Chapter 33 - Kenangan

668 52 29
                                    

"Awak kena sokong dia, bantu dia. Sebab awak je la antara orang yang dia paling sayang." terang doktor Yoongi.

"T-tapi... Macam mana kalau dia bertindak-"

"Saya yakin dia tak. Saya kenal diri dia macam mana"

Aku terdiam seketika.

Selepas itu, aku melawat bilik Hyunjin semula. Hyunjin juga masih duduk di atas katil, memeluk lututnya.

Sebaik sahaja aku berdiri di hadapan cermin, Hyunjin perasan kedatangan diriku. Aku menekan butang untuk bercakap dengannya.

"Oppa... Ni Y/n... Y/n datang mela-"

"Tak payah nak acah oppa sangat. Adik mana je sanggup buat macam ni dekat abang sendiri" kata Hyunjin yang terus menembak diriku.

Aku terdiam.

"Dengar dulu... Apa Y/n nak cakap" kataku.

Hyunjin menoleh ke arahku.

"Boleh saya masuk?.." tanyaku kepada jururawat tersebut.

"Boleh" balas jururawat tersebut.

Aku membuka pintu besi tersebut lalu masuk ke dalam. Hyunjin turun dari katilnya lalu duduk di meja kopi yang disediakan. Aku duduk menghadapnya.

"Jadi. Apa yang kau nak cakapkan?" tanya Hyunjin.

"Um.. Itu.." kataku dengan rasa takut.

Hyunjin merenung tajam ke arahku. Dia mengeluh.

"Kalau kau nak buang aku... Buanglah. Aku memang dah tak diperlukan kan? Orang yang taknak guna memang patut kena buang terus" kata Hyunjin.

"Tak, Y/n tak bermaksud macam tu-"

"Jadi apa yang kau nak cakap? Sebenarnya?" kata Hyunjin memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

Aku bermain dengan jari jemariku.

"Kenapa oppa.... Tak ceritakan. Semuanya tentang oppa..." kataku dengan perlahan.

Walaupun suaraku perlahan, Hyunjin masih juga dapat mendengar suaraku.

"Doktor tu bagitahu engkau ke?" tanya Hyunjin.

Aku mengangguk. Hyunjin tergelak kecil.

"Haih... Y/n... Y/n... Kalau aku baru bagitahu kau sekarang.. Yang aku ada adik serupa macam kau. Tak ke nanti kau makin suka aku masuk penjara atau hospital? Y/n sendiri dah tahu yang orang depan Y/n ni. Psycho, kan?" kata Hyunjin.

"Betul jugak cakap dia" monologku.

"Kenapa kau tertanya-tanya? Baru menyesal campak aku kat sini?"

"Kalau oppa tak dera Y/n. Buat macam-macam kat Y/n. Y/n tak akan buat macam ni dekat oppa la" balasku.

Hyunjin menjeling tajam ke arahku.

"Yeah yeah.. Apa-apa je la. Aku dah tak ada mood nak layan kau. Bye" kata Hyunjin lalu bangun dari tempat duduknya.

"Oppa buat macam tu dekat Y/n!! Sebab apa??? Sebab apa Y/n kena dera macam-macam daripada oppa??? Lagipun... Y/N CUMA ADIK ANGKAT JE KAN???" kataku dengan kuat.

Jalanan Hyunjin terhenti sebentar. Aku pula menunggu jawapannya.

"Sebab aku taknak kehilangan orang yang aku sayang buat kali ke 2. Aku taknak kenangan yang lama berlaku lagi. Aku trauma." kata Hyunjin dengan perlahan.

LIFE WITH AN IDOL 2  (HYUNJIN X READER) [✔️]Where stories live. Discover now