Jam menunjukkan pukul 8:15 malam. Puan Maria yang baru sahaja pulang dari kerja berjalan memasuki perkarangan rumahnya. Puan Maria merupakan seorang penyelia kilang kasut . Dia berumur 48 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Anak sulungnya merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga yang bernama Suraya. Suraya merupakan seorang remaja berusia 16 tahun. Selain daripada Suraya, Puan Maria mempunyai dua orang anak lelaki kembar yang bernama Aidil dan Fitri. Mereka berusia 9 tahun. Manakala suaminya iaitu Encik Faizal bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kilang roti yang terkenal. Encik Faizal berusia 45 tahun. Walaupun Puan Maria lebih tua 3 tahun dari suaminya,namun wajahnya yang awet muda membuatkan dia kelihatan lebih muda dari umur sebenarnya. Mereka tinggal di sebuah pangsapuri lama yang mempunyai banyak blok dan mempunyai kawasan yang luas. Asalnya tapak perumahannya merupakan sebuah lombong. Pangsapuri itu berada di kawasan yang agak jauh dari bandar dan berhampiran dengan kawasan hutan. Disebabkan hal itu, ia membuatkan kawasan pangsapuri itu kelihatan menyeramkan terutamanya pada waktu malam.
"Aih sampai pun" kata Puan Maria saat tiba di bawah blok pangsapuri nya. Disebabkan oleh kedudukan pangsapuri yang agak dalam,Puan Maria terpaksa berjalan kaki kira-kira selama 15 minit dari bus stop. Ketika hendak berjalan ke arah tangga,mata Puan Maria tertarik ke arah kebun kecil milik jirannya yang tinggal di tingkat bawah sekali. Kelihatan seorang wanita muda sedang berdiri kaku memandang nya. Puan Maria berasa hairan kerana dia tidak pernah melihat wanita tersebut sebelum ini. Puan Maria mengenali semua jiran-jiranya kerana dia sudah tinggal di kawasan itu lebih kurang 10 tahun. "Assalamualaikum " sapa Puan Maria.
Wanita tersebut tersenyum . Senyumannya itu membuatkan bulu roma Puan Maria naik. Senyuman yang sangat lebar namun menyimpan 1000 makna. "Waalaikumusalam " sapa wanita itu semula . Puan Maria berasa agak lega setelah wanita itu menjawab salamnya. "Baru pindah sini ke? Atau awak ni keluarga Cik Ros?" Tanya Puan Maria. Cik Ros merupakan pemilik kebun kecil itu,dia merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Cik Ros memang suka berkebun dan mempunyai beberapa jenis bunga di tamannya. Dia juga suka bercucuk tanam. Hal ini menyebabkan kebunnya menjadi tarikan di pangsapuri itu. Cik Ros juga sering berkongsi hasil tanamannya dengan jiran-jiranya. Hal ini membuatkan Cik Ros disegani oleh tetanga di situ.
Wanita itu tersenyum kembali lalu menjawab "saya bukan keluarga Cik Ros,saya cuma tertarik dengan bunga raya ni" wanita itu menunjukkan bunga raya di tangannya. Tiba-tiba bahu Puan Maria dipegang oleh seseorang. Puan Maria terkejut lalu menoleh ke belakang. Ternyata suaminya yang memegang bahunya. "Awak buat apa kat bawah ni ?" tanya Encik Faizal yang juga baru sahaja pulang dari tempat kerja nya. "Takde,saya tengah kenal-kenal dengan jiran baru kita" Jawab Puan Maria. "Jiran baru? Yang mana?" Tanya Encik Faizal. "Ala dia ni lah bang.." Puan Maria terdiam kerana wanita itu sudah tiada di situ. "Aih awak ni,penat sangat lah tu,dahlah jom naik" ajak Encik Faizal yang terus berjalan menuju ke arah tangga pangsapuri mereka. Puan Maria masih berdiri kaku di situ sambil cuba mencari kelibat wanita itu tadi. Dia berasa hairan kerana tiada kelibat sesiapa pun pada waktu itu. "Mungkin dia dah pergi tapi lajunya dia menghilang" Puan Maria masih kebingungan. "Aih sudahlah,mungkin dia dah masuk rumah" Puan Maria cuba menenangkan dirinya. Lalu Puan Maria meninggalkan kawasan itu dan menuju ke rumahnya. Puan Maria yang ketika itu sedang menaiki anak tangga pangsapurinya telah diperhatikan oleh sepasang mata dengan senyuman misteri di bibir.
YOU ARE READING
Wanita misteri
HororPertemuan antara Puan Maria dengan seorang wanita misteri pada suatu malam. Sejak dari pertemuan itu, Puan Maria mengalami pelbagai kejadian aneh dan sebuah tragedi membawanya kembali ke masa lalu yang sudah dilupakan. Siapakah wanita misteri itu? A...