3

7 1 0
                                    


Bahu Dafi disentuh membuatkan lelaki yang sudah terlelap itu terus membetulkan duduknya.

Plastik yang dihulur disambut dan diletakkan di kerusi kosong yang ada disebelahnya.

" macam mana kak Sara ? " soal Iskandar.

" dia masih dekat dalam, family dia pun belum ada yang sampai ni "
Jelas Dafi.

Iskandar cuma mengangguk,

Dia bersandar pada kerusi, tak sangka dia malam ni terjadi kepada mereka.

Kak Sara, jiran diorang yang tengah sarat mengandung nak bersalin.

Dah lah kawasan perumahan tu memang belum banyak penghuni.

Dan kebetulan Iskandar baru balik dari airport masa tu nampak kak Sara tengah tungkus lumus gerak nak masuk kereta.

Bila kak Sara cakap nak bersalin terjerit Iskandar.

Iskandar mengeleng mengingat kisah tadi.

" eh akak malam buta ni nak pegi mana? " soal Iskandar.

Pelik pula takkan dah sarat macam ni pun nak pegi clubbing.

" ak- akak nak bersalin ni "
Jawab wanita itu sambil cuba masuk kedalam kereta.

Mata Iskandar segera membuntang.

" BERSALIN !!! "

" ya allah! Kamu ni kenapa tak pasal-pasal nanti akak bersalin kat sini "

Terkejut aku dibuatnya.

Keringat mula membasahi wajah kak sara, Iskandar terpinga-pinga sebelum segera dia mendapatkan kak sara.

Dafi dipanggil dari luar rumah sekuat hati dengan teriakkan halilintarnya.

Tidur mati ke Dafi ni?

" dah lah takpa , akak boleh drive sendiri "

" eh takda-takda, akak tak boleh drive sendiri "

Teringat dia pada pesanan suami kak sara yang meminta dia dan Dafi tengokkan isteri dia sebab dia outstation 3 hari.

Kerisauan sang suami ketika menyampaikan pesanan itu membuatkan kewajipan untuk membantu kak sara bertambah-tambah wajib.

Kak sara sudah duduk dikerusi belakang.

Iskandar membaca doa naik kenderaan sebelum dia masuk.

Perasaan gemuruhnya lebih gemuruh dari membawa pesawat yang penuh dengan penumpang.

Baru sahaja mahu hidupkan enjin ,Dafi keluar. Matanya ditenyeh-tenyeh.

Iskandar menekan hon berkali-kali mahu menarik dafi keluar dari kemamaiannya.

" cepat kunci pintu bodo, kak Sara nak bersalin " Jerit Iskandar dari kereta.

Mata Dafi segera membulat. Segera selipar jipun disarung. Pintu dikunci, nasib guna kunci password jadi tekan-tekan kejap je.

Huru-hara jugaklah dalam perjalanan nak ke hospital tu.

Bila kak sara mengadu kesakitan makin sakit juga jantung Dafi dan Iskandar. Dah lah dorang bujang, anak tunggal so takda pengalaman membawa wanita bersalin ke hospital.

Sepanjang perjalanan dafi asyik suruh kak sara bertenang sampai kak sara nak bertendang dengan Dafi ni.

Yelah, dia nak bertenang macam mana kalau dafi ni yang tak tenang.

Suruh tarik nafaslah, suruh relaxlah apa lah.

" argg cepat sikit Iskandar "

" ye kak sabar kak "

Kalau boleh nak je Iskandar bawa macam tengah lumba tapi dia takut juga kang bawa laju-laju naya ha.

" akak tarik nafas dalam dalam sedalam laut atlantik lepastu akak hembus sehembus hembusnya, akak bertenang kak bertenang " bebel Dafi.

Mahu tergelak kak sara dibuatnya dengan dua bujang ini tapi sambil menahan kesakitan sakitnya mahu bersalin ini disimpan dulu gelaknya.

" ahhh ya allah ! Air ketumban dah pecah !! "

Makin galak situasinya bila kak sara sedar air ketumbannya dah pecah.

Dafi sudah rasa mahu pengsan dikerusi penumpang depan.

" ALLAHU AKHBAR ALLAH ! AKHBAR ALLAH HUAKHBAR LAAAA ILLAH adui !! .. "

Laungan takbir Iskandar terhenti bila Dafi mengetuk kepalanya kuat.

Time-time macam ni dia nak takbir buat apa bangang.

Kau nak sambut anak ke sambut syawal ni !

____________________________________

" Assalamualaikum "

Salam Dhaila tidak bersahut. oh mungkin Farisha keluar kot.

Dia naik ke biliknya ditingkat atas, tuala dicapai, penat begini mandi lepastu tidur syok ni.

Dia terhenti bila nampak ada satu telefon yang didampar cantik atas katilnya.

Pelik, eh gerangan siapa kah nak bagi aku henfon ni?

Telefon itu dicapai butang on disisi ditekan.

Eh, wallpaper dia macam fon aku.

Selepas membelek telefon samsung itu baru Dhaila sedar yang henfon tu memang dia punya.

Cis baru ingat ada henfon jatuh dari langit tadi.

Dhaila menepuk dahi, jadi dia tertinggal fon lah ni? Kenapa dia tak sedar?

hm sejak tadi dekat kedai pun memang dia tak ingat pasal fon dia, fikirannya penuh dengan Iskandar yang tiba-tiba datang dalam mimpinya.

Ah, lupakan Dhaila, move on ! Dia takkan balik ! Ingat tu !!

Ada satu mesej dari Farisha yang belum dibaca, terus mesej itu ditekan

wei , Kak sara bersalin, aku kat hospital ni.

Bersalin? Wah dah jadi maciklah si Farisha ni.

Dhaila tersenyum , sudah lama kelahiran anak sulungnya itu dinanti oleh keluarga Farisha mesti bahagia sangat keluarga tu sekarang.

Fon tadi dicampak keatas katil.

Okay, mandi cepat Dhaila ! Kau nak jumpa baby ni !






MEGATWhere stories live. Discover now