Chapter 16 - kegembiraan Y/n

673 61 2
                                    

Hyunjin POV.

"Aku bertindak ganas dekat Y/n. Aku tak sengaja buat macam tu dekat dia. Y/n akan benci aku ke? Aku taknak dia benci aku. Dia je yang ada dalam hidup aku"

Aku serabutkan rambutku di meja belajarku. Aku menoleh ke belakang untuk melihat keadaan Y/n.

"Dia masih tidur"

Aku meraup wajahku dan masih risaukan tentang kejadian tadi.

"Aku pasti dia tak tahu lagi pasal diri dia"

Aku bangun dari mejaku dan pergi ke arah bilik air.

Aku mencuci mukaku.

Fikiran negatif membuak di dalam otakku. Aku menjerit dengan kuat supaya fikiran itu hilang.

Tetapi tidak.

"ARGHHHH!!!!!!"

Aku menghantukkan kepalaku di dinding.

Aku menjadi pening, aku membuat keputusan untuk baring di tub mandi.

Aku membuka paip air dan biarkan bertakung di dalam tub mandi untuk tenangkan diri aku.

Secara tak perasan, aku pengsan dan menyusur ke dalan air yang penuh dalam tub mandi.

•••

Aku sedar dari pengsanku dan aku muntah kerana terlalu banyak air dalam diriku.

Aku menjadi tenat selepas itu. Aku merasakan yang Y/n mencium bibirku.

"Patut ke aku balas? Aku rasa tak, tapi dia dah selamatnya aku, aku rasa patut"

Aku mencium bibir Y/n untuk membalas pertolongannya tapi disebabkan aku terlalu tenat, aku tidak sengaja mencium bibirnya secara rakus.

Dan akhirnya aku tersandar di dinding.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku masih terkejut dengan Hyunjin. Aku meletakkan tanganku di bibirku.

"N-ni bukan m-mimpi kan..."

Aku melempang kedua-dua pipiku dengan lembut.

Hyunjin menggigil kesejukan.

"Eh eh lupa yang dia basah"

Aku segera mengambil tuala untuknya.

"Nah oppa, bukak semua baju. Nanti Y/n buat air panas untuk oppa"

Hyunjin mengambil tuala itu dan segera membuka butang bajunya.

"KEJAP KEJAP TUNGGU Y/N KELUAR LA"

Aku segera keluar dari bilik air.

Di dapur.

Aku membancuh secawan coklat panas di dalam cawan yang besar.

Sedang aku membancuh air itu, aku teringat tragedi di taman pada malam tersebut.

"Kejap. Kalau gambar tu kata, aku dari keluarga lain."

"Maknanya"

Aku terkejut.

"BETUL KE YANG AKU NI BUKAN ADIK KANDUNG HYUNJIN?! SEBAB TU KE DIA BOLEH CIUM AKU?!" bisikku.

Air mataku mengalir secara tiba-tiba.

"Sudahlah tu Y/n. Jangan la nangis lagi" kataku pada diriku.

"Nanti kau akan... Jumpa ahli keluarga kau... Kau cuma perlu bertahan je..." kataku dengan teresak-esak.

Aku mengelap air mataku sehingga kering dan cuba untuk menenangkan diri aku.

LIFE WITH AN IDOL 2  (HYUNJIN X READER) [✔️]Where stories live. Discover now