Bab 11

838 23 0
                                    

Dari tingkat dua rumah aku,aku nampak kelibat seseorang keluar dari kereta Mercedes Benz berwarna silver. Bibik aku mengetuk pintu ku berulang kali dan memanggil nama aku.

"Cik Rayyan sudah bangun atau belum, ini ada teman yang datang ni, dia bilang mau ambil cik". Bibik ku asalnya dari Indonesia dan kalau di rumah aku memang ahli keluarga lain akan panggil Rayyan bukannya Am atau Rahmi.

"Bik cakaplah dekat budak lelaki tu tunggu kejap, saya nak bersiap ni".

"baik cik Rayyan".

"Kamu duduk di luar ini sebentar ya,cik Rayyan sedang bersiap katanya". Bibik Imas menjemput Farhain duduk di kerusi batu di halaman rumah aku.

"eh Rayyan sape pulak ni. Hah ok bu, terima kasih ye". Farhain tak pernah dengar sesapa panggil aku dengan panggilan mcmtu.

Aku nampak kelibat ayahku keluar dari rumah dan bersembang dengan Farhain di luar rumah. Entah apalah yang diborakkan sehingga ketawa boleh dengar sampai bilik aku. Dahlah awal pagi nanti apa pulak jiran aku fikir.Haish.

"Hah Rayyan,lambatnya kamu bersiap sian future husband kamu ni dia tunggu kamu". Ayah ketawa besar melihat telatah anaknya yang tergopoh-gapah memakai kasut.

"mana tak lambatnya ayah,Rayyan cari baju kurung ni macam tkde satu pon yang sesuai,nasiblah ada yg ni mcm ok sikit,lpstu nak cari kasut plk,nak cari tudung. Leceh betul,ni semua sebab dialah ayah". Aku menuding jari ke arah Farhain yang sudah tersenyum lebar melihat aku.

Selepas bersalaman dengan ayahku kerana ibu tiada di rumah katanya ada urusan yang perlu diuruskan di Singapore, aku terus membuka pintu kereta tetapi dihalang oleh Farhain.

"eh tuan puteri kenalah putera yang bukakkan".

"tepilah kau,cepatlah nanti lambat pulak".

Semasa dalam perjalanan aku dan Farhain hanya borak kosong dan terkadang menyayi ikut rentak lagu yang diputarkan di radio.

Farhain meletakkan keretanya di dalam kawasan sekolah. Maklumlah orang terhormat sebab ayah dia YB PIBG sekolah METH ni jadi segala bentuk kewangan di sumbangkan oleh ayahnya.

"weyh Rayyan kau pergi kelas dulu ah nanti kita jumpa tau sebab aku nak jumpa coach aku jap".

"hah okk pergilah but bfr that jangan panggil aku Rayyan lah". Farhain terus beredar meninggalkan aku sempat juga dia berpaling dan ketawa ke arah ku.

Dari jauh aku nampak kelibat Nasha sedang  berjalan menuruni jejantas sekolah. Aku terus mengejarnya dari belakang tapi agak susah sebab selalunya aku pakai kemeja atau blouse bukannya baju kurung.

"Nasha,weyh tunggu aku".

"eh, awak ke. Alalalallalala siannya dia lari kejar kita. Meh sini meh".

"lajunya kau jalan,aduhhh senak perut aku dibuatnya dah ah tak makan lagi ni".

"eh awak belum makan lagi ke,jom kita pergi kantin nak,saya pon tak breakfast lagi ni". Aku dan Nasha pergi ke kantin selepas meletakkan beg di hadapan kelas kami. Biasanya waktu pagi kelas tak bukak sebab tak nak bagi pelajar ponteng perhimpunan. Tapi ada je yang duduk lepak dekat bilik persalinan atau stor sukan.

"gelojohnya makan Am. Sini sikit muka awak tu". Aku terus berpaling ke arah Nasha lalu dia membersihkan kotoran di tepi bibirku dengan menggunakan tangan tanpa tisu atau kain lap.

"hehehehe maybe sebab aku lapar sangat kot, yelah tadi si Farhain tu amik aku dekat rumah so tak sempat nak makan". Aku nampak riak muka Nasha sedikit berubah,mungkin jealous dengan aku sebab naik dengan Farhain. Yelah perempuan mana tak jealous bila tengok crush dia dengan orang lain. Lagipun si Farhain ni ramai orang minat. Sesuailah dengan si Nasha ni.

PINDAHWhere stories live. Discover now