Bab 17

740 19 2
                                    

Harini Sabtu and dah nak masuk seminggu aku demam then dah reda datang balik, but ni demam biasa je doktor kata. Maksudnya minggu ni aku tak pergi sekolah langsung dan tak reply chat sape pon. Hanya Alisha pengubat rasa sakit aku sekarang ni.

Sakit dekat hati still tak hilang lagi, tapi apa yang aku boleh buat. Nothing. Kalau dia dah berpunya itu hak dia. Mungkin dia bukan mcm aku, and maybe dia kiss aku semua tu just nak ucap terima kasih je.

Aku baring atas katil dan melihat ke luar tingkap bilikku, lama jugak aku tak duduk dekat balkoni rumah aku ni,asyik terbaring je, semua aktiviti terpaksa dihadkan sebab kesihatan aku tak menentu and parents aku memang tegas bila anak-anak diorang sakit.

Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk dan aku nampak mak masuk serta ada sesorang yang berada dibelakang mak.

Pandanganku dialihkan semula ke luar tingkap, aku lebih tertarik dengan pemandangan di luar berbanding mengetahui siapa yang datang.

"Rayyan, ni kawan kamu datang nak tanya khabar". Aku mengalihkan pandanganku semula dan alangkah terkejutnya aku bila melihat seseorang yang agak lama aku tak jumpa. Kesedihan ku bertukar gembira melihatnya.

"weyh Imey, ya Allah,aku rindu kau gila". Aku tarik tangan Imey dan memeluknya sekuat hati. Terubat sikitlah rindu bila nampak dia ni.

"weyh Am,sakitlah,ish dia ni taulah lama tak jumpa, rindu letuwww kan sayang". Alisha mencuit hidungku. Aku nampak yang mak dah keluar dari bilik meninggalkan kami berdua.

"hahahha yelah weyh aku rindu kau dowh, aku tengok kau skang pon dah lain eh".

"eh lain? Apa yang lainnya sama je aku rasa". Imey membetulkan tudung dan bajunya. Geli hati aku melihat telatah Imey.

"bukan pakaian kaulah makcik, but kau dah makin lawa".

"ish kau ni, aku ingat aku pakai baju terbalik tadi. Kau tahu jelah aku ni kelam kabut sikit. Haritu dekat politeknik aku pakai baju terbalik weyh. Nasib kawan aku tegur aku dalam bilik, cuba kalau dah sampai dekat cafe ke, malu dowh".

"tulah kau Imey. Kena ubah sikit perangai. Prepare sebelum nak pergi mana-mana".

Tiba-tiba bibik Imas mengetuk pintu bilikku dan meminta izin masuk sebab dia bawak makanan. Aku bangun dari katil dan mengajak Imey pergi ke balkoni bilikkku. Lama tak amik angin luar.

Pintu cermin aku slide ke tepi, angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh kulitku. Walaupon masa tu waktu petang,tapi cuaca dia taklah panas sangat lagipon dah redup sikit. And baru je lepas hujan.

Aku mengucapkan terima kasih kepada bibik Imas dan menjemput Imey duduk di kerusi meja bulat di balkoni tu.

"weyh Am, kawan kau tak datang lawat ke?". Imey bertanyakan kepadaku sambil menghirup teh suam yang disediakan pembantu rumahku.

"biarlah weyh, aku kalau boleh malas nak layan sesapa pon buat masa ni, lagipon aku memang tak bagitahu alamat rumah aku dekat mana, tapi kalau kau takpelah". Aku mengunyah kembali goreng pisang yang berada ditanganku.

"lah asal pulak kau ni. Aku tengok kau happy go lucky je dekat METH tu. Asal tetiba pulak ni?".

"entahlah Imey,aku rasa macam dah lifeless, tak pernah dowh aku rasa mcmni bila crush dekat someone".

"sape weyh crush kau Farhain eh,aku dengar cite kau rapat gak dengan budak hot stuff tu ? ". Imey menjongkitkan keningnya kepadaku".

"ish kau ni, he just my best friend dekat METH je weyh. Aku crush dekat budak cina".

Aku tak kisah jujur dengan Imey ni,first sebab dia ni tahu aku mcmna and dia boleh simpan rahsia semua orang. Tak pernah lagilah aku dengar rahsia aku dekat mulut orang lain.

PINDAHWhere stories live. Discover now