Part 9

266 23 3
                                    

Tajuk : Kay and Kay
Penulis : Klong Kating

Part 9

BEBERAPA hari lepas si Kay tanya pasal kerja kosong di cafe, trus si Liana call dia. Si Kay kana suru kerja sebagai back up singer permanent sana. Pikir punya pikir, sebab lepas kelas dia tida susa lagi mo pigi kejar masa kerja si Starbucks, jadi si Kay terima la tu kerja malam di cafe. Si Zoey pun dapat kerja juga. Tapi bukan di cafe tapi di supermarket sebagai cashier. Si Zoey tida mo kerja sampai lewat malam sebab dia ni jenis tidur awal. Takut dia kalo tertidur masa kerja. Hehe.

Macam biasa pagi si Kay pigi kelas malam dia kerja di cafe. Inda disangka pula malam tu ramai betul urang datang pi sana cafe. Masa si Kay sama si Joe sedang siok-siok menyanyi lagu Senorita, tiba-tiba ada perempuan teriak. Terberenti tu muzik durang sama berenti juga durang menyanyi.

"Arghhh.. Begini la lelaki kalo suda kaki perempuan! Sial! I hate you! I hate you Shaw!" ni kali kuat lagi tu suara perempuan teriak.

"Calm down babe.. Calm down.." ada beberapa urang perempuan sebelah tu perempuan teriak kasi sabar-sabar dia. Kompom kalo urang tingu mimang mabuk kali ni perempuan yang teriak-teriak.

"Ui.. Napa ni?" diabilang si Joe sama si Kay. Berabis durang mo tingu ada apa di bawah stage. Tida berapa nampak. Inda lama durang nampak tu manager sama beberapa urang bonzer pigi sana tu table perempuan.

"Ko tipu sia ah! Ini kali ke berapa suda ko tipu sia?! Sial!! Kasi balik duit sia!!" makin kuat suara tu perempuan teriak. Siap terdengar ada nangis-nangis suda.

"Calm down cuzz.. Sabar.. Tarik nafas.." trus tiba-tiba ada suara lelaki macam si Kay kenal. Laju trus dia turun stage kalo betul itu suara lelaki yang dia kenal. Orang ramai pigi siring-siring suda takut mo campur hal.

Sekali si Kay tingu tu kejadian, betul-betul dia kenal tu lelaki. Si Kayden yang kasi tenang tu perempuan. Berabis si Kay mo ingat macam pernah nampak tu perempuan yang sedang menangis sekarang.

"I told you! Jangan kacau hidup sia lagi! Berani ko kasi malu sia sini?!" tiba-tiba ada lagi suara lelaki lain teriak sambil tunjuk-tunjuk muka tu perempuan menangis. Sah mimang si Kay kanal.

Di depan si Kay sekarang nampak pasangan bergaduh si Shaw sama si Beauty. Sebelah si Beauty ada pula si Kayden. Masa tu laju si Kayden tarik si Beauty keluar dari cafe. Si Shaw pun kana suru keluar oleh tu bonzer sana. Durang tida mo ada pergaduhan dalam cafe. Mengganggu customer yang lain pula begitu.

'Macam mana durang berkenal ni?' dalam hati si Kay terpikir apa hubungan si Kayden sama tu pasangan bergaduh. Trus si Kay bisik sama si Liana suru DJ kasi main-main lagu saja. Sebenarnya si Kay mo ikut menyibuk pigi tingu apa kejadian durang di luar.

"So tell me?! Mana tu perempuan?! Yang ko bilang suda jadi penganti sia?!" masih lagi si Beauty teriak tida puas hati sama si Shaw. Apa tida, balik ja si Shaw dari Thailand, trus kunu dia mo break sama si Beauty. Macam mana si Beauty tida menggila. Kawan-kawan si Beauty pigi report lagi sama dia durang nampak si Shaw minum-minum gembira belanja Kawan-kawan minum. Suda la berhutang ada hati lagi mo kasi belanja duit sama urang lain.

"Tiada la tu perempuan sini. Hey.. Hey.. Cool la. Pasal duit ko sia akan bayar juga tu. Buruk siku punya perempuan!" ego lagi si Kayden cakap sama si Beauty. Terang-terang salah mo cakap tembirang lagi. Shit la.

BUKKKKK!!!

Sekali mengampai si Shaw di tanah. Suma urang sana tingu ja. Berdarah suda bibir si Shaw. Baru dia mo berdiri mo balas balik sepa yang tumbuk dia, trus tida jadi dia mo berdiri sebab yang bagi tu buku lima adalah si kayden.

"Don't you dare touch my cousin again!! Enough Shaw! Cukup limit ko sampai sini!! Don't show your face in front of us. Kalo tida, trust me, ko akan menyesal!" dengan nada yang keras si Kayden cakap sambil tunjuk muka si Shaw. Nasib ada si Kayden masa tu. Bagus juga la ada Kawan-kawan si Beauty tukang report bagitau si Kayden juga pasal tu.

Si Kayden kambai trus bahu si Beauty trus bawa dia jalan pigi kereta. Suma urang sana tida kesian tingu Shaw. Cuma ada la dua urang kawan si Shaw lelaki pigi kasi tulung dia berdiri. Trus durang pun jalan balik. Dari belakang-belakang urang ramai si Kay tingu tu kejadian. Hampir-hampir dia mo tepuk tangan nampak si Shaw kana tumbuk si Kayden. Nasib inda juga la. Dia pula excited nampak. Bersinar-sinar mata dia tingu si Kayden masa tu. Macam ada hero kasi selamat heroin dari penjahat di movie. Habis ja wayang trus suma urang masuk balik di dalam cafe. Ada yang pulang trus. Tapi macam besa la tu cafe tida pernah tida banyak urang. Malam tu si Kay kasi terus kerja juga dengan hati yang puas kunu. Terbayang-bayang dia muka si Kayden ingat balik tu kejadian. Hehe.

****

KK INTERNATIONAL COLLEGE & UNIVERSITY

Habis ja si Kay dari kelas, trus laju-laju dia mo cari grab. Teringat-ingat suda dia tu tilam sana rumah. Mengantuk betul dia rasa. Malam mo pigi kerja lagi. Satu minggu dua hari dia kana bagi off hari isnin sama khamis tiada kerja malam.

"Girl.. Naik.." berabis terkejut si Kay nampak si Kayden di dalam kereta memanggil dia.

'Haisyyy.. Tida buli ka sia hidup aman ni?' dalam hati si Kay merungut. Dia tau juga tujuan si Kayden datang jumpa dia. Mesti tida abis-abis pasal tu syer. Boring suda si Kay dingar.

" Sia mo balik ruma ni. Penat sia. Mengantuk." diabilang si Kay bagi alasan. Malas dia mo ikut si Kayden masa tu.

" Naik la.. Sia hantar ko balik ruma." senyum-senyum kunu si Kayden sama si Kay.

"Ermmm.." itu ja keluar dari mulut si Kay. Tapi dia naik juga tu kereta si Kayden. Hantak-hantak lagi kaki dia jalan macam budak-budak kici tida mo dingar cakap urang tua.

'Nasib semalam sia nampak ko hebat. Kalo tida, tida la sia mo ikut ko.' dalam hati si Kay memuji si Kayden dalam hati.

"Ko suda makan?" itu la soalan si Kayden pertama lepas si Kay duduk dalam kereta.

"Sia tida lapar." lurus ja jawapan si Kay. Malas dia kalo kana bawa singgah-singgah makan di tempat mewah-mewah.

"Bah yala. Tapi sebelum sia hantar ko balik, sia mo bawa ko pi satu tempat. Satu tempat ja! Lepas tu sia hantar ko balik! Promise!" laju si Kayden cakap takut kalo dia tida kasi abis ayat si Kay suda protes.

"Office lagi ka? Haiyaaaa.." nah mula si Kay menjawab malas.

" Bukan ok! I promise ko suka ni tempat!" laju lagi si Kayden explain. Risau dia kalo si Kay tida mo ikut dia.

" Hisyyy.. Bah capat la.. Sia mo rest ni." bida suda muka si Kay. Nampak betul dia penat.

" Ko tidur la dulu 10 minit. Jam ni jalan sini. Kalo sampai sia kasi bangun ko." senyum lega si Kayden si Kay setuju ikut dia.

Baru si Kayden tekan minyak kereta, dia tingu di sebelah dia tertidur suda si Kay. Kesian juga si Kayden tingu si Kay kepenatan. Balik-balik dia tingu muka si Kay yang sedang tidur tu.

GRUKKKKK~~~

Tiba-tiba terkeluar bunyi kogoruk a.k.a berdengkur si Kay. Hampir-hampir mo pecah ketawa si Kayden. Merah-merah muka dia tahan ketawa. Lama-lama dia tarik nafas panjang-panjang trus dari perasaan lucu si Kayden rasa, bertukar tu perasaan jadi kesian balik.

'Poor girl..' dalam hati si Kayden sambil driving. Entah kenapa dia sanang hati nampak si Kay kesadapan betul tidur. Lebih-lebih lagi si Kay duduk di sebelah dia.

BERSAMBUNG

Kay and KayWhere stories live. Discover now