Suraya melakukan tugasan yang disuruh oleh ibunya. Hatinya sangat sakit. Dirinya penuh dengan amarah. Ikutkan hati,mahu saja dia lari dari rumah. Meninggalkan keluarga yang tiada erti dalam hidupnya. Suraya merasakan dirinya hanyalah seorang pembantu rumah,bukannya anak perempuan. Segala kerja di rumah diberikan kepada dia. Baginya,menjadi anak sulung ialah satu beban. Menjadi anak perempuan hanyalah untuk dijadikan orang suruhan di dalam rumah. Oleh kerana itu,dia tidak sukakan adik-adiknya. Bagi Suraya,kelahiran mereka membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Kalau dulu,dialah puteri,dialah permata di mata ibu bapanya. Namun,apa yang dirasakan kini hanyalah sebuah beban yang sangat memenatkan dia. Suraya merupakan seorang yang pendiam malah di sekolah juga dia lebih suka bersendirian. Hanya Zarlita,teman baiknya yang menjadi tempat luahan perasaannya. Suraya bukanlah pelajar cemerlang namun tidak juga pelajar yang kurang pintar. Hanya pelajar biasa yang berada di kelas tengah. Tahun ini suraya bakal menduduki peperiksaan SPM . Baginya,dia tidak sabar untuk habis sekolah kerana mahu bebas dari keluarganya sendiri. Suraya sudah bertekad untuk hidup sendiri sebaik sahaja dia dah habis sekolah.
"Hei kau ingat habis sekolah kita terus hidup senang ke? Kerja pun belum tentu dapat. Ha result spm pun kita tak tahu lagi. Nanti kau nak sambung belajar mestilah kau masih di tangunggan mak ayah kau." Nasihat Zarlita pada Suraya sebaik sahaja Suraya meluahkan isi hatinya kepada teman baiknya. "Siapa kata aku nak sambung belajar? Aku nak cari duit banyak-banyak lepastu aku nak jadi kaya." Kata suraya. "Amboi senangnya mulut kau cakap. Eh kau ingat petik jari je boleh jadi kaya? Boleh hidup senang? Macamtu? Kau kena ingat zaman kita ni makin sukar. Ingat senang ke nak cari kerja? Orang yang ada kelulusan universiti tu pun susah dapat kerja,inikan yang ada sijil SPM je." Zarlita menyuarakan pendapatnya. "Aih itu aku tahu lah, tapi aku memang tak minat nak sambung belajar. Aku tak peduli lah apa nak jadi, yang penting aku dapat bebas dari family aku!" Luah Suraya. "Aih suka hati kau lah asalkan kau tak buat benda yang bukan2" Zarlita tahu benar tentang sikap teman baiknya itu. Degil dan berpendirian tetap. Dia tahu tiada gunanya dia memberi nasihat kerana Suraya sudah bertekad .
"Kakak tolong basuhkan cawan ni." Lamunan Suraya terhenti. "Aduh kau takde tangan ke? Cuci lah sendiri! Takkan tak nampak aku tengah buat kerja ni!" Marah Suraya. Sememangnya sikapnya dengan adik-adiknya tidak mesra seperti adik beradik orang lain. Suraya memang garang dengan adik-adiknya. Mungkin sebab itu adik-adiknya takut akan dirinya.
"Susah sangat ke nak tolong tu? Adik kamu minta tolong tu, buat jelah!" Tegur ayahnya yang baru keluar dari bilik air. Suraya tidak mampu melawan. Dia hanya menurut sahaja arahan ayahnya namun jauh di sudut hati hendak sahaja dia memukul adiknya. Baru puas rasa di hatinya. "Kau tunggu jelah nanti!" Kata Suraya di dalam hati.
YOU ARE READING
Wanita misteri
HorrorPertemuan antara Puan Maria dengan seorang wanita misteri pada suatu malam. Sejak dari pertemuan itu, Puan Maria mengalami pelbagai kejadian aneh dan sebuah tragedi membawanya kembali ke masa lalu yang sudah dilupakan. Siapakah wanita misteri itu? A...