Misoo berusaha keras untuk memapah Hatsu masuk ke dalam biliknya tanpa diketahui sahabatnya yang lain. Jadi dia masuk dari pintu belakang rumah, dan bertuah baginya kerana semua sahabatnya sedang tidur di atas sofa ruang tamu..
Dia cepat cepat naik ke atas dan membaringkan Hatsu di atas katil nya dan turun semula ke ruang tamu untuk memeriksa sahabat nya.
"Lu En? Ann? Amelia? Klara?" kata Misoo mencucuk cucuk lengan mereka.
"hmm... Jangan kacau..." kata Amelia menyambung semula tidur nya.
"Hmm... Sweet dream all" kata Misoo dengan teruja dan berlari semula ke bilik nya di tingkat atas dan segera mengunci pintu.
"Ok....experiment... Aku taknak lah main pegang pegang dia...." kata Misoo dan mencari idea macam mana nak pastikan dia bukan lagi zombie.
Jadi dia mengambil penyapu dan mencucuk kaki Hatsu menggunakan hujung batang penyapu.
"Pstt....bangun lah...aku taknak lah letak orang mati berbaring atas katil..." kata Misoo dengan risau.
Hatsu yang mukanya ditutup oleh rambut nya yang panjang mula membuka mata, yang tidak disedari oleh Misoo.
"argh....I'm not feeling well...." kata Hatsu dengan nada yang sangat rendah
"Hah! Dia bercakap!" kata Misoo dengan teruja dan mula mengalih rambut yang menutup wajah Hatsu.
"Ulang lagi apa awak kata" bisik Misoo ke telinga Hatsu.
"Badan saya....rasa sakit" kata Hatsu.
"Oh...tu... Kesan ubat...antidot..maksudnya...awak pulih menjadi manusia!" kata Misoo dengan gembira.
Hatsu yang tak bermaya membuka luas matanya lalu segera berdiri seakan akan dia terkejut.
"maafkan saya? Siapa awak? Mana saya? Apa jadi? Seingat saya, saya kena gigit" soal Hatsu kepada Misoo.
"Ok...saya rasa awak tak beberapa ingat perkara... Awak jadi zombie...ingat tak?" soal Misoo
"Hm... Entah lah...saya cuma rasa pening." kata Hatsu lalu berbaring semula.
"Ok saya bagitahu, Hi nama saya Misoo selamat berkenalan, setahu saya, awak budam baru pindah dari Jepun dan akan masuk kelas saya, setahu saya, nama awak Hatsu," kata Misoo mengeluarkan peti kecemasan dari almari nya.
"saya masih ingat nama saya lah" kata Hatsu lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Selamat berkenalan" kata Hatsu lalu bersalam dengan Misoo.
"Mak ayah awak? Macam mana?" kata Misoo
"Oh... Tu...mereka tinggal di Jepun...sepatutnya saya tinggal bersama pak cik dan mak cik saya" kata Hatsu yang menahan sakit di lengan nya.
"Oh...biar saya balut luka awak" kata Misoo lalu membalut luka nya.
"dengar ni, saya ada beberapa orang sahabat di ruang tamu....mereka belum tahu pasal kehadiran awak.. Jadi...jangan buat bising dan jangan dulu keluar dari bilik..saya risau mereka marah saya...awak faham kan situasi saya...." kata Misoo memegang kedua telapak tangan Hatsu
"B..bai...baik lah" kata Hatsu
"Bagus! Kau boleh pakai baju T-shirt aku, jangan risau, kebanyakan nya warna hitam, dan... Aku akan sediakan kau towel, bilik mandi ada kat sebelah almari baju saya, saya keluar dulu, yelah...bagi kau privasi" kata Misoo lalu keluar dari biliknya
"Misoo!" teriak Lu En dari dapur. "Yes Ma'am!"
"Nampak tak saya punya handphone?" kata Lu En.
"tak....kenapa?" kata Misoo
YOU ARE READING
Meet my Boy'Zombie!(Malay)
FanfictionSebuah tabung uji yang mengandungi virus di makmal telah pecah dan membebaskan virus. Kini, kumpulan sahabat Egirlz berusaha menolong ayah mereka yang bekerja sebagai saintis dan FBI untuk menghapuskan semua zombie berikut. Misoo percaya akan dirin...