1

37 3 7
                                    


" woi !! Makan gaji buta ke? " sergah Jehan.

Jannah yang terlelap diatas meja terus terduduk tegak. Dengan keadaan separah sedar dia menjeling lelaki dihadapannya yang tersengih mengejek.

Hish dia ni lagi. Kenapalah si jajan ni wujud

" apa kau nak ?! " tinggi nada Jannah, seperti marah pun ada. Yelah, siapa tak marah, dahlah penat urus itu ini nak lelap kejap pun tak dapat.

" nak kau "

" ei jijiklah telinga aku dengar. tak hingin aku " bahunya digoyang tanda geli.

" kau ingat aku hingin ke dekat kau? aku lagi tak hingin. Siapa suruh tanya soalan macam orang takda otak. Aku nak jumpa boss kau lah nak apa lagi "
Jehan buat muka.

Minah ni boleh pulak tanya nak apa? dah tau kalau aku datang sini kalau bukan jumpa Megat Dafi, Megat Iskandar.

Jannah hanya mencebik sebelum ganggang telefon diambil. Punat tertera angka 2 ditekan

" Maaf menganggu Tuan Megat. Encik Jehan nak jumpa "

Jehan hanya memerhati Jannah.

Dengan boss tau pulak cakap sopan santun. Siapa meng'encik'kan aku. Hish dengan aku macam nak telan orang

" Baik Tuan Megat " Ganggang telefon diletakkan.

" Dah, pegi masuk sana " arah Jannah tanpa memandang Jehan. Sibuk dia membelek fail-fail diatas meja. Nak sambung keje, nak sambung tidur pun ngantuk dah hilang sebab Jehan Jajan ni.

Jehan hanya buat muka jelik. Menyampah betul dengan cara Jannah layan dia. Sejak kali pertama jumpa dia tahu perangai Jannah taklah seJannah yang disangka.

Pintu dikuak. Menampakan Megat Dafi yang sedang mengemas beberapa fail dimeja kerjanya. Ada Megat Iskandar juga disitu yang duduk disofa berdekatan tingkap.

" eh Tuan Megat pun ada sekali, Selamat tengah hari "

Iskandar cuma senyum.

Dia membalas senyuman sebelum bergerak menuju Dafi bersama fail hitam ditangan.

" selamat tengah hari Tuan Megat " kepala ditunduk sikit tanda hormat. Biar umur diorang sebaya dia tetap seorang perkerja dan hormat tu penting.

Fail hitam dihulur kearah Dafi. Iskandar cuma sibuk bermain fon, dia tahu Jehan datang atas sebab apa.

Fail hitam dibuka Dafi. Setiap muka surat dibelek dan diperhatikan dengan teliti. Serius saja mukanya.

Sepatah ayat pun belum dikeluarkan dari mulutnya membuat Jehan pun naik cuak.

Macam takda mood sahaja Megat Dafi ni. Mampuslah kalau takda Dhaila dia dalam fail tu dahlah garang nak mampus.

" ini je? " soal Dafi. Tegang saja mukanya.

" untuk bulan ni tu je saya dapat Tuan, dengan maklumat yang Tuan beri agak sukar nak jejak cik Dhaila tu. " ujar Jehan membuat Dafi meraup muka.

Ada 6 biodata didalam fail itu. Memang semua nama Dhaila tapi yang buat Dafi naik pening bila tiada sikit pun unsur-unsur Dhaila yang dia cari.

Nur Dhaila

Siti Daila

Farisha Dayla

Dan banyak lagi Dhailas. Ada juga yang berstatus bini orang.

Jehan memang cekap buat kerja bukitnya baru 4 bulan dia menggunakan khidmat Jehan tapi sudah 18 Dhaila yang ditemui Jehan.

Tak sangka banyak juga rakyat Malaysia nama Dhaila ni.

MEGATWhere stories live. Discover now