Chapter 32 - Kisah Hyunjin

662 51 27
                                    

Wendy hanya tersenyum.

"Jadi... Apa maksud awak... Menang?..." tanyaku.

"Hmm, saya ada cakap dekat dia. Kalau saya menang, saya nak dia berubah perangai psycho dia" balas Wendy.

"Tapi disebabkan degilnya. Dia konfiden yang dia akan menang." kata Wendy dengan menggeleng kepala.

"Ha? Dia menang macam mana pulak?" tanyaku dengan pelik.

"Kalau dia dapat kahwin dengan awak. Maknanya saya kalah, sebab dia tak berubah perangai psycho dia."

"Aku pun tak ada taste nak kahwin dengan dia. Racun aku la, dera la. Ehhh baiklah dia kena tangkap" monologku.

"Hyunjin ada cakap apa-apa ke kat Y/n masa dia kena tangkap?"

"Ah... Ada jugak... Tapi sedih la... Macam... Saya tak appreciate dia la selama ni. Sebab dia yang jaga saya dari kecik kan?... Jadi dia marah la sebab ini yang saya balas dekat dia..." balasku dengan kepala tertunduk.

"Saya masih... Rasa bersalah... Dekat dia..." kataku dengan sebak.

Wendy datang ke arahku lalu mengusap belakangku.

"Jangan risau, nanti dia akan berubah la tu..."

Aku hanya mengangguk.

Beberapa jam kemudian, aku meminta izin untuk keluar dari rumah Wendy. Aku meneruskan perjalanan aku ke hospital Bulletproof. Hati aku tergerak untuk melawat Hyunjin.

Tiba di wad Hyunjin.

"Annyeonghaseyo..." kataku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ah Y/n... Kenapa tak cakap awal-awal yang awak nak datang sini? Saya boleh sediakan air" kata Dr. Yoongi.

"Eh tak apalah, saya cuma nak lawat je." balasku.

"Hmm kalau macam tu, tengok la Hyunjin disebalik cermin ni ye" kata Dr. Yoongi.

"Baik..."

Hyunjin diletakkan di dalam sebuah bilik khas di dalamnya hanyalah warna putih. Cermin kaca yang sukar untuk dipecahkan dan pintu besi yang sukar untuk dipotong atau dikemekkan.

Aku melihat ke arah tangan Hyunjin yang berdarah.

"Apa jadi... Dekat dia... Doktor?..." tanyaku.

"Hmm biasalah, nak larikan diri. Dia cuba tumbuk pintu tu. Tapi sayangnya, dia yang cedera.." balas Dr. Yoongi dengan spontan.

"Ah..." balasku.

Aku melihat Hyunjin yang duduj memeluk lututnya dia atas katil. Aku masih rasa bersalah terhadapnya.

'SETELAH BEBERAPA TAHUN OPPA JAGA Y/N DENGAN BAIK!!!! Y/N BALAS MACAM NI KE?! HAA?!?! ARGHHH!!!!!'

Aku hampir menangis. Aku masih rasa aku merupakan seorang adik yang teruk.

Dr. Yoongi mengusap kepalaku. Aku terkejut dengan perbuatannya.

"Janganlah termakan sangat ayat Hyunjin tu. Saya tahu awak rasa awak  teruk sebab buat dia macam ni. Tapi hakikatnya, awak buat keputusan yang betul untuk keselamatan diri awak" puji Dr. Yoongi dengan tersenyum.

Aku juga tersenyum.

Kelihatan Hyunjin mengangkat kepalanya.

"Selamat pagi~ dah sedap tidur? Hmm nak makan tak? Kalau taknak makan, aku makan kan. Tengah lapar ni" kata Dr. Yoongi dengan menggunakan mikrofon.

LIFE WITH AN IDOL 2  (HYUNJIN X READER) [✔️]Where stories live. Discover now