Tajuk : Kay and Kay
Penulis : Klong KatingPart 13
SAN DRIX BERHAD
"Morning madam.. Ni sia ada bawa resume calon-calon baru untuk jadi PA madam." pagi-pagi tu Puan Intan datang pi ofis si Kay. Beberapa minggu juga dia jadi PA atau secretary sementara untuk si Kay. Kesian si Kay nampak si Puan Intan lari sikijap dari skop tugas dia gara-gara dia belum ada PA sendiri. Sebab tu si Kay mo minta PA sendiri tuk dia.
"Ok.. Tq Puan Intan.. Bila tu sia kana interview durang?" senyum si Kay sama Puan Intan, tapi sikijap-sikijap muka dia di komputer sedang hantar email sama si Kayden pasal urusan kerja.
"Besok pagi madam boleh interview durang. Suda sia kasi clear jadual madam tu pagi." senang hati ja Puan Intan berkerja sama si Kay.
"Ok.. Ok.. Set.. Tq banyak-banyak ah Puan Intan. Rindu la sia ni sama ko nanti." mula suda si Kay rapat sama Puan Intan. Apa buli buat la si Puan Intan kerja dia bukan PA si Kay.
"Yaba kan.. Hehe.. Tida pa nanti sia pi lawat-lawat juga madam kalo ada masa." diabilang Puan Intan senyum-senyum. Siap ja durang bercakap trus Puan Intan balik di tempat kerja dia.
~~~(Bunyi ringtone Iphone)
Lama berbunyi tu handphone si Kay sibuk dia tingu komputer. Kali ke dua baru dia sambut.
📞 Kay : Helo..
📞 Suara lelaki : Err.. Helo.. Is this Kay speaking?
Beberapa saat si Kay terdiam berpikir suara sepa yang bercakap di telefon.
📞 Suara lelaki : Helo? Are you there?
📞 Kay : Ermm.. Yaa.. Speaking. May I know who's on the line?
📞 Suara lelaki : Hey Kay.. It' me.. Robert. Do you still remember me? Robert Chu, SS Company??
📞 Kay : Owh.. Hi Robert.. Yaa still remember you. How are you?
📞 Robert : I'm good. How about you?
📞 Kay : Yaa. I'm fine too.
📞 Robert : Great to hear your voice. Actually, I have something to discuss with you about bussiness. Do you have time for lunch today?
📞 Kay : Ermm.. Actually yaa..
📞 Robert : Great! I can't wait to see you.
Bla.. Bla.. Bla.. Si Kay setuju juga la jumpa si Robert masa tengah hari tu.
****
SUN RISE HOTEL
" Thanks for coming Kay. Your precious time means a lot to me." berbaris gigi putih si Robert depan si Kay masa ni.
" Owh.. Same goes to you. So can we start our discussion?" lain pula si Kay rasa masa tu sebab si Robert tingu-tingu dia dari atas sampai bawah. Senyuman pun tida pernah hilang di muka si Robert.
" Slowly.. How about we order first?" senyum lagi si Robert sama si Kay. Si Kay pun ikut ja la si Robert order makanan. Entah bila la mo start discussion durang pasal bussiness.
Mo dekat 1 jam suda makan. Si Robert malar cerita pasal diri dia yang membesar di luar negara la. Pasal hal politik semasa la. Pasal benda yang teda-teda bah kaitan bussiness durang. Lama-lama si Kay jadi boring. Baru dia sedar si Robert ni tida serius pasal mo cakap bussiness sama dia. Gaya macam mo mengurat ada la.
" I think I should go right now." terus terang ja si Kay lama-lama. Mo menguap dia dingar cerita si Robert. Tida la bah dia minat.
" Hey.. Wait.. We are not finished yet. It's still early. We haven't discuss our.." belum abis si Robert bercakap, trus si Kay berdiri.
" I'm sorry I have another appointment. Thanks for the treat." laju ja si Kay pusing trus jalan kasi tinggal si Robert sana saturang.
' Keteh!' dalam hati si Kay puas. Dalam hati dia paduli la kana cakap tida sopan ka, sumbung ka dengan gaya dia begitu. Mimang kalo si Kay tida suka wasting time. Si Kay pun tida suka kana tipu-tipu guna alasan bussiness untuk mo makan sama-sama dia ja.
" Aduhhh!!!" tiba-tiba satu suara perempuan teriak. Si Kay tida sengaja terlanggar bahu satu perempuan masa mo keluar dari tu restaurant hotel.
" Oh.. I'm really sorry." laju si Kay pigang bahu tu perempuan. Risau dia kalo kesakitan tu perempuan.
" Don't touch me you idiot!! Get out of my way!!" ganas pla tu perempuan tulak tangan si Kay dari bahu dia. Mo bersambung suda kening dia tingu si Kay. Macam la berdarah-darah tu bahu dia.
" I'm really so..." belum abis si Kay cakap trus tu perempuan langgar balik bahu si Kay. Dia jalan ja tida peduli si Kay masa tu.
Basar mata si Kay takajut tingu gaya tu perempuan begitu. Siap si Kay hafal lagi muka bengis tu perempuan.
' Muka ja cantik, tapi gaya macam taik!!' menyumpah lagi si Kay sendiri sama tu perempuan. Trus dia pun laju keluar dari hotel pigi ambi kereta dia. Masa driving balik muka tu perempuan ja dia ingat. Gerigitan si Kay sendiri ingat balik cara tu perempuan bercakap dengan gaya sial dia tu.
****
SAN DRIX BERHAD
Esoknya, pukul 10 pagi mula suda si Kay interview calon-calon mo jadi PA dia. Banyak yang datang cuba nasib.
"Madam, ini last calon untuk interview hari ni." sempat Puan Intan inform si Kay sebelum tu calon PA seterusnya masuk interview.
" All right.. Suru masuk la." laju si Kay buka resume tu calon seterusnya. Kebanyakan yang pigi interview tu hari calon perempuan. Ada 2 orang ja lelaki.
" Good morning madam. My name is Natalie Verk. I'm here for the job as your Personal Assistant." lancar ja tu calon perempuan bercakap.
" Please take a seat." si Kay suru dia duduk tapi mata dia masi lagi baca kelayakan tu calon di resume yang dia pigang. Lama si Kay diam tingu pengalaman dia kerja.
" Wait.. Ko pernah kerja di SS Company sebelum ni?" terbulat mata si Kay sebab dalam tu resume, tu calon pernah kerja sana company si Robert.
" Oh yes.. Pernah." senyum tu calon kana temuduga. Sekali si Kay angkat kepala beberapa saat durang terdiam bertentang mata. Laju si Kay berdiri. Hampir-hampir dia mo terkatawa di depan tu calon. Rupanya tu calon perempuan yang kemarin dia terlanggar di hotel. Tapi blur muka tu perempuan. Dia tida cam muka si Kay. Mungkin sebab dia terlampau eksen kemarin mo tunjuk gaya sampai lupa muka si Kay. Haha.
" Kita pernah jumpa sebelum ni?" pura-pura lagi si Kay tanya sama dia.
" I think tida pernah. Mana mungkin sia buli jumpa kalo urang-urang besar macam madam." humble ja kunu tu calon bercakap. Macam la si Kay tida nampak gaya sebenar dia semalam. Macam singa mo talan urang ja. Haha.
" Owh ok.. Ermm napa mo kerja di sini?" si Kay pura-pura duduk balik buat muka serius lagi kunu dia. Padahal dalam hati si Kay mo keluar suda taring dia mo balas tu perempuan. Tapi nasib dia tahan-tahan hati. Buli saja dia balas dendam pasal hal kemarin sama tu perempuan depan dia. Tapi si Kay tida mo buat begitu. Dia tida mo kasi campur hal peribadi sama kerja. Be professional urang bilang.
Paling jujur tu perempuan cakap gaji di company si Kay kana tawar lagi besar dari gaji di SS Company. Mimang kalo ikut calon yang lain, ni perempuan mimang banyak pengetahuan. Yakin sama berani jawap suma soalan-soalan si Kay. Tingu akademik ja dari resume dia pun mimang buli tahan suma keputusan dia. Itu si Kay tida buli sangkal la.
" I'm willing to work under pressure, I'm willing to work late hours and I will do my job diligently." itu antara janji-janji tu perempuan yang nama dia si Natalie. Masa tu impressed si Kay kijap nampak semangat si Natalie.
Abis ja tu interview suma, trus ringan bahu si Kay. Ntah kenapa dia rasa bagus betul suma jawapan si Natalie bagi dia, sampai dia tida buli nampak lagi kesungguhan calon-calon lain yang pigi interview tu hari. Hilang kijap tu rasa gerigitan dia sama si Natalie. Garu kepala si Kay sendiri mo buat pilihan sepa yang mo jadi PA dia. Mau juga dia pilih si Natalie jadi PA dia kalo ikut masa interview. Tapi kalo suda tau perangai betul dia macam mana, mo lagi ka?
BERSAMBUNG

ANDA SEDANG MEMBACA
Kay and Kay
Roman d'amourKay seorang gadis, anak yatim piatu yang selalu berusaha mencari duit untuk menampung pelajaran dan kehidupan sendiri. Walaupun di usia muda dia sudah melakukan beberapa pekerjaan yang membuatkan dirinya matang dari umurnya sebenar. Bertemu dengan s...