Call.

42 5 5
                                    

Hai dan assalamualaikum semua! Okeylah, yang macam korang tengok aku akan bercerita mengenai CALL pada hari ini.

Ceh dah macam mc sekolah.



Call ni merangkap kepada semua jenis kategori seperti video call, voice call, facetime, mobile call dan sebagainya. Tak kisah, asalkan dapat bersembang dan bercakap menggunakan data ataupun kredit.

Kalau korang, call jenis apa yang selalu korang guna?

Kalau aku, aku pernah guna semua call yang aku sebutkan tadi. Dengan? Haa.

Video call - Dengan parents, kawan perempuan, akak senior aku. Lelaki pun pernah tapi sekali je (masa hari raya). Itupun group call, kiranya kawan perempuan aku pun ada. Memang tak aku nak tunjuk muka. Dengan kawan perempuan & akak senior aku pun tunjuk kipas je. 😆
Voice call - Dengan parents, dengan kawan perempuan jugak, ada jugalah dengan lelaki lain tapi sekejap je dan someone special.
Facetime - Dengan adik.
Mobile call - Dengan ayah aku. Ni kalau ada benda urgent je. Biasa kalau aku nak tidur aku akan tutup mobile data dulu. So, kalau call kat whatsApp memang tak dapatlah jawabnya.


Baiklah, korang dah faham kan?

Perasan yang aku taip someone special tu?

Korang rasa siapa?

Bf?

Nope. Bukan bf.


Okeylah, aku cerita dari awal. Aku namakan dia 'A' ya.

Kisahnya begini, waktu tu A break dengan ex gf dia. Diorang break bukan dengan cara yang baik. So korang fahamlah situasi si A ni macam mana. Lepastu dia mengadulah kat aku yang pasal tu. Jadi, dia minta nak call aku. Aku pun macam... okeylah. Sebab orang minta tolong kan. Lagipun aku kesiankan dia sebab dia cakap aku je ada masa dia tengah sakit. Masa ni kali pertama aku call dengan dia ya.

Jadi aku bersetuju. Dan sampai sekarang, lepas je dari peristiwa call tu dia seolah-olah addicted dengan suara aku. Aku pun entahlah. Seram pun ada jugak sebenarnya HAHAHAH well aku ni kalau dengan lelaki memang takut.

Tapi tipulah kalau tak jatuh hati dengan dia kan. Dia tu baik. Sangat baik. Tapi itulah, kekadang overthink ni buat aku takut tau.

Lepastu harini, aku scroll kat explore instagram. Kemudian ada topik hangat mengenai 'couple islamik'. Aku pun tak berapa faham tentang tu. Jadi aku scroll pula komen kat post tu.

Dan yang paling aku terkesan,

Korang fokuskan pada yang digaris tu je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Korang fokuskan pada yang digaris tu je.

Aku macam... weh. Aku bukan nak bersangka buruk tau. Tapi dia lelaki. Kalau dia dengar suara aku, boleh menaikkan nafsu dia ke?

Dan aku terfikir. Di manakah ikhtilat aku sebagai seorang perempuan? Aku takut weh, sumpah.

Yang pasti kitorang tak bercouple pun. Cuma sekarang ni kes suka sama suka kot. Idk lah korang.. Tapi kalau dah asyik call dikira zinalah kan? Zina hati.

Haih adakah aku patut layan dia lepasni?

Aku takut aku lukakan hati dia je.

Korang faham kan perasaan aku macam mana?

Okeylah, aku rasa cukup sampai sini je dulu. Korang bagilah komen korang tentang apa yang aku patut buat tau. Aku buntu, sumpah.


Yang Benar,
nabellagrande.
4 Julai 2020.

NABELLA's Talk: Sembang-sembang meh!Where stories live. Discover now