"Diorang dah pergi?" Soalku pada Yunho yang masuk ke dalam bilik dimana aku dan orang-orang aku berada.
Yunho menganggukan kepalanya tanda 'ye'
"Kenapa awak sembunyikan saya dari mereka? Diorang orang jahat ke?" Soalku padanya.
"Kita cakap benda ni dekat lainlah" kata Yunho tidak selesa dengan orang-orang aku yang ada di situ.
Aku menganggukan kepalaku lalu memegang tangannya.
Dia membawa aku ke bahagian belakang kapal.
Kami berdua duduk lalu memandang laut.
Tangannya masih memegang tanganku.
"Disebabkan ganjaran yang ditawarkan oleh Appa awak, ramai lanun ingin dapatkan awak. Kumpulan lanun Darkland tadi salah seorang dari mereka." Beritahu Yunho.
"Yunho, awak masih akan hantar saya ke sana?" Soalku padanya.
Yunho menganggukan kepalanya.
"Selepas awak hantar saya, awak akan pergi?" Soalku lagi.
"Nae. Sebab kami lanun. Tempat kami adalah di atas laut."
"Tak boleh ke kalau saya bersama awak je dekat atas laut ni?"
"Tak boleh. Awak kena pulang di tempat awak. Awak tak sesuai tinggal dekat atas laut ni"
"Macam mana awak tahu saya tak sesuai tinggal atas laut ni? Kalau saya tak sesuai pun, awakkan boleh sesuaikan saya"
Yunho terdiam sebentar.
Dia memalingkan wajahnya padaku.
"Saya janji akan jumpa awak lagi selepas saya hantar awak" janji Yunho.
"Betul ni?"
"Nae"
"Janji?"
"Janji"
Walaupun dia janji akan berjumpa dengan aku lagi, aku tetap tak nak berpisah dengannya.
Yunho menarik tanganku secara tiba-tiba.
Dia melukis sesuatu di pergelangan tanganku.
Aku hanya membiarkan dia melukis di tanganku.
Dia melepaskan tanganku sebaik sahaja dia selesai lukis.
Bintang☆
"Bintang?" Aku memandang bentuk bintang yang berada di pergelangan tanganku.
"Kalau awak rindu saya, awak tengok je bintang ni" ujar Yunho sambil melemparkan senyuman.
"Kalau macam tu, saya pun nak lukis dekat tangan awak jugak lah"
Aku menarik tangannya lalu melukis bulan🌙 di pergelangan tangannya.
"Kalau awak rindu saya, awak tengok bulan ni" kataku pula.
Dia melemparkan senyuman lalu memelukku.
Aku memeluknya erat.
Macam mana kehidupan aku selepas berpisah dengan dia nanti?
Dekat dunia aneh ni, aku hanya mengenalinya.
BOOM!💥
Aku menjadi panik apabila kapal kami bergoyang dengan kuat.
"Jieun awak okey?" Soal Yunho yang turut panik.
"Nae" jawabku ketakutan.
Aku dan Yunho sama ke bahagian depan kapal.
Kelihatan ahli ATEEZ sedang bertungkus lumus membuat sesuatu.
"Apa dah terjadi?" Soal Yunho.
"Dutchman serang kita" beritahu Yeosang.
"Dutchman?"
Yunho mengeluarkan teropongnya lalu melihat kapal Dutchman yang mendekati kapal mereka.
Bomb!💥
Kapal sekali lagi bergoyang dengan kuat.
"SEDIAKAN MERIAM!" Arah Yunho sambil berjalan ke arah aku lagi.
"Jieun, awak duduk dekat tepi tu. Bahaya dekat sini" arah Yunho.
Aku menganggukan kepalaku.
Dia mencium dahiku lalu menjalankan tugasnya sebagai PIRATE KING.
Aku duduk di tempat yang selamat bersama Yeona.
Pegawai-pegawai aku berdiri di sekeliling aku cuba untuk melindungi dari sebarang bahaya.
"TEMBAK!" Arah Yunho.
BOOM!💥
BOOM!💥
BOOM!💥
BOOM!💥
Beberapa peluru di lepaskan ke arah kapal Dutchman.
BOOM!💥
BOOM!💥
BOOM!💥
BOOM!💥
Dutchman juga turut menyerang balas.
"Beberapa bahagian kapal kita alami kerosakkan!" Beritahu Mingi.
"Yunho! Kita pergi pergi dari sini cepat sebelum kapal kita rosak teruk" kata Hong Joong.
Yunho menganggukan kepalanya.
"KIBARKAN LAYAR!" Arah Yunho lalu memotong tali yang melilit di tiang utama.
Selepas layar yang besar di pasang, kapal mereka bergerak lebih laju.
Pada masa yang sama, mereka lepaskan peluru ke arah kapal Dutchman bagi melambatkan pergerakkan mereka.
TBC