Selamat tinggal sayang ,
ku ucapkan kepada mu ,
pergi kau dari hidup ku ,
ku tak ingin disakiti .....Suara Haqiem rusli berkumandang diseluruh kedai. Dhaila yang sedang menyusun stok-stok keropok sesekali menyanyi sama.
Berkerja dikedai 24jam ni penghibur dia cuma lagu je lah. Hantam jelah lagu apa yang penting hilangkan bosan.
Setelah selesai menyusun stok makanan dirak dia kembali ke kaunter. Lagu haqiem rusli tu pun sudah sampai ke penamat. Dari kaunter dia memandang luas kedai itu.
Sunyinya, macam hidup kau Dhaila.
Waktu begini memang jaranglah ada pelanggan, kebanyakan siap berselimut atas katil.
Jarum jam sudah bergerak ke angka 11, kelibat rakan sekerjanya yang ambik shiff malam pun tidak kelihatan. Entah hilang ke mana dua ekor tu.
Kepala dilentokkan diatas lengan, kesunyian malam memukulnya lembut.
Lama keadaanya begitu. Sebelum tiba-tiba namanya dipanggil seseorang.
Lantas dia bangun melihat gerangan si pemanggil.
Dhaila terkedu.
" Assalamualaikum awak "
Pemanggil itu tersenyum manis memandang Dhaila.
Ya Allah, aku rindu pandangan itu, aku rindu senyuman itu.
Dhaila cuma mematung dikaunter, pandangannya setia pada figura itu dengan air mata yang hampir senitis.
Tiada niat mahu persoalkan keberadaan lelaki itu disini, dia cuma mahu diam dan menikmati masa yang sudah lama dinantikan, dia mahu lelaki itu ada dihadapannya dan tersenyum kepadanya seperti sekarang.
Dia tidak mampu untuk tersenyum walaupun cukup bahagia dia dapat bersua dengan lelaki itu. Cuma air mata yang perlahan membasahi pipinya.
" Iskandar, saya... rindu awak "
Tersekat-sekat dia mengutarakan rasa rindu itu. Ya, dia rindu, dia rindu segalanya tentang seorang insan bernama Iskandar.
Dia rindu hatinya yang dulu, hatinya yang sudah Iskandar bawa pergi bersama.
Lelaki itu terus memandangnya dengan senyuman perlahan dia mengorak langkah kearah Dhaila.
Dhaila cuma membatu disitu, entah dia tidak mampu berbuat apa-apa. Perasaan emosinya menguasai segalanya sekarang.
Semakin dekat, dekat dan...
Mata dibuka serta merta. Segera kepalanya diangkat bila merasa ada kehadiran seseorang disitu.
" Iskandar ! "
Ucapnya setelah menoleh, dia berharap mimpi tadi nyata, dia berharap memang akan ada Iskandar disitu.
Dia rindu, dia rindu lelaki itu.
Dia masih berharap lelaki itu akan kembali.Tapi semuanya hampa.
Matanya yang tadinya penuh dengan harapan perlahan menjadi sayu bila dia sama sekali tidak mengenali lelaki itu.
Ya, dia cuma pelanggan biasa, dia bukan Iskandar dan tiada Iskandar pun kat situ.
Sedarlah Dhaila, dia takkan kembali.
Dhaila berdehem cuba membetulkan suasana. Pelanggan yang memegang beberapa bungkusan roti dan minuman itu pun sudah memandangnya pelik.
Pipi yang basah dilap laju. Malunya, entah sejak bila lelaki itu berdiri disitu dan memerhatikan dia.
Dahlah tetiba panggil nama lelaki, mesti kena cop mimpi pakwe.
eh tapi aku memang mimpi pakwe pun kan?
_____________________________________
Iskandar meletakkan beberapa bungkusan roti gardenia dan beberapa tin minuman.
Dia mengeleng sambil memerhati pekerja itu melakukan kerjanya.
Dah pukul 1 lebih, mati-mati dia ingat perempuan tadi kena tindis ke apa ke baru ingat nak jadi ustaz.
Mana taknya, tetiba nangis teresak-esak dalam tidur. Kurang meracau je sebab tu dia teragak-agak laksanakan hasrat nak ruqyahkan pekerja tu.
Tuptup bangun panggil nama aku?
Choi !Iskandar cuma diam walaupun dia pelik kenapa perempuan tu panggil nama dia?
Nak je dia tanya tapi tengok reaksi perempuan tu yang macam tak kenal dia pun ada terus tak jadi.
Mungkin nama sama je kot, yelah Iskandar ni bukan sikit yang guna, sebab tu kalau boleh dia nak suruh ibu letak je nama dia Hurahuri biar takda nama sama dengan dia.
" rm34.30 "
Sekeping not rm50 dihulur. Plastik digenggam kemas. Setelah baki disambut dia langkahnya dibawa keluar meninggalkan kembali perkerja itu seorang diri.
Heran dia jam-jam begini berani pula perempuan tu sorang-sorang, yang ditakutkan bukan setakat hantu tapi manusia-manusia zalim dekat luar ni, kalau tadi yang masuk bukan dia macam mana ? Dah lah tadi perempuan tu tertidur macam-macam boleh jadi.
Ish yang aku nak risau ni kenapa.
Sempat Iskandar menoleh kearah pintu kaca kedai itu.
Perempuan itu masih duduk dikaunter dan...
menangis?
Berkerut kening Iskandar, dia cuma mengeleng sebelum melesapkan diri kedalam perut kereta.
YOU ARE READING
MEGAT
RomanceBukan setakat sepupu, mereka juga sahabat. Semuanya dilakukan bersama sejak kecil sehingga tanpa sengaja mereka juga tersuka orang yang SAMA " aku sayang dia Is " - Dafi. " aku tau " - Iskandar Dan bertuahkah seorang Dhaila bila dipertemukan kembal...