🌺part 1🌺

16 1 0
                                    

  Ding ding dong....

   Alarm sekolah dah berbunyi menandakan dah masuk waktu rehat. Hah, apa lagi? Jadi mayat hidup lah pelajar Sekolah Menengah Sakura berlari mendapatkan cafe sekolah yang tak bernyawa tu.

    Katherina, Zein dan Anny memang dah sedia maklum akan kesesakan cafe sekolah sepertimana, jadi mereka sebagai mayat hidup yang bertauladan.... Main osom untuk menentukan siapa yang beli makanan, beli minuman dan jaga tempat duduk.

   "Ooooosom!", Biarlah suara Zein sahaja berbunyi sebagai wakil kepada lagi dua gadis tersebut.

    Ternyata sudah hari malang Katherina sudah muncul. "Kath....apa lagi?, Pergilah beli makanan untuk kitorang. Aku macam biasa lah... Nak sandwich ayam", Pesan Zein yang sudah sedia untuk menghalau Katherina untuk beratur. "Hm... Aku nak apa yang ada je janji murah dan sedap", Kata Anny pula. "Ok ok... Aku pergi...", Dengan malasnya Katherina pergilah beratur semata-mata nak beli makanan.
    'huuu...malangnya hidup aku harini....'

     Kira-kira lepas 15 minit macam tu barulah Katherina berpeluang untuk membeli makanan. Selepas selesai membeli Katherina baru dapat keluar dari kesesakan beratur.
    'Dah macam rasa nak mati berhimpit lama lama kat situ boleh jadi sauna free' (POV katherina)

                      BANG!!!!!!

     Malangnya hidup Katherina...baru terasa nak bernafas nah amik kau! Berlanggar pula dengan orang.
     ' Katherina...tengoklah siapa kau langgar tu!!! Mampus aku!!!' (Katherina POV)
     "Tak ada mata ke?!" Soal Aeron betul betul menggila. "Saya minta maaf sangat sangat Aeron...saya tak sengaja.... Maafkan saya..." Rayu Katherina. "Senangnya awak minta maaf! Sekarang ni baju saya dah kotor! Awak nak buat macam mana?!", Tengking Aeron.

     Orang ramai mula memberi perhatian kepada keadaan yang tak sengaja tersebut. Malu bertaut sebab ramai yang melihat, tapi takut lebih mendalam sebab berhadapan dengan manusia yang paling garang dekat sekolah iaitu Aeron Sparrow.

   "Aku boleh maafkan, tapi... Ada syaratnya!" Kata Aeron. "Apa syaratnya saya x kesah janji awak maafkan saya", Balas Katherina. Terbit rasa lega bila Aeron kata begitu, namun masih terasa degupan jantung yang makin gila bila Aeron dah tetapkan syarat.

      "Syaratnya....

only one in foreverWhere stories live. Discover now