Chapter 11 - karenah Hyunjin.

748 62 20
                                    

"Aik? Takkan pasal markah peperiksaan dia nak buli Y/n?" tanyaku.

"Sabar, cerita belum habis" kata Hyunjin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiba hari jadi Hyunjin.

"Aku akan bagi hadiah ni dekat Hyunjin" monolog Irene dengan gembira.

Walaupun Irene dan Hyunjin selalu bergaduh dalam pembelajaran, Irene juga ada perasaan terhadap Hyunjin dari dulu lagi. Sebab kenapa dia selalu bertarung dengan Hyunjin dalam pembelajaran kerana dia hendak merapatkan hubungan dia dan Hyunjin.

Tapi malangnya, Hyunjin tidak kisahkan Irene. Hyunjin hanya menganggap Irene hanya sebagai rakan.

(Hohoho kene friendzone,) - A.A.

Di atap sekolah.

"Hyunjin!!!!" jerit Irene lalu berlari ke arah Hyunjin.

"Oh, Irene. Ada apa?" tanya Hyunjin yang sedang membaca buku.

"Nah, hadiah kau" kata Irene yang malu untuk memberikan hadiah kepada Hyunjin.

"Oh, hadiah? Thanks" balas Hyunjin sambil tersenyum.

Irene berdebar untuk memberitahu perasannya kepada Hyunjin.

"Um, Hyunjin..." panggil Irene.

"Ye?" balas Hyunjin

"Aku... Sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu..." kata Irene.

"Cakap je la, apa malu bosskur?"

Irene tertawa.

"Sebenarnya kan.. Aku dah lama suka kat kau.."

Hyunjin mengangkat kepalanya dan melihat ke arah muka Irene.

"Mhm?" tanya Hyunjin lagi.

"Ja-jadi... K-kau.. Sudi jadi... Boyfriend... A-aku..?" tanya Irene dengan gagap.

Hyunjin menutup bukunya lalu datang mendekati ke arah Irene.

Irene pejam matanya dengan rapat, hatinya berdegup dengan laju.

Hyunjin mengusap kepalanya. Irene membuka matanya dengan perlahan-lahan.

"Maafkan aku, tapi aku hanya menganggap kita ni kawan je" kata Hyunjin sambil tersenyum.

Irene terkedu. Hatinya berkecai dan matanya mula berkaca.

"Kenapa? KENAPA HYUNJIN?? KITAKAN SELALU RAPAT???" tanya Irene.

"AKU NI TAK SESUAI DENGAN KAU KE???"

Hyunjin hanya tersenyum.

"Maaflah, tapi aku lebih sayangkan adik aku. Lagipun dia kecik lagi, aku tak boleh tinggalkan dia" kata Hyunjin dengan selamba.

"KAU-! MEMANG-!" jerit Irene.

Air mata Irene mula mengalir di pipinya. Dia meninggalkan atap sekolah supaya tidak dilihat oleh Hyunjin.

Irene berlari ke arah tandas perempuan dan menangis sekuat hati.

Tamat persekolahan, Hyunjin berjalan bersama Y/n dan pulang ke rumah. Irene hanya melihat gelagat mereka dari belakang.

"Aku takkan maafkan kau...." kata Irene dengan geram lalu mengenggam buku limanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku memukul kepala Hyunjin dengan bantal sofa.

"Aduhh!!! Kenapa pukul???" tanya Hyunjin.

"MACAM MANA IRENE TAK BULI Y/N KALAU OPPA DAH TOLAK IRENE MACAM TU JE?!" marahku.

LIFE WITH AN IDOL 2  (HYUNJIN X READER) [✔️]Where stories live. Discover now