Author.

90 6 7
                                    

Hai! Dalam diari ni, author hanya berbahasakan diri author & korang 'aku-kau' je okey?

Baiklah, aku rasa korang tak pelik pun kenapa aku tetiba buat diari ni kan? Antara sebabnya, aku buat ni sebab nak luahkan apa saja peristiwa atau apa-apa saja yang aku nak luahkan. Ya, setiap manusia pasti ada masalah mereka yang tersendiri kan? Cuma masalah tu berbeza-beza.

Secara jujurnya, aku ni kurang kawan ataupun lebih tepat lagi teman untuk meluah perasaan. Jadi bila aku luah di sini kuranglah sikit bebanan aku kan? Jadi itulah sebab-sebab kenapa aku pilih untuk buat semua ni.

Tentang diri aku:

Memang dah lama aku wujud dan sertai wattpad ni. Aku pun seorang penulis. Tapi penulis yang tak bertauliah lah hahahahaha. Aku menulis hanya untuk suka-suka & buat orang lain gembira dengan cerita aku. Walaupun jalan cerita tu tak selalunya indah. Faham tak? 😅

Dan ya, aku cakap tentang diri aku kan?

Kalau korang tengok username aku, nabellagrande. Itu bukan nama sebenar aku tau? Aku bukan keluarga Grande ye. Aku 100% orang Malaysia. Grande sangat. Mat saleh kau. 🤣

Aku nak kekalkan identiti aku begini. Maksudnya, aku tak nak bagitahu followers atau readers siapa diri aku yang sebenarnya. Sebab? Aku rasa lebih selesa bila tak dikenali ramai. Bukan sombong tauu. Yang tahu tu, tahulah.

Kebetulan, aku minat Ariana Grande. Nabella tu aku ambil dari nama aku juga. Tapi ejaan dia bukan macam tu. Korang faham-faham jelah ejaan dia macam mana. 😅

Jadi aku gabungkan kedua nama tu kemudian jadilah NABELLAGRANDE oyeahh. Korang rasa susah ke nak ingat username ni? Tak kan? Siapa kata susah tak nak kawan!

"Childish sia kau ni, author,"

Hahahahaha! Btw, aku masih student tau. Jangan teka umur berapa sepak kang!

Oh ye, aku ada je account instagram. Cuma aku tak nak bagi korang tahu. Sebab kat situ korang akan tahu siapa akuu. Eh jap jap, kat sana aku tak post gambar muka penuh kat feed tau. Kat ig story pun sama. Aku selekeh, serius. Kalau post pun, muka separuh then tutup dengan sticker @ emoji je.

Bila mula join wattpad?

Sejujurnya, aku sertai si oren ni start tahun 2017. Masa tu, aku hanya readers, tak rasa pun nak buat cerita ke apa ke.

Tapi naik je tahun 2018, aku dah mula terasa nak menulis & mengarang cerita. Korang tahu? Bocah gila tau aku masa tu hahahahaha! Cerita pun merepek-repek. Macam budak ah. Dengan ayat tunggang langgang tunggang terbalik. 😂

Dan aku tak nafikan, sekarang pun sama je rasanya. 😆

Seingat aku, tajuk cerita first yang aku buat tu 'BFF ITU SUAMIKU'. Adeh! Kahwin ngan BFF konon. 😒 Terasa bocah nak mammmmm bila teringat balik. Dengan words nyaa tak sampai pun 500 words. Hahahaha! Maklumlah, masa tu baru nak start menulis.

Tajuk cerita second yang aku buat pula, 'DI SINI CINTA, DI SANA RINDU'. HAHAHAHAHAHA ambik kau! Tajuk pun ambil dari tajuk lagu. Eh tapi tak pelik mana pun aku rasa. Yang peliknya jalan cerita. Macam budaklah aku cakap tadi. 😂 Tapi cerita ni cepat gila reach 1k views tau. (Walaupun jalan cerita macam apa dah).

Dan third, tajuk dia 'JANGAN TINGGALKAN AKU @ DOLCE AMORE'. Eeee tah apalah tajuk! Datang dari manalah hm? Otaklah kot HAHAHH. Baru nak berkembang masa tuu.

Malangnya, cerita tu aku dah delete semua. Yayyyy! So jangan gatal-gatal tangan nak cari ya! Sia-sia je. Dan lepas 3 generasi tulah aku start buat cerita ABANG POLIS I LOVE U! (2019).

Elehh, lovelah sangat. Jujur eh jujur, aku minat pejuang-pejuang negara tau. Macam askar, bomba, polis, paskal, paskau apa benda semua tulah. Tahu kenapa? Sebab pakaian diorang tu nampak macam disiplin sangat. Aku suka!

Dan alhamdulillah! Cerita abang polis tu dapat sambutan yang memuaskan juga bagi aku. Bersyukur sangat. Sebab cerita tu, aku masih ingat. Aku baru publish and then dalam sebulan macam tu dah reach 1k views. Dan aku rasa cepat jugalah naik.

Mungkin bagi korang biasa-biasa saja kan? Tapi bagi aku itulah yang paling istimewa buat aku. Sebab sebelum ni tak pernah cepat macam tu naiknya. Dan dah setahun mengarang cerita tu, akhirnya sampai juga 10k views. 10,000 views korang! Aku agak excited sebab jakun kan tak pernah lagi macam ni.

Sekarang pun masih dalam proses menyambung babak yang seterusnya. Dalam setahun ni aku mampu buat 20 bab je korang tahu! Aku sedih sebab tak mampu publish hari-hari. 😞✊🏻

Sempena tahun 2020 ni kan, azam aku nak habiskan cerita aku. Itu je! Dan harapan aku dapatlah dibukukan ke apa ke hehehehe inshaaAllah semoga Allah makbulkan aamiin. ❤️

Dah banyak ni. 🤣
Aku cau dulu ya? Bye!

Yang Benar,
nabellagrande.

Aiceh! Ngade!

NABELLA's Talk: Sembang-sembang meh!Where stories live. Discover now