Bab 22

697 18 0
                                    

"assalamualaikum, Rayyan owh Rayyan."

Dari luar tingkap bilik aku, aku dapat dengar ada seseorang memberi salam. Lepas je cakap dengan mak, aku terus naik atas balik, saja nak rehat jap.

Aku bingkas bangun dan mencapai tuala mandi di hujung katil aku lalu membuka pintu cermin balkoni di bilik aku. Kelihatan Farhain yang masih berdiri di luar pagar menunggu kehadiran seseorang untuk menyambut kehadirannya.

"ish dia ni pon satu. Kan ada loceng dekat luar tu. Tekan jelah."

Aku membebel seorang diri di balkoni. Kelihatan bibik Imas membuka pintu untuk Farhain. Yelah lagipon Farhain ni selalu jugak datang rumah aku. Sebab tulah parents aku pon berkenan dengan dia ni. Tapi aku tak langsung.

"woi Far, tunggu jap kau duduk dekat pondok tu nanti aku turun. "

Farhain kelihatan sedikit terkejut apabila aku menegurnya sebentar tadi. Yelah mana taknya. Aku menjerit dowh, mahu satu taman dengar.

"hah okk aku tunggu bawah ni woi. "

Aku terus masuk dalam and tukar pakai tudung awning je then berlari turun ke tingkat satu rumah aku.

"bibik,nanti tolong bawakkan juice apple yang ada dalam peti ais tu tau. Bawak dua. "

"baik cik Rayyan, nanti bik Imas bawak kan ya. "

Aku senyum kepada bibik Imas dan terus ke pintu rumah ku. Rasanya masa turun tadi aku tak perasan pulak kelibat mak dekat mana-mana. Pergi gossip dekat rumah jiran sebelah kot. Dengan aunty Chiew tu. Hahaha.

"woi Far ingatkan tak nak datang tadi. Penat aku tunggu, lama sangat dowh. Nasib aku tak tidur lepas asar tadi. Tak pasal -pasal jadi gila pulak. "

"takpelah jadi gila. "

Pendek Far menjawab bebelan aku tadi.

"kau kenapa ngek doakan aku jadi gila. "

"bukan gila mental tu lah, yang aku tengah cakap ni aku nak kau gilakan aku. "

"hahahahhahaha bodohlah Far, tak nak aku, kau tu dahlah ketiak busuk lepas main basketball, ewwww tak nak aku, baik aku minat kawan Cina kau tu, apa nama dia Justin en. "

"eh kau,Justin tu dah couple ah. "

"seriouslah weyh, aduhhh penat je crush dekat dia. "

"tulah kau yg depan mata ni ada tak nak. Nak jugak budak half kpop tu. "

Kami berdua ketawa dan berhenti apabila ayah yang baru pulang dari kerja menegur Farhain.

"assalamualaikum  Far".

"Waalaikumussalam  uncle. "

Selepas memastikan kelibat ayah sudah hilang dari pandangan,aku mula merapatkan wajahku ke telinga Farhain untuk membisikkan sesuatu.

"weyh kau nak tahu tak apa yang jadi sebenarnya dekat aku masa sekolah tadi. "

Aku yang tadinya berbisik di telinga Farhain mula menjarakkan kembali tubuhku darinya.

"hah cite ah weyh,dari sekolah tadi aku nak kau story,kau pulak busy nak study. "

Aku menjarakkan kembali kedudukan ku kepada sedia kala, dan menarik nafas panjang sebelum memulakn ceritaku pada petang itu.

"ok macam ni Far, pagi tu aku pergi sekolah macam biasa ah then lepas parking motor aku dengar macam ada budak perempuan jerit macam kena kacau ah, you know right how it sound, not too loud ah but can attract someone. "

"Yes i know how it sound, then kau buat apa dowh. "

"aku pon apa lagi terus pergilah cari dari mana datang bunyi en, rupanya si Nasha kena kacau dengan budak laki."

PINDAHWhere stories live. Discover now