang seperti melihat iklan di tv. Bezanya, Bella lagi menawan dan seksi.

"hah? oh, tu private collection of mine. Just for exercise."

Botol air diletakkan semula dan telefonnya dicapai apabila telefonnya menjerit meminta untuk diangkat. Dia tidak perasan Gavin yang sudah tersenyum lebar. Puas dengan jawapan gadis itu.

"Hello?" Wajah Gavin dikerling seketika sebelum dia kembali fokus ke suara rakan baiknya ini.

"Siyeslah hari ni?" Bella mengerutkan wajahnya. Why today?

"Hmm.. Kalau macam tu, I'll be there in thirteen minutes." Bella melepaskan keluhan.

Usai bercakap dia berjalan ke arah Gavin dan membuat muka bersalah. "I know we suppose to clear things up. But something comes up."

Mr Police Officer, I Love You! ✔ {Under Editing}Where stories live. Discover now