Chapter 31 - Berita Tersebar

621 49 11
                                    

Beberapa hari kemudian, berita tentang Hyunjin tersebar jua di surat khabar, berita televisyen, sosial media dan sebagainya.

Ramai wartawan yang bertanyakan soalan kepada Chan dan JYP. Tetapi JYP tidak tahu untuk membalas macam mana sama juga dengan Chan yang berlakon tidak mengetahui apa-apa.

Aku pula hanya duduk di ruang tamu dan meminum secawan kopi susu panas semasa menonton berita tersebut.

Keesokannya di sekolah.

"Y/N!!!!!!!!!!" panggil rakan sekolahnya yang lain lalu mengejarnya.

Aku terkejut semasa berjalan lalu aku ditarik oleh seseorang dan menyorok di tempat lain.

"Ha... Ha.. Ha... Aku ingatkan... Kau tak akan kena kejar lagi.... Y/n...." kata Moonbyul dengan mengah.

"Itulah... Alang-alang Hyunjin dah tak ada kat sekolah ni.. Aku ingatkan... Kita dah bebas..." balas Jeongyeon dengan lemah.

"Jadi" kata Jeongyeon dan Moonbyul.

"APA SEBENARNYA BERLAKU DEKAT HYUNJIN!?!?!? D-D-DIA KENAPA KENA MASUK HOSPITAL BAHAGIA!?!? D-D-DAN KENAPA DIA DI SUSPEK MEMBUNUH ORAN-" mulut mereka berdua ditutup dengan kedua-dua tapak tanganku.

"Shhh shhh!!!! Korang pun jangan nak terpekik-pekik boleh tak!?!? Kalau orang lain dengar macam mana!?" marahku dengan berbisik.

"O-oh m-maafkan kitorang Y/n" kata Moonbyul.

"Tak cuma kitorang terkejut... Kenapa dia tiba-tiba kena masuk hospital... And then.. Di suspek pembunuh?..." tanya Jeongyeon.

"Panjang.... Ceritanya..." balasku dengan rasa bersalah.

Moonbyul dan Jeongyeon melihat antara satu sama lain lalu mengangguk.

"Tak apa Y/n. Itu privasi kau. Aku rasa memang tak patut kitorang tahu" kata Jeongyeon.

"Yep, mana la tahu takut bila kau cerita kat kitorang. Terbukak aib abang kau. Jadi kitorang buat keputusan untuk tidak mengetahuinya" sambung Moonbyul.

Aku hanya tersenyum semasa melihat mereka.

"Thanks" balasku.

"Jadi sekarang ni... Kita nak kena cari jalan penyelesaian supaya tak akan ada orang kejar kau" kata Moonbyul lalu memegang kepala dia.

"Haih satu masalah lagi, ye dok?" balas Jeongyeon dengan tersengih.

"Maaf sebab aku selalu susahkan korang...." balasku.

"Eh kau patut bersyukur ada kawan macam kitorang!! Kitorang sentiasa ada walaupun kau senang atau susah!! Haha!!" kata Moonbyul dengan bangga.

"Ha iyelah makcik perasan cinderella.  Dah jom kita gerak, kelas dah nak mula ni" kata Jeongyeon.

"Uhmph!!" balas aku dan Moonbyul dengan angguk.

Dalam perjalanan ke kelas.

Pelajar lelaki hanya melihat aku dengan penuh ketakutan. Manakala perempuan pula lari dari aku, ada sesetengahnya hendak menanyakan soalan tetapi takut denganku.

Aku hanya mengeluh berat.

"Jangan risau, kitorang backup kau" bisik Moonbyul.

Tiba di kelas.

Aku duduk di tempatku lalu mengeluarkan buku tulis dan buku teks untuk membuat notaku.

Sedang aku menulis, tiba-tiba sebuah tanganku menepuk buku teksku. Kelihatan rakan sekelasku yang perempuan berada di hadapanku.

LIFE WITH AN IDOL 2  (HYUNJIN X READER) [✔️]Where stories live. Discover now