Tajuk : Kay and Kay
Penulis : Klong KatingPart 3
INDA disangka bah si Kay sedang duduk dalam kereta si Kayden. Actually kan, si Kayden sebenarnya menunggu si Shaw. Dari jauh suda dia nampak si Shaw pigi dakat-dakat si Kay. Dia paham juga kawan dia si Shaw tu kalo suda mabuk lain-lain. Pandai pigi pok sumandak. Inda sangka pula yang naik kereta dia tu perempuan, si Kay.
"I'm really.. Really sorry.. Kasi berenti ni kereta. Sia mo turun siring jalan. Mana-mana ja la kasi berenti." diabilang si Kay malu nampak bangai dia sana sedang driving. 'Bangai maksud dia kalo panggil nama yang sama!'
"Tida pa la.. Sia hantar ja ko balik. Bahaya ni turun mana-mana sini tiada urang. Lagipun satu jalan juga kita." relax ja si Kayden cakap sambil terus bawa tu kereta.
"Sorry la.. Bukan apa.. Cuma sia tida mo..." trus terdiam si Kay sebab bertembung mata dia sama si Kayden di cermin tengah depan kereta. Bertingu-tingu durang.
"Anu.. Apa tu.. Tq la.. Nanti sia bayar tambang." diabilang si Kay kasi terus cakap. Talan air liur juga dia sebab balik-balik mata si Kayden tingu dia dari cermin. Malu betulnsi Kay rasa masa tu salah masuk kereta urang. Diam ja si Kayden trus senyum ja dia.
Krik-krik ja durang sampai la durang di taman perumahan si Kay suda.
"Rumah blok mana? " tanya si Kayden bila suda sampai sana depan perumahan.
"Blok H.. Anu.. tida pa la berenti sini ja. Sia jalan kaki ja." putus-putus si Kay mo bercakap. Ntah kenapa masa tu kabak-kabak juga jantung dia kalo bertingu mata sama si Kayden. Tapi si Kayden diam ja sampai la sana dekat rumah Blok H baru dia kasi berenti kereta.
" Tq ah.. Sorry pasal tadi.. " mencari-cari lagi si Kay dompet dia mo kasi keluar duit mo bayar tambang kunu.
" It's ok.. Tida payah bayar. Sia ikhlas juga ni. Masuk rumah la pi rest. Mesti ko penat ni hari." gentleman betul suara si Kayden masa tu. Tambah si Kay kabak-kabak. Tida jadi trus dia ambi dompet dia.
Trus dia keluar dari kereta. Berdiri dia di luar kereta di sebelah tempat duduk pemandu berharap si Kayden kasi turun tingkap kereta. Baru si Kay pikir mo salam si Kayden tanda terima kasih, jalan trus pula si Kayden tida tingu dia balik lagi. Ntah napa tiba-tiba si Kay rasa macam kecewa.
'Ko pandang rendah sama sia ka ni sebab sia penyanyi pub saja?' dalam hati si Kay cakap sendiri pasal si Kayden. Dia tunggu sampai kereta si Kayden hilang dari pandangan mata baru dia jalan pigi rumah dia. Sedih pula perasaan si Kay tiba-tiba masa tu.
****
"Ko pigi mana oh satu malam?! Sekarang pukul 3 pagi baru ko mo datang cari sia?! Mabuk-mabuk lagi!!" nyaring suara si Beauty teriak sama si Shaw.
"Jan la marah babe.. Sia pi minum sama cousin ko juga bah si Kayden. Sial punya Kay tu kasi tinggal sia di sana.! Dia pigi check in sama perempuan pub." merah-merah muka si Shaw sebab mabuk plus marah lagi kunu sama si Kayden. Padahal dia marah sebab si Kay pigi naik kereta si Kayden.
"What?! Cousin sia suda balik dari US?! Betul bah si Kayden?!" bulat trus mata si Beauty dingar apa si Shaw cakap. Si Kayden sama si Beauty mimang ada kaitan darah daging, sepupu pertama.
"Ya bah.. Tadi petang dia sampai trus sia paksa dia ikut sia, sia belanja dia minum. Birthday dia kan." bangga kunu muka si Shaw bagitau si Beauty dia belanja si Kayden minum. Padahal satu set ja dia belanja yang lain kawan-kawan durang yang tanggung belanja.
"Hisy.. Napa ko tida kasitau sia dia balik? Mau juga sia ikut kamurang pigi chill." panjang trus munung si Beauty lepas tau dia tida kana bawa sama.
"Aik mana buli babe. Guys thing bah." kunu si Shaw. Trus mula suda tangan dia peluk pinggang si Beauty sambil cium-cium leher dia. Mo memujuk la tu.
"Kijap.. Ko bilang si Kay pi check in sama perempuan pub tadi? Betul bah?! Setahu sia cousin sia bukan jenis lelaki begitu." sempat si Beauty tanya sambil mata dia jeling si Shaw. Tau juga si Beauty ni kadang-kadang si Shaw pandai buat cerita.
"Betul bah.. Hisy suda la.. Jan lagi tanya." geram juga si Shaw terpikir pasal tida dapat si Kay tu malam. Si Beauty la jadi sasaran untuk kasi puas nafsu dia masa tu.
****
Pukul 7 pagi tu bersiap-siap suda si Kay mo pigi kelas. Si Zoey yang tida kerja lewat malam pula baru mo bangun.
"Uik awal juga ko bangun. Ko tida mengantuk ka balik lewat semalam?" sambil garu-garu kepala dengan mulut berbau lagi belum berus gigi si Zoey pi dekat si Kay.
"Jam 9 sia ada kuliah. Lepas tu tengah hari sia free sia balik la tidur." selamba ja si Kay jawab sambil sikat-sikat rambut dia yang panjang limpas bahu. Walaupun dia tidur kurang dari 5 jam tida juga dia pernah mengeluh.
Dulu lepas habis SPM, si Kay sambung pigi tingkatan 6. Sekarang dia sambung degree dia di satu Universiti Swasta di KK dalam Fakulti Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Perniagaan. Ada la bah juga dia buat pinjaman PTPN tuk belajar. Sebab tu si Kay berabis mo cari duit tiap hari. Bukan si Kay tida mo sambung di U awam, tapi itu impian dady si Kay mo suru dia sambung study di U swasta. Suda dady sama mumy dia cakap-cakap pasal tu U masa durang masih hidup. Si Kay kasi teruskan la impian dady mumy dia masuk sana U.
Sampai ja depan U, cepat-cepat dia bayar tambang grab yang dia naik. Mo cepat dia sampai di kelas supaya buli baca-baca dulu nota sebelum pensyarah masuk bagi ceramah.
"Girl.? Kejap.. Ko kaini si girl?" tiba-tiba ada suara dari belakang si Kay. Bahu dia pun tiba-tiba macam ada urang pigang. Laju si Kay pusing terkejut. Sekali dia tingu ada lelaki dalam umur 50 an tegur dia. Macam dia kenal tapi di mana ah.
" Ko baini kan? Si girl? Anak si Hendrix?" bulat mata tu lelaki tingu si Kay. Si Kay tingu betul-betul muka tu lelaki. Lama-lama mata dia pun bulat tingu tu lelaki.
"Uncle Santos?? Kawan si dady main golf dulu??" terkejut si Kay. Tu lelaki dulu selalu datang rumah durang masa ok ok lagi durang. Masa masih hidup lagi dady sama mumy si Kay.
" Ya! Ya betul! Astaga girl.. Besar suda ko girl.!" trus tu lelaki a.k.a Uncle Santos peluk si Kay kuat-kuat. Speechless trus si Kay kijap. Tida sangka lama suda dia tida dingar nama panggilan dia 'girl' yang selalu arwah dady sama arwah mumy dia panggil. Best friend dady dia pula tu Uncle Santos mesti la dia tau nama si Kay kana panggil si girl dulu-dulu.
"Macam mana ko buli ada sini?! I mean.. Kenapa baru sekarang uncle nampak ko? Kenapa tida dari dulu? Uncle berabis cari ko dalam 4 tahun ni girl!" tiba-tiba Uncle Santos jadi emo. Keluar air mata dia. Laju si Kay tingu kiri kanan. Nasib kurang-kurang suda urang di luar bangunan U masa tu sebab suma suda masuk kelas kali. Malu juga si Kay kalau banyak urang limpas nampak.
" Sia sambung study sini uncle. Napa uncle? Jan begini uncle. Sia ok ja ni." diabilang si Kay cuba mo kasi stop Uncle Santos punya emosi.
" Masa dady sama mumy ko meninggal, uncle di United State masa tu tida dapat balik. Lepas sebulan tu uncle balik mo cari ko, tapi uncle tida tau mana satu family ko ikut. Sedih betul uncle masa tu." betul-betul Uncle Santos kesedihan. Laju juga dia lap air mata dia.
" Uncle.. Nanti lagi kita cerita ah. Sia mo masuk kelas dulu ni. " trus si Kay putung cakap Uncle Santos. Bukan tidak sopan tapi betul-betul dia lambat suda masuk kelas.
" Ok.. Ok.. Bagi number hp ko sama uncle. Nanti uncle cari ko." diabilang Uncle Santos trus kasi keluar hp dia. Laju si Kay bagi no hp dia sama Uncle Santos. Sempat lagi Uncle Santos peluk si Kay sebelum masuk kelas. Bingung-bingung trus si Kay. Sampai kuliah pun dia masih pikir-pikir pasal tu uncle.
BERSAMBUNG

ANDA SEDANG MEMBACA
Kay and Kay
RomanceKay seorang gadis, anak yatim piatu yang selalu berusaha mencari duit untuk menampung pelajaran dan kehidupan sendiri. Walaupun di usia muda dia sudah melakukan beberapa pekerjaan yang membuatkan dirinya matang dari umurnya sebenar. Bertemu dengan s...