Tajuk : Kay and Kay
Penulis : Klong KatingPart 12
TSUZ HOTEL
Mo dekat-dekat jam 7. 00 pm si Kay sampai sana hotel dengan kereta audi dia pakai. Buli tahan kehidupan si Kay sekarang. Tapi jan silap dia masih humble macam dulu juga.
Masuk ja si Kay dalam tu hall, suma tepuk tangan. Siap kana umum lagi ketibaan dia sana. Basar mata si Kay takajut. Rupanya dinner tu untuk welcoming party dia sebagai pengarah baru sana company.
Uncle Santos juga la sana duluan pi peluk dia. Trus Uncle Santos kasi kenal-kenal suma VVIP yang ada sana. Suma urang besar pangkat sama ada-ada. Business partner suma, yang urang dari luar negara pelbagai bangsa pun ada sana. Suma cheers wine sama si Kay. Tida terlayan la kali suma urang sana tu. Terlampau ramai. Yang si Kay kanal sana Uncle Santos ja sama beberapa perkerja di company dia.
Lama-lama baru si Kay perasaan tiada muka si Kayden sana. Kiri kanan juga dia tingu-tingu tapi tiada. Mustahil juga kan dia duduk jauh-jauh sepatutnya dia duduk sebelah si Kay. Tapi mimang tu tempat duduk sebelah dia kosong ja.
"Mind if i seat here? I'm sorry.. I'm Robert." tiba-tiba ada satu lelaki datang pi dekat si Kay yang baru siap makan.
"Oh yes. Sure." mesra ja si Kay layan. Sebab si Kay tau suma tetamu dia urang-urang penting untuk company durang.
"Did anybody tell you.. You are so beautiful." senyum si Robert sama si Kay. Dakat mo terhambur ja tu wine dari mulut si Kay masa tu.
"You must be kidding right.." terketawa si Kay dingar tu lelaki cakap dia macam tu.
"I'm not.. You are absolutely stunning." sambil si Robert angkat gelas dia mo cheers wine sama si Kay. Merah-merah suda muka si Kay masa tu kambang juga la hidung kana puji. Pandai mengayat pula tu lelaki. Trus durang cheers sama-sama.
Macam-macam la durang cerita pasal bussiness lepas tu. Si Robert pun ada company sendiri. Yang pasti besar lagi la company durang si Kay dari si Robert.
"I hope we can meet somewhere else after this. I really like your idea about running your company. Hope we can get along together. Can we exchange our bussiness card?" romantik lagi kunu suara si Robert bercakap tu.
"Oh ya.. Sure.. Here's my card." si Kay buka vintage clutch dia kasi keluar kad nama dia mo bagi sama si Robert. Sedia suda si Robert mo bertukar kad nama sama si Kay. Senyum-senyum ja durang bertukar kad.
****
OSONONG VILLA
"Kak.. Ada urang hantar ko bunga!!" teriak si Zetty dari bawah memanggil si Kay. Tapi tiada jawapan si Kay. Sana dia atas dalam bilik dia.
"Mandi kali dia." diabilang aunty Mika yang baru keluar dari dapur. Baru dia siap masak untuk durang makan malam. Ada amah juga durang tapi untuk kerja kasi bersih ruma, cuci kain sama cuci piring. Masak-masak semestinya aunty Mika yang buat.
"Lola ko pigi panggil miss turun dulu. Makan malam bilang." si aunty Mika menyuruh tu amah durang pi panggil si Kay di atas bilik.
"Ok bu." laju ja tu amah ikut cakap aunty Mika. Aunty Mika la boss ke dua sana rumah. Time si Kay pi study dia la yang menggurus suma tu rumah. Sekarang si Kay suda balik dia macam mama si Kay jaga makan minum dia sama beli apa-apa keperluan sana tu rumah. Si Kay teda masa kan urus tu rumah begitu besar dia suka aunty Mika yang urus sebab family juga kan.
Si Zoey sudah kawin sama urang Singapore. Berhijrah suda kunu dia sana Singapore ikut laki dia. Bahagia la bah sebab jumpa cinta. Si Zetty kerja suda jadi doktor di hospital. Si Ziana sama Zonna masih lagi study degree sana U. Suma pelajaran adik-adik si Zoey si Kay yang tanggung dari awal sampai abis. Sebab tu durang tiga belajar bagus-bagus supaya tida kasi kecewa si Kay. Durang tau juga si Kay banyak tulung durang. Sebab tu suma durang ikut cakap si Kay.
"Wah.. Wangiiii.." si Kay turun bawah lepas kana panggil tu amah. Senyum aunty Mika nampak si Kay. Si Kay tida mo aunty Mika kecil hati kalo dia tida pigi makan. Mesti mo makan juga sebab aunty Mika ja yang tau selera si Kay macam mana. Masih selera kampung si Kay suka. Hehe.
"Kak.. Ada urang hantar ko bunga." satu kali lagi si Zetty cakap bila dia nampak suda si Kay.
"Bunga? Bunga apa?" blur si Kay. Inda pernah-pernah urang hantar dia bunga dalam seumur hidup dia ni.
"Ni.. Red roses.. Besar betul. Berat lagi. Kali dalam 100 tangkai ni. Ada maksud tu. Hehe." ketawa-ketawa si Zetty sambil angkat tu bunga.
"Hisy.. Ampai ja la tu. Nanti sia tingu." si Kay malas mo pikir sepa bagi tu bunga.
"Ada kad ni. Nanti ko baca la baru ko tau sepa yang bagi." senyum-senyum lagi si Zetty. Dia pula yang excited.
"Yala. Nanti la. Mari makan." duluan lagi si Kay pikir makan dari tu bunga. Lapar suda dia.
Abis ja makan trus si Kay pi tingu tu bunga kana ampai sana meja ruang tamu. Dia cium-cium lagi tu bunga. Perempuan mana tida suka bunga kan. Trus dia ambi tu kad kecil yang ada dalam tu bunga. Entah napa dia rasa saspen betul mo buka tu kad.
'I AM TOTALLY DEVOTED TO YOU.
LOVE : K'
Kabak-kabak jantung si Kay masa baca tu kad. Dalam hati dia trus dapat tangkap sepa yang bagi tu bunga. Sepa lagi lelaki yang tau alamat rumah dia? Si Kayden la apa lagi.
"Sepa la bagi tu bunga?" menyibuk ja si Zetty sana dakat si Kay. Laju-laju si Kay tutup tu kad.
"Mana buli kasitau ko." trus si Kay senyum-senyum kunu.
"Mumy.. Si kakak ada boyfriend suda!!" teriak si Zetty panggil aunty Mika yang ada di dapur.
"Silaka.. Diam-diam bah." laju si Kay tutup mulut si Zetty. Macam budak-budak ja durang main tutup-tutup mulut. Ketawa-ketawa lagi durang dua sana.
"Kasitau sia la.. Sepa bagi ko tu. Si Kayden kan!" laju lagi si Zetty cakap tida mo kalah.
Si Kay ambi tu bunga trus dia kasi keluar lidah ja sama si Zetty. Laju-laju trus dia lari naik atas bawa tu bunga mo lari dari si Zetty.
"Nahhhh.. Kannnn!!" teriak lagi si Zetty ketawa-ketawa.
Si Kay masuk bilik trus kunci pintu bilik dia. Dia letak tu bunga sana atas meja dia. Dia ambi lagi balik tu kad. Balik-balik dia baca sambil senyum-senyum. Dia mo message si Kayden tapi dia malu. Teringat balik pula dia suda tolak cinta si Kayden. Menyesal pun ada dia rasa masa tu. Tapi pikir punya pikir dia tarik balik rasa menyesal dia. Sebab dia pikir dia belum bersedia mo kawin. Jadi dia kasi biar balik laitu bunga sana atas meja. Dia buka komputer dia, dia mo kasi sibuk pikiran dia mo buat kerja. Sengaja si Kay tida mo pikir pasal si Kayden tu malam. Message WhatsApp yang masuk pun dia tida layan.
Time si Kay mo tidur suda baru dia buka WhatsApp dia. Betul-betul ada messages dari si Kayden.
✉️ Kayden : Hope u like the roses. Don't miss me coz i will not be around u, for 1 month. Im flying to US tonight. Take k.
Trus si Kay speechless. Entah napa dia rasa sedih. Kayden mo pigi US satu bulan sebab ada urusan kerja.
'Hisyyy.. Napa pula sia mo sedih ni. Selama bertahun tida jumpa dia ok ja pun sia. Hmmm...' dalam hati si Kay bercakap sendiri.
Si Kay tutup lampu bilik. Dia cuba kasi lupa si Kayden. Dia tida mo mengaku dia pun ada feeling sama si Kayden dari dulu. Berabis dia tutup mata, sana juga balik-balik limpas muka si Kayden di pikiran dia.
BERSAMBUNG
![](https://img.wattpad.com/cover/209971798-288-k582087.jpg)
YOU ARE READING
Kay and Kay
RomanceKay seorang gadis, anak yatim piatu yang selalu berusaha mencari duit untuk menampung pelajaran dan kehidupan sendiri. Walaupun di usia muda dia sudah melakukan beberapa pekerjaan yang membuatkan dirinya matang dari umurnya sebenar. Bertemu dengan s...