🕵6

639 100 4
                                    

"Yunho! Kita ada masalah!"

Aku keluar dari bilik apabila mendengar jeritan dari ahli ATEEZ.

Terbutang mataku apabila melihat langit di depan kami sangat gelap.

Aku dan Yunho saling pandang antara satu sama lain.

Wajahnya menunjukkan yang dia sedang risau.

☈☈

Terhincut bahuku apabila guruh berbunyi dengan kuat.

Air hujan mula turun sedikit demi sedikit.

Hanya beberapa saat, kapal masuk ke dalam kawasan gelap itu.

Kapal mula bergoyang dengan kuat akibat pukulan ombak yang besar.

Aku memegang tiang di tepiku menahan dari terjatuh.

Tubuhku terhuyang-huyang.

Semasa aku cuba menahan di tiang itu, ada satu tangan mengenggam tanganku yang sedang memegang tiang itu.

Aku menoleh ke arah pemilik tangan itu.

Yunho.

Sebelah tangannya lagi melilit di pinggangku.

Kepala belakang aku tersentuh dada Yunho.

Aku rasa lebih selamat bersama dengan Yunho.

Disebab itulah aku suka padanya. Dia selalu menjagaku.

---

Akhirnya selepas perjalanan yang panjang, kami berjaya lepas dari kawasan hujan lebat.

Air kembali normal.

Tiada lagu ombak yang besar.

Aku kembali ke bilik untuk menukar pakaian yang basah.

"Argh! Mianhae" aku terus menutup mataku apabila melihat Yunho tidak berpakaian.

Badannya yang berketul-ketul terdedah.

Aku menjadi beku di depan pintu bilik itu.

Semasa aku sedang menutup mata, Yunho menarik aku masuk lalu menutup pintu bilik itu.

Aku mula fikir bukan-bukan.

Kenapa dia tarik aku masuk ke dalam bilik ni sedangkan dia masih tak pakai baju?

Apa yang dia tengah fikirkan?

Dia nak buat apa dekat aku?😨

Tanganku yang sedang menutup mataku di alihkan oleh Yunho.

Dia dah pakai baju ke?

Aku membuka sebelah mataku perlahan.

Aku kembali tutup mataku apabila melihat Yunho masih tidak pakai baju.

"Ke-Kenapa awak tak pakai baju lagi?" Soalku gagap.

Yunho tidak jawab apa-apa. Dia mengalihkan lagi tanganku dari mataku.

"Buka je mata awak" arahnya.

APA?!

Aku buka mataku seperti yang diarahkan tapi aku terus pandang ke arah lain.

"K-Kenapa awak tak pakai baju lagi?"

"Saya nak suruh awak cucikan luka dekat belakang saya" ujarnya lalu memusingkan badannya.

Aku menoleh ke arah belakang badannya.

Terbutang mataku melihat kesan luka yang panjang.

Aku cuba menyentuh luka itu.

"Luka ni...macam kena pedang" gumamku sambil meneliti luka itu.

"Luka tu memang kena pedang." Beritahu Yunho.

Aku mula rasa kesihan padanya.

"Bila awak dapat luka ni?"

"Beberapa hari yang lepas masa kami berperang dengan lanun lain"

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

Aku mengambil pekakas yang diperlukan untuk merawat lukanya.

"Jieun-ssi" panggil Yunho lembut.

"Nae?" Sahutku.

"Awak...betul-betul sukakan saya ke?" Soal Yunho.

Aku berhenti mengelap luka itu selepas mendengar soalan Yunho.

"Berapa kali awak nak tanya soalan ni? Ini kali terakhir saya bagitahu awak. Ye. Saya betul-betulkan awak" jawabku lalu sambung mengelap luka itu.

Yunho terdiam seketika.

"Maafkan saya" ucap Yunho tiba-tiba.

"Kenapa awak minta maaf pulak?"

"Sebab saya buat awak bertepuk sebelah tangan"

Aku terdiam.

"Saya sebenarnya tak ada niat nak buat awak bertepuk sebelah tangan. Saya cuma....tak pandai dengan cinta-cinta ini. Saya hanya berada di atas kapal sepanjang saya hidup dan tidak berjumpa dengan mana-mana perempuan."

Selepas saya berjumpa dengan awak, saya asyik lalui pelbagai perasaan yang tak pernah saya lalui sebelum ini. Jantung saya selalu berdegup dengan laju apabila saya memandang awak. Saya asyik teringatkan awak kalau awak tiada di sisi saya."

Aku hanya berdiam diri dan hanya mendengar luahan hati Yunho.

Sekarang baru aku tahu perasaan sebenar yang ada dalam diri Yunho.

Yunho memusingkan badannya menghadap aku.

Dia memandang aku dengan pandangan yang ikhlas.

Dia memegang tangan aku lembut.

"Saya cuba cari maksud semua benda yang saya lalui ini. Kini saya dah faham. Saya selalu teringatkan awak masa awak tiada di sisi saya kerana saya rindukan awak. Jantung saya selalu berdegup dengan laju kerana saya....dah jatuh cinta dengan awak"

Aku sedikit terkejut apabila dia mengatakan dia suka aku.

"Jieun, saya nak minta tolong dengan awak untuk ajar saya erti cinta"

Aku dapat rasakan dia betul-betul maksudkannya.

Aku berdiri lalu memeluk lehernya.

"Gomawo sebab luahkan semua pada saya. Saya janji akan sentiasa bersama awak" kataku sambil mengusap belakang badannya.

Yunho juga turut memelukku sambil melengkokkan kepalanya di leherku.





TBC

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PIRATE KING : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now