Bab 10

914 27 1
                                    

Harini aku rasa letih sangat sebab aku dengan Shawn kena pergi pusing satu sekolah cari cikgu untuk mendapatkan kehadiran bagi majlis yang akan diadakan.

"aih letihnya,nasib cikgu tak masuk dah ah nak rehatlah kejap". Baru je aku letakkan kepala atas meja berlapikkan tangan tiba-tiba seseorang datang dari arah belakang menyergah aku.

"BWAHHHHH. Oi bangunlah tido apa ni". Aku dah agak mesti Farhain akan kacau aku punya bila dia nampak aku tido. Farhain ni memang kalau sehari tak cari pasal ngan aku tak perfect hidupnya.

"ish kah nak apa,pergilah sana aku nk rehatlah,dah lah baru pusing sekolah tadi ngan Shawn".

"owh kau dating eh. Sampai hati kau curang dengan aku Am,aku sayang kau bagai menatang minyak yang penuh tau". Farhain memandangku sambil buat muka sedih.

"apa bendelah kau ni Farhain. Aku ada rusan lah kau bukan tak tahu aku ni SRC. Dating pebendenya. Dahlah pergi sana,busuk ah bau kau lepas training ni. Pergilah pakai baju gila apa pakai singlet basketball ni je".

"baik tuan puteri ku yang saya sayang. Kau tidolah dulu aku pergi bilik salin nanti aku suruh si ketua kelas nerd kau ni panggil bangun eh". Farhain bangun lalu pergi ke ketua kelas aku dan seterusnya berlalu keluar. Walaupun Farhain ni sweet mengalahkan gula dalam balang gula tu tapi sekali pun aku tak pernah jatuh hati dekat dia,sedangkan student lain semua minat dekat dia.

"Berambus dah pon,haih". Aku terus melelap kan mata sehinggalah ketua kelas bangun kan aku sebab Mr. Chuah dah masuk kelas bagi mengajar subject Sejarah.

Aku mencari kelibat Farhain, dia dah ada dekat belakang aku dengan kemeja kelabu dan menampakkan ciri maskulin terhadapnya. Dengan spek mata bulatnya menambahkan lagi ketampanan di wajahnya. Bau perspirant dari Farhain tak payah cakaplah,semerbak harum.

Aku mengalihkan pandangan ke arahnya sebab Mr.Chuah sedang menulis di whiteboard.

"woi,nanti petang balik ngan aku eh macam biasa".

"boleh je tapi nanti kau teman aku pergi kantin jap tau,aku nak beli air"

"owh ok".

Sebelum mengalihkan perhatian ku kembali pada Mr.Chuah, ada seseorang yang menarik perhatian aku. Nasha membuat mulut seakan-akan mahu menciumku dari jauh (alah macam flying kiss tu tapi guna bibir je tak guna tangan).  Aku hanya tersenyum malu melihatnya. Secara jujurnya aku tak berapa perasan akan kehadirannya di dalam kelas,sebab dia suka bersembang dengan budak dari Convent yang duduk di barisan belakang. Jarang nampak dia ke depan kelas kecuali masa presentation sahaja.

Jam kelas menunjukkan pukul 2.20. Waktu ni semua students form 6 akan meninggalkan kelas dan yang tinggal hanya mereka yang kena bertugas sahaja bagi setiap kelas. Aku menunggu Farhain habis mengemas buku-bukunya.

"woi cepatlah,apa lambat sangat kau ni weyh. Alahaiiii,aku lapar ni".

"kejaplah aku nak amik baju sukan aku dekat bilik salin jap,kau tunggu sini".

"ish dia ni mengalahkan budak perempuan lah. Hah pergilah aku tunggu dekat kelas je,malas ah nak turun sebab aku nak tengok kelas jap".

Sedang aku menunggu Farhain tiba-tiba Cathrina datang menyapaku dari belakang.

"eh you bertugas ke harini bukan hari Rabu ke?. Tak sangka aku yang si Cathrina tau aku punya jadual bertugas.

"eh taklah saya tunggu Farhain ni. Kamu sudah mau pulang ke?".

"Iye,oklah saya pergi dulu ye Am". Cathrina lihat sekeliling dan terus mencium pipiku. Aku terkejut dan terus memegang pipiku. Mungkim masa tu pipi aku dah jadi merah dek menahan malu.

Aku membalas lambaiannya. Dan dari jauh nampak kelibat Farhain. Kami berdua berjalan beriringan ke parking motor. Tak jadi pergi kantin sebab Farhain nak bawak aku pergi makan di cafe.

"weyh Farhain thanks ah belanja aku makan ni. Sedap dowh aku jarang duduk dekat cafe orang kaya ni". Maklumlah aku ni sebenarnya lagi suka kedai mamak berbanding cafe yang secawan kopi tapi harga sampai RM 10.

"first of all my pleasure Am,second please jangan  panggil aku Farhain. Rasa mcm formal sangat dowh, panggil je Far".

Aku terus ketawa besar nasib tak tersembur keluar ai milkshake yang aku order tadi

"hah apa,panggil Far.HAHAHAHHA. Adeh sakit perut aku gelak".

"asal dowh tak kelakar ok,i'm serious".

"hah okk sorry, Far Far Far away". Aku meniru watak kartun dalam cerita Shrek lalu kami berdua ketawa tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"weyh esok aku ambik kau naik kereta lah Am. Kau pakai baju kurung eh,aku teringin sangat nak tengok kau jadi ayu sehari pon jadilah". Aku terkedu dengan permintaan Farhain. Bukannya aku tak tahu yang dia menyimoan perasaan terhadapaku. Dua tiga kali dia confess dekat aku tapi tak pernanhnya aku nak layan.

"hah okk nanti aku tanya parents aku dulu mcmna eh,kalau jadi kau datanglah rumah aku esok".

Selepas Farhain bayar di kaunter aku dan dia masing-masing pergi ke motor dan balik mengikut haluan masing-masing.

Malam tu aku chat Farhain di whatsapp

"Far,parents aku bagi naik ngan kau,tapi jangan bawak lari aku dah lah😂".

"ok Am thanks god esok aku amik kau eh. Buat apa aku bawak kau lari kalau aku boleh bawak kau ke jalan yang sah dengan restu parents kita😁".

"dahlah kau,ada-ada je. Goodnight Far".

"Goodnight Am".

Tiba-tiba satu pesanan ringkas aku dapat dari seseorang yang aku tak save no dia dia handphone ku.

"Hye awak,saya nak mintak tolong awak snap paper yang cikgu Maisarah bagi tadi boleh,saya tak ambil,ingatkan dah ambil". Aku tertanya dalam hati siapa yang chat dengan aku. Aku usha dp whatsappnya.

"wait ni bukan ke Nasha?. Uish lawanya dia dekat luar,dalam sekolah takdelah lawa mana.

Aku membalas chatnya dan bergegas bangun mencari kertas yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu aku tu.

"thanks awak. Muahhh😘"

"my pleasure Nasha😁✌"

Finally saya dah keluarkan watak-watak utama..ada yang fall in love ke dengan Farhain tu ???

Ok guys keep reading and i love you all ✌💙🌈

PINDAHWhere stories live. Discover now