💐part 15💐

8 1 0
                                    

  "Neiral...apa yang awak buat?" Soal Kuro. "Tak menarik langsung..." Kata Neiral yang berada di atas dahan pokok. "Tuan puteri akan meronda sebentar lagi... Kita kena pergi macam orang lain juga..." Kata Kuro lagi. "Aku tak nak... Kalau kau nak kau boleh pergi tapi jangan ajak aku. Aku tak nak buang masa untuk perkara tak berguna macam tu!" Marah Neiral. "Kalau kau dah cakap macam tu... Nanti aku balik... Kau jangan buat hal pula kalau tak penjara istana lah kau..." Pesan Kuro. "Ya ya... Aku tahu tu...kau tak perlu membebel macam mak cik yang tak habis-habis dengan cerita entah apa tu." Balas Neiral. Kuro tergelak kecil melihatkan gelagat kawan kesayangannya itu.

         🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

  Lama betul Kuro ni... Apa sahaja yang dia buat? Takkanlah dia pergi melamar tuan puteri tu pula... Haish... Merepek apa aku ni? Ish... Aku kena cari juga dia ni entah mana sahaja hilang!" Leter Neiral seorang diri. Neiral berjalan mencari Kuro. Hari semakin gelap Neiral mula resah, Kuro masih tidak dijumpai.

'Satu saja... Hutan iro... Situ adalah tempat terakhir yang boleh aku cari Kuro.'

  "Kuro... Tolong jangan takutkan aku..." Bisik Neiral seorang diri berlari menuju ke hutan iro. Hutan iro adalah pemisah di antara tiga dunia yang berbeza iaitu dunia manusia, dunia serigala jadian dan dunia vampire hutan iro juga adalah tempat di mana mama dan papa Kuro disemadikan.

  Neiral mula mencari serata tempat. Menggunakan deria vampire nya untuk mengesan jejak darah Kuro. "Kuat sangat bau darah ni! Tapi aku yakin ni bau darah Kuro!" Kata Neiral, berlari mengikut jejak bau darah.

  "K-Kuro... Ku...ro... Jangan main-main... T-tak lawak tau... Bangun... Bangun Kuro! Kuro bangun! Bangun! Bangun! BANGUN AKU CAKAP!!" Jerit Neiral air mata mengalir deras. Mukanya merah padam kerana menangis. Tangannya bergetar menyentuh sahabatnya itu. Kuro dah mati, meninggalkan Neiral keseorangan.

  "....lah puteri tak guna tu.... NI SEMUA SALAH PUTERI TAK BERGUNA TU!!" Jerit Neiral berlari ke arah istana yang tersergam indah di cahaya malam.

only one in foreverWhere stories live. Discover now