🕵4

688 102 5
                                    

Aku mengunyah roti yang diberi oleh salah seorang member Yunho iaitu, Seonghwa.

Aku memandang ke arah bendera yang berkibar di bahagian atas kapal.

A...TEEZ?

Aku mengecilkan mataku untuk membaca tulisan di bawah perkataan 'ATEEZ'

Pi...rate King?

Pirate?

Lanun?

LANUN?!

Jadi, kapal yang aku naik sekarang ni pemilik lanun?!

Jadi diorang semua ni lanun?!

Patutlah pakaian diorang lain macam.

Aku berjalan ke arah Yunho yang berada di bahagian depan kapal.

Aku pandangnya yang sedang meneropong sesuatu.

Aku menyentuh bahunya.

Dia memandang aku.

"Bo-Boleh saya tanya awak sesutu?"

"Tanyalah" kata Yunho sambil menyelitkan teropongnya di kocek tepinya.

Aku menjadi beku apabila dia memandang tepat ke arah mataku.

Matahari yang memancar di belakangnya menambahkan lagi kekacakannya.

"Emm...kenapa awak selamatkan saya?" Soalku ingin tahu.

"Sebab saya nak dapatkan ganjaran dari appa awak" beritahunya jujur.

"Ganjaran?"

"Semasa awak di tawan dengan Dutchman, Appa awak bukakan peluang kepada semua lanun untuk menyelamatkan awak.

Lanun yang berjaya bawa awak pulang dengan selamat, lanun itu akan diberi ganjaran" terang Yunho sambil membelek kompasnya.

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Oh! Oh! Ikan lumba-lumbalah!!" Aku berdiri di tepi kapal sambil menunding jari ke arah Ikan lumba-lumba itu.

"Awak tak pernah tengok ikan lumba-lumba ke?" Soalnya yang berdiri di sebelah aku.

"Pernah. Tapi bukan dekat laut."

"Habis tu, awak tengok dekat mana selain daripada laut?" Yunho memandang aku pelik.

"Dekat Zoo"

"Zoo? Tempat apa tu?"

ALAMAK!🙊

Aku lupa dekat dunia ni tak ada ZOO.

"Emm...ZOO ni tempat semua haiwan berada. Ada Gajah, Ziraffah, Harimau dan banyak lagi haiwan" terangku.

Dia menganggukan kepala tanda faham.

Aku hilang imbangan badan apabila kapal melanggar ombak yang besar.

Separuh badanku sudah berada di luar kapal.

Aku memandang laut di bawah.

Dalamnya...😨

Seseorang telah melilit tangan di pinggang aku.

Aku tercungap-cungap memandang laut dibawah.

Pemilik tangan yang melilit di pinggang aku menarik aku ke belakang.

"Gwenchana?" Soal Yunho iaitu pemilik tangan itu.

Aku yang masih tercungap-cungap hanya memandang Yunho.

"Tuan Puteri! Tuan Puteri tak apa-apa?" Soal Yeona yang berlari ke arah aku.

Aku menganggukan kepala aku tanda okey. Tapi mataku masih memandang wajah Yunho.

PIRATE KING : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now