Bab 19

686 18 1
                                    

Aku tengok jam dekat pergelangan tangan dah pukul 1.18. Teacher Devi still mengajar kelas kami macam biasa. Seperti tiada tanda dia nak stop kelas. Dari awal masuk sampailah nak habis kelas dia bincang kerja yang semalam dia bagi. Ingatkan Teacher Devi tak datang lagi hari ni sebab semalam dia tak datang.

"Rahmi mari sini kejap." Aku yang duduk disebelah Nasha sama seperti semalam sebab Diana still tak datang tersedar dari lamunan. Aku bingkas bangun pergi ke meja guru.

"nape Teacher?."

"harini meeting kamu semua buat di mana? Saya join jugak meeting kamu ni. "

Lupa nak cakap yang dalam SRC ada dua orang guru bimbingan. Leader,Teacher Devi and sorang lagi Cikgu Jaslina. Actually aku prefer Teacher Devi dari cikgu yang sorang lagi. Sebab teacher tak cerewet. Hehehehe.

"entah Shawn dengan senior tak cakap pon nak buat dekat mana. Tapi saya rasa better buat dekat kelas ni cikgu sebab kalau buat dekat kelas upper 6 Physics ramai malas naik. " (kelas form 6 physics dengan bio je dekat block lain, aku pon tak tahu kenapa, maybe sebab diorang banyak experiment nak kena buat dekat Lab kot.)

"hah oklah macamtu,nanti kamu bagitahu dekat semua, and prepare apa yang penting untuk bincang petang ni."

"ok teacher, nanti saya inform dekat ws group."

Aku kembali ke tempat duduk dan memandang Nasha yang meletakkan kepalanya di atas meja. Dia memandang setiap gerak geri aku.

"elelelelellele ni kenapa ni, penat ke sayang oiiiii. " Aku bersandar sambil mengusap kepala Nasha.

"penatlah awak, penat tunggu cinta dari awak tak sampai-sampai. " Nasha menggenggam tanganku dengan kedua belah tangannya. Dari tangan aku berada di kepalanya kini tanganku berada dalam genggamannya.

Aku hanya tersenyum tanpa berkata sepatah pun. Aku sebenarnya ada simpan perasaan dekat Nasha ni, cuma aku nak kenal lagi dia macamna. Sebab tulah aku nak stay dengan Alisha je. Even Alisha bagi aku untuk couple dengan yang lain.

"Nasha jom kemas barang,Teacher Devi pon dah keluar, aku nak pergi surau,kau nak ikut tak?."

"ermmm takpelah aku period harini, so aku prgi makan dengan Aina dan yg lain jelah mcmtu."

"haah sebab aku maybe lambat, lagipun kau tempat meeting dengan aku lain-lain". Aku yang dari tadi dah kemas barang pergi keluar ke surau.

Baru je keluar dari kelas tiba-tiba aku terserempak dengan Cathrina. Dia pandang aku dan senyum lebar dekat aku.

"eh okay pulak dia ni." Aku membalas senyumannya dan berhenti di sebelah Cathrina yang sedang mengunci kelas.

"hye Cathrina,you mau hantar kunci dekat bilik Mr. Matthew ke?. "

"ye saya mau hantar. Kenapa Am".

"saya mau ikut boleh lagipon i otw pergi bawah juga ".

Cathrina memandang sekeliling. Aku tak tahu apa yang dia cari. Dia menarik tanganku dan kami berdua berjalan turun menggunakan tangga di sebelah kanan.

"eh Cathrina why not use tangga sana saja,kan lebih cepat sampai meh. "

"tak maulah, saya nak jalan lama-lama dengan you Am". Hati aku berbunga kembali bila Cathrina cakap mcmtu. Aku sedikit sebanyak cuba untuk lupakan apa yang dah jadi dua minggu lepas.

Kalau dah ditakdirkan si Cathrina jadi crush aku, aku terima je. As long as dia still ada depan mata aku.

Aku menunggu Cathrina meletakkan kunci dalam bilik Mr.Matthew. Kawasan sekolah yang sudah lama ditubuhkan nampak seperti baru dengan binaan-binaan yang lebih moden.

Lamunan ku terhenti bila satu ciuman diberikan oleh Cathrina. Dia yang berada disebelahku hanya tersenyum melihatku yang memegang pipi.

"i dah lama tak kiss you macam dulu-dulu tau. Rindu tau Am". Cathrina memeberitahuku dan nampak macam dia sedikit blushing.

Tiba-tiba bibirku berani bertanyakan soalan padanya.

"untung boyfriend you kan,hari-hari mesti dapat kiss from you". Muka Cathrina yang tadi tersenyum tiba-tiba bertukar tanpa segaris senyuman pon.

"actually Am, i... ." Baru je Cathrina nak cakap tiba-tiba Nasha muncul dari belakang dengan kawan-kawan dia yang lain.

"awak, kata nak pergi surau, dah pergi ke?"

"eh Nasha, belum lagi, ni hah teman Cathrina sebab kiteorng kan meeting tempat sama so aku ikut dia jelah."

Aku lihat Cathrina yang berada disebelahku hanya menyorok di belakangku dan kurang senang dengan kehadiran Nasha.

"oklah Nasha aku turun dulu, bye weyh. "

Aku terus menarik tangan Cathrina turun ke tingkat bawah. Aku baru perasan yang setiap kali Cathrina jumpa dengan Nasha or nampak aku dengan Nasha mesti dia macam takut or annoying.

"Cathrina you pergilah makan dulu, nanti kita jumpa di tempat meeting je,i rasa i nampak Fanny dan Michelle dekat kantin tadi." (lupa nak cakap yang Xue Wei dengan Jacklyn dah transfer pergi tempat lain😭).

"takpela Am,i tunggu kamu di sini saja." Cathrina duduk di kerusi yang telah disediakan dihadapan surau sekolah. Aku hanya menganggukkan kepala ku tanda setuju.

Selepas solat, aku dan Cathrina terus menuju ke kantin dan naik semula ke tingkat tiga kelas aku.

Aku habiskan masa rehat ni dengan Cathrina dan Shawn. Sebab upper 6 aku tengok tak datang lagi and ada member kiteorng pon tak sampai dekat kelas aku ni.

"woi Shawn,so what do you think senior will say abt our opinion. "

"i think the other will okay with our idea but...we have to face Kak Rose lah. You know she act like president and always handle everything. But you see lah Abang Harris just ikut saja arahan dia."

"yalooo Shawn i see too. But don't worrylah we wait and see how. Teacher Devi also join our meeting today."

Jam menunjukkan pukul 1.55,rasanya masa ni semua dah berkumpul and aku nampak Kak Rose dengan Law Zyn senior SRC tengah tulis dekat whiteboard.

Jadi dipendekkan cerita aku macam biasalah banyak kerja nak kena handle dengan Shawn.

So aku dengan Michelle akan jadi emcee untuk malam tu, then Cathrina dan Fanny diorang akan jadi budak dulang untuk bagi hadiah. Shawn dengan yang lain akan handle photography dan kawal students.

Actually banyak lagi yang kiteorng semua kena buat. Cari sponsorlah buat itu inilah. Nasiblah ada member dalam SRC ni yang selalu bagi semangat dekat aku. Serious lucky gila bila ada diorang.

Selepas dismiss ,macam biasalah aku akan on phone and tunggu sampai semua keluar dulu then baru aku keluar sebab nak kunci kelas.

Rasanya semua club dah balik kot kecuali SRC je yang keluar lambat harini. Aku tengok Cathrina datang duduk disebelah ku. Tadi Michelle dengan Shawn yang duduk dengan aku masa meeting.

"eh Cathrina,you tak mau balik lagi ke? Saya mau kemas barang saya dulu then kunci then letak kunci then baruuuuuuu balik. Hehehe."

"saya tak mau balik lagi, saya mau tunggu you."

Cathrina memandangku dan menghadiahkan senyuman yang paling manis aku dapat since aku tawar hati dengan dia haritu.

Selepas hantar kunci di bilik Mr. Matthew, Cathrina memaut lenganku dan disambut oleh aku yang merapatkan lagi tubuhku dengannya.

Memang aku dah move on dengan apa yang berlaku,aku tak kisah dia ada boyfriend ke apa as long as dia still buat bende sama dekat aku.

Aku dah cukup happy dengan hidup aku sekarang. Lagi-lagi bila ada Alisha yang selalu chat and caring pasal aku. Farhain yang even annoying and selalu kacau aku but dia still my best dude ever. Nasha,dia ni cantik but kadang macam pelik sebab clingy lain macam. Cuma aku je tak pernah bukak hati dekat dia.

Thanks guys for reading.. Ok,so for this chapter saya tak banyak cerita sangat..macam biasa2 je hahahahha

I love you guys 🌈💙✌

PINDAHWhere stories live. Discover now