Puan Maria melangkah masuk ke dalam rumah . Dia melepaskan segala penat lelah ke atas sofa di ruang tamunya. "Aih penatnyaaaaaaa" keluh Puan Maria. "Kenapa tak bagitahu balik lambat tadi? Kalau tak,boleh saya amik awak" kata Encik Faizal kepada isterinya. "Takpelah,lagipun bas kilang kan ada"jawab Puan Maria. Dia sebenarnya tak mahu menyusahkan suaminya disebabkan tempat kerjanya yang jauh jadi disebabkan itu dia lebih suka untuk menaiki bas yang disediakan oleh kilang nya. "Haih yelah ikut suka awaklah,ni mana Suraya? Saya ada beli lauk untuk makan malam. Dia dah masak nasi tak?" Tanya Encik Faizal yang sememangnya menahan lapar disebabkan dia tidak sempat untuk makan pada waktu rehat tadi kerana banyak kerja yang perlu dibuat. "Dia kat bilik dia lah tu" jawab Puan Maria. "Haih asyik terperap kat bilik je, ha Aidil pergi panggil kakak kamu tu"kata Encik Faizal kepada Aidil yang sedang seronok bermain video game bersama kembarnya Fitri. "Baiklah Ayah"jawab Aidil yang kemudian berlalu menuju ke arah bilik kakaknya. Puan Maria yang tengah berbaring atas sofa cuba merehatkan diri. Sememangnya kerjanya sebagai seorang penyelia kilang sangat memenatkan bagi seorang wanita yang berusia lewat 40 an. Ketika sedang berehat sambil cuba menghilangkan penatnya,tiba-tiba fikirannya teringat kembali dengan wanita misteri yang dia bertemu tadi. Entah kenapa dia rasa tertarik dengan wanita misteri itu. Apa yang membuatkan dia tak boleh lupakan wanita itu ialah senyumannya yang misteri. Hatinya merasakan sesuatu apabila melihat senyuman itu. Akibat keletihan, Puan Maria pun tertido.
"Tolong,tolong aku" Puan Maria membuka matanya kerana terdengar sesuatu. Puan Maria terkejut kerana dia mendapati dirinya berada di sebuah kawasan yang tidak dikenalinya. Kawasan itu sangat sunyi . "Tolong.. tolong aku" rintihan tu didengari oleh Puan Maria. Dia cuba mencari dari mana datangnya suara itu. Sedang asyik dia mencari,tiba-tiba dia terlihat kelibat seseorang. Namun dia tak dapat melihatnya dengan begitu jelas. Puan Maria cuba melihat siapakah orang itu. Kabus tiba-tiba muncul dan menyukarkan penglihatan Puan Maria.
"Siapa kat sana? " jerit Puan Maria ke arah kelibat itu. Kabus semakin tebal dan apa yang hanya dapat dilihat oleh Puan Maria hanyalah senyuman. Dia berasa terkejut kerana senyuman itu mirip senyuman wanita misteri yang dia bertemu. Kabus semakin tebal dan kelibat misteri itu semakin menghilang. Puan Maria cuba mengejar kelibat itu dan tiba-tibaDush! Puan Maria terjaga. Dia mendapati dirinya masih terbaring di atas sofa. "Apa nak jadi dengan kamu ni Suraya? Suruh masak nasi pun kamu tak boleh nak buat!" Puan Maria bangun dari sofanya. Bunyi piring yang dibaling oleh suaminya telah mengejutkan dia dari mimpi yang aneh. Puan Maria menuju ke arah dapur. Kelihatan anak sulungnya,Suraya sedang menunduk memandang ke bawah. Puan Maria tahu suaminya sedang marah.
"Bang, kenapa ni?" Tanya Puan Maria kepada suaminya. "Ni awak tengok ni. Kosong!" Kata Encik Faizal sambil menunjukkan periuk nasi yang kosong. "Saya lapar tahu tak,penat baru balik kerja. Balik saya nak makan tapi nasi tak masak lagi. Awak tengoklah anak awak ni!" Kata Encik Faizal dalam nada yang marah. "Abang pergi mandi dulu,hal ni biar saya uruskan" pujuk Puan Maria. Encik Faizal meninggalkan dua beranak tu dalam keadaan marah dan terus masuk ke bilik air untuk bersihkan diri. Puan Maria mengangkat semula piring yang dilempar oleh suaminya tadi. Mujurlah piring tu piring plastik. Dia tahu benar sikap suaminya yang memang akan melepaskan marah dengan melempar barang. Suaminya bukanlah seorang yang panas baran tetapi bila dia lapar dan penat memang dia akan berubah menjadi singa. "Haih kamu ni, bukan memang tugas kamu ke untuk masak nasi sebelum mak dengan ayah balik kerja. Ayah kamu tu penat satu hari kerja,balik tu mesti dia nak makan. Takkanlah benda senang pun kamu tak boleh buat? Dah pergi masak nasi cepat" arah Puan Maria terhadap anaknya, Suraya lalu pergi meninggalkan Suraya sendiri di dapur. Suraya yang dari tadi berdiam diri hanya mampu menahan tangisan. Dirinya masih menunduk sambil menahan amarah di hati.
YOU ARE READING
Wanita misteri
HorrorPertemuan antara Puan Maria dengan seorang wanita misteri pada suatu malam. Sejak dari pertemuan itu, Puan Maria mengalami pelbagai kejadian aneh dan sebuah tragedi membawanya kembali ke masa lalu yang sudah dilupakan. Siapakah wanita misteri itu? A...