" nah , ni fail dia "Iskandar hanya memandang kosong fail dihadapannya itu.
" ish bagi aku buat apa? " soalnya berpura-pura menolak.
Ikutkan hati mahu saja dia hafal segala maklumat tentang Dhaila dalam fail itu .
Tapi... haish iskandar kau kena sedar sekarang , ini masanya untuk kau undur diri.
" mana tau kau nak baca , Dhailakan kawan kau juga dulu " kata-kata Dafi ada benarnya.
Jika diingat balik dulu, antara dia dan iskandar , iskandar yang lebih rapat dengan Dhaila.
Iskandar buat muka seakan tidak berselera untuk ambil tahu dalam urusan itu.
" tu dulu, benda lama "
Dafi hanya menggeleng, iskandar ni asal perempuan je tak berminat.
Bahaya punya perangai.
" eh, aku nak keluar dululah. Lepak dekat sini tak jadi apa, buang masa aku je "
Iskandar bangun dari duduknya.
Dafi menayang muka jelek. Puik taguna macamlah aku yang suruh dia datang.
" baguslah, aku memang dari tadi lagi nak halau kau pun "
" pegi mati hahaha " ujar iskandar sebelum tubuhnya hilang dibalik pintu.
Dafi hanya tertawa dengan ucapan Iskandar.
Kini tinggallah dia sendiri dalam bilik besar itu.
Fail Dhaila tadi ditenung, hasil kerja jehan tidak pernah mengecewakan. Dalam dua hari budak jehan tu dah dapat maklumat lengkap tentang perempuan bernama Dhaila yang ditemuinya 3 hari yang lalu.
Senyuman lebar terukir dibibirnya. Dia bersyukur akhirnya selepas 20 tahun.
penantiannya berakhir.
__________________________________
Iskandar melabubkan punggungnya disebuah bangku kosong yang agak jauh dari orang ramai.
Walaupun tak ramai mana pun orang kat taman tu.
Yelah, siapa je pegi taman tengahari terik macam ni.
Dia pun taktau nak pergi mana sebenarnya, nak lepak cafe macam takda mood, nak lepak office Dafi takut menganggu pulak, budak tu tak habis-habis meeting, nak lepak rumah? bosan. Ummi pun sibuk dengan rumah anak yatim dia.
Alamatnya terdamparlah iskandar seorang diri disini. Bertemankan matahari dan hembusan sempoi-sempoi bahasa angin disiang hari.
Dia duduk ditengah-tengah kerusi, nak buat tanda yang dia memang taknak sesiapa tetiba datang lepastu cakap 'boleh saya duduk?'.
Matanya melilau kesana sini, sunyi. Adalah dua tiga orang yang berjalan tapi jaraknya agak jauh dari dia, dan seorang perempuan yang sedang berborak ditelefon duduk agak jauh darinya.
Dia memandang langit yang terbentang luas, cerah. Tidak seperti harapannya pada Dhaila, pudar, mendung, gelap.
Dia tergelak kecil, sudahlah iskandar anggap yang kau memang takda jodoh dengan Dhaila.
Nak pertahankan cinta pertama kau tu macamlah kau mampu, Dafi lebih penting dari segalanyakan?
Ya, amanah aunty Mariam padanya itu lebih penting dari segalanya.
" kalau aunty ada mesti aunty happy tengok dafi sekarang " ucapnya tenang.
________________________________

YOU ARE READING
MEGAT
RomanceBukan setakat sepupu, mereka juga sahabat. Semuanya dilakukan bersama sejak kecil sehingga tanpa sengaja mereka juga tersuka orang yang SAMA " aku sayang dia Is " - Dafi. " aku tau " - Iskandar Dan bertuahkah seorang Dhaila bila dipertemukan kembal...