Terlanggar Senior.

34 4 5
                                    

Korang ni baca je kan? Sporting la sikit 😭

•••

Hai korang!

Hm aku ni hari-hari update tak ada kerja ke nak buat? Hahahaha btw ada je. Tapi nak rileks sekejap bukalah phone dengar lagu ke main wattpad ke ig ke. Eh banyak pulak kau -,-

•••

Macam korang tengok tajuk tu, korang pernah tak terlanggar senior?

Mestilah pernah kan? Ya aku pun. Kalau dengan perempuan tu dah biasa. Kalau dengan lelaki haih itu yang aku tak biasa. Dahlah senior. Kau rasa?

Nak aku cerita tak?







Korang tak nak pun aku nak cerita jugak. Heheh 😏







*Kejadian ni berlaku masa aku form 2.

Baiklah, ceritanya begini.

Masa tu aku baru beli ayam goreng dekat koop kot. Entahlah lupa dah. Pastu bila siap, aku pun pergilah belakang nak tunggu kawan aku.

Bila kawan aku siap, aku pun mengundurlah ke belakang. Pastu aku terlanggar senior lelaki tu.

Tapi guess what?

"Eh, sorry,"

Dia yang minta maaf dengan aku. HAHAHAHAH malu wehh.. Aku pun hanya senyap, kaku sebab malu gila time tu. Allah je tahu.

Pastu kawan aku tarik lengan aku sambil berkata, "Heish apelah *nama aku*,"

Aku pun senyum jelah. Malu gila kut masa tu. Sepatutnya aku yang kena minta maaf dengan dia tapi terbalik pulak. Sebab memang obvious aku yang undur ke belakang dan secara tak langsung terlanggar dia. Huaaaaaaaa nak nanges bila ingat balik.

Lepas dari peristiwa tu, aku selalu tebalkan muka bila jumpa dengan senior tu. Malu weh. Kekadang bila teringat pun rasa macam bod** betul aku masa tu.

Tapi sekarang dia pun dah tak ada. Dah sambung belajar.

Meh aku cakap, senior aku tu baik. Baik gila. Nasib aku terlanggar dia. Kalau aku terlanggar senior lelaki lain yang perangai macam lahan** macam mana? Tak ke dia heboh kat kawan-kawan dia. Pastu kawan-kawan dia yang perangai macam apa ejek aku pulak.

Aku bersyukur.

Tapi aku tetap malu.

Kadang kalau terjumpa senior tu kat mana-mana pasaraya, aku mesti mengelak.

Aku harap dia tak ingat pun aku. Aamiin.

Mesti korang nak tahu dia macam mana kan? Hensem ke?

Hahahahahahaha 😂

Dia tak hensem, tapi dia comel. Putih, chubby-chubby gitu. Haa. Tapi dia bijak gila. Budak target tu bohh. Satu agi, dia baik gila nak mati.

Biasa senior lelaki lain berbahasakan 'aku kau' je kan? Kalau dia ni, berbahasakan 'saya awak' guysss.



Amboi diri sendiri, banyak puji dia nampak?

Tapi betul. Itu semua fakta.

Dahlah, tu je kot korang 😂 Kalau korang ada cerita terlanggar senior ke siapa yang korang tak kenal, ceritalah kat komen tu. Aku baca je. Confirm la reply.



Yang Benar,
nabellagrande.
6 Julai 2020.

NABELLA's Talk: Sembang-sembang meh!Where stories live. Discover now