🕵10{ĹÀŚŤ}

800 91 41
                                    

Aku duduk di dalam bilikku yang besar seorang diri.

Aku sunyi...

TOK! TOK! TOK!

Aku mengalihkan pandangan aku ke arah pintu bilikku.

Yeona masuk ke dalam bilikku.

"Hidangan untuk tengah hari telah disediakan bilik makan" beritahu Yeona.

"Hm. Nanti saya pergi" kataku.

Dia membongkokkan tubuhnya kepada aku dan berjalan keluar dari bilikku.

Huh...

Aku bangun lalu keluar dari bilikku.

Langkahku terhenti apabila terdengar perbualan seseorang di satu bilik yang besar.

Aku melihat Appaku sedang bercakap sesuatu pada pegawai-pegawainya.

Aku menyembunyikan diri aku di tepi pintu dan mendengar perbualan itu.

"Beta nak kamu bunuh orang-orang lanun tu. Ingat beta akan lepaskan mereka macam tu sahaja. Jangan sampai mereka terlepas"

"Baiklah Tuanku"

Mataku terbutang luas mendengar arahan appaku itu.

Kejamnya appa aku.

Dia nak bunuh Yunho dengan member-membernya.

Aku tak boleh biarkan mereka bunuh ATEEZ!

Aku berlari ke luar Istana.

Kelihatan ramai pegawal yang berjaga di luar istana memandang aku pelik.

"Tuan Puteri nak pergi mana?" Soal salah seorang dari mereka.

Aku tidak perdulikan mereka dan terus berlari ke tempat perlabuhan.

"Eh? Itu Tuan Puteri!"

"Puteri Jieun!"

"Puteri nak pergi mana tu?"

"Cantiknya Puteri Jieun"

Semua penduduk di situ memandang aku.

Aku tidak peduli apa yang mereka katakan dan terus berlari.

Langkahku terhenti apabila nampak Yunho berada di kapalnya.

"Yunho!!!" Jeritku sambil berlari ke arahnya.

Yunho terkejut dengan kedatangan aku.

Langkahku terhenti sekali lagi apabila ada seekor kuda berhenti di hadapan aku.

Aku memandang ke arah penunggang kuda itu.

Dia adalah salah seorang pegawai appaku.

"Tuan Puteri tak boleh ke sini. Tuan puteri patut berada di istana" katanya sambil merantap kasar tanganku.

"Yah! Sakitlah! Aku tahu apa yang kau dengan Appa aku rancang. Lepaskan akulahhh!!"

Aku menarik-narik tanganku cuba melepaskan diri aku.

Pada masa yang sama, aku ternampak seorang lelaki berada di atas bumbung bangunan 3 tingkat menghalakan anak panah ke arah Yunho.

Yunho dalam bahaya!

Aku perlu halang dia!

Aku tarik tangan aku dengan kuat dan akhirnya aku terlepas dari gengamannya.

Aku berlari ke arah Yunho lalu memeluknya.

Aku menarik wajahnya lalu mencium bibirnya.

Pada masa yang sama, anak panah yang dilepaskan, tertusuk betul-betul di bahagian jantung aku.

PIRATE KING : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now