4

5 2 0
                                    


Mata Dhaila melilau mencari bilik wad yang dinyatakan Farisha.

Barangan bayi yang sudah cantik terbungkus kemas dalam genggamannya.

Dia tersenyum. Akhirnya jumpa juga bilik tu.

Pintu diketuk dulu sebelum dikuak dari luar, serta-merta mata yang ada disitu teralih kearah Dhaila

Senyuman Dhaila mengendur. Dia telan liur.

Eh salah masuk bilik ke aku ni?

Dhaila berdiri didepan pintu dengan hadiah untuk si bayi baru itu, memandang lelaki yang duduk dikerusi sisi katil.

Tiada kelibat kak sara atau pun keluarga Farisha didalam.

Lelaki tu bukan suami kak sara pun sebab dia taulah siapa abang Farisha.

Lagipun abang dia outstation.

Sah salah masuk !

Dia tertunduk-tunduk segan. Senyuman kelat diukir.

" so- sorry salah masuk "

" eh, tak. Betullah, awak nak jumpa kak sara kan? "

Dhaila baru saja mahu membuka pintu terhenti.

Eh dia kenal kak sara, maknanya tak salah masuklah.

Tapi siapa mamat ni? dengan baju office dia, takkan doktor pakai kot?

Ah, mungkin family sebelah kak sara kot.

Dhaila menoleh, dia masih berdiri disitu tanpa ada tanda mahu bergerak.

Katil dipandang.

" kak sara pegi check up " seakan memahami pandangan Dhaila lelaki itu memberitahu tanpa perlu disoal.

" Farisha mana ? "

Kini dia nak tahu pulak keberadaan kawannya itu, tadi masa dia telefon farisha cakap dia kat hospital sengsorang sebab semua family duduk luar kl so lambat sampai tu yang tak teragak dia nak datang sini.

" Farisha? Oh adik akak sara eh? "

Dhaila mengangguk, aik kenapa macam tak kenal pulak.

Belum sempat lelaki itu menyambung ayatnya pintu dibuka dari luar.

" eh Dhaila, sampai pun kau "

Farisha muncul dengan plastik ditangan, nampak macam beli makan.

Dhaila dan Lelaki itu dipandang bersilih ganti.

" korang kenapa? " soal Farisha dengan wajah tiada riaknya.

" takda apa cuma ni siapa ? " jari telunjuknya dihala ke lelaki yang masih berdiri disisi katil itu.

" entah, aku pun tak kenal "

Jawapan Farisha membuatkan Dhaila membesarkan matanya.

Tak kenal? Apakah.

" tak cerita dia , kak sara tu jiran diorang. Diorang lah yang hantar kak sara pegi sini. Kalau takda diorang taktaulah apa jadi kak sara tu "

Aku hanya mengangguk mendengar penjelasan Farisha.

Jap, diorang?

" dah jadi tanggung jawab saya untuk bantu kak sara, lagi pun kak sara tu saya dah anggap macam akak sendiri. Dia banyak bantu kitorang "

Balas lelaki itu, amboi dah anggap macam akak sendiri, ke dah anggap macam akak ipar sendiri?

Aku hanya diam malas nak masuk campur perbualan tu. Penat aku berdiri sejak tadi, sofa yang ada dihujung bilik menjadi destinasi.

MEGATWhere stories live. Discover now