💮 part 16💮

13 0 0
                                    

  "Pengawal! Pergi halang penceroboh itu, dan selamatkan tuan puteri! CEPAT!" Arah raja Watari. "Baik!" Para pengawal segera bertindak mengikut arahan si raja.

  "Engkau... Engkau punca kawan aku mati kau tahu tak?!" Neiral mula bertindak tanpa kawalan. Neiral mula menggila. Soyana kelu dia tak faham apa yang Neiral cakapkan. "Bawa bertenang... Saya tak faham apa yang awak cakap... Tolong bertenang..." Kata Soyana cuba bertenang kerana di hadapannya adalah lelaki yang dianggap sampah oleh semua orang. Neiral mengeluarkan pisau yang tersisip di sebalik kot labuhnya. Soyana mula panik. "Sebabkan kau... Kawan aku mati tahu tak?! Semua ni salah kau!" Marah Neiral. Neiral makin mendekati namun tanpa Neiral sedar pengawal istana mula untuk bertindak.

     "SERANG!!!!!!!"

🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌

  "Papa... Jangan risau Soyana boleh jaga dia..." Kata Soyana cuba memujuk si raja. "Tapi Soyana... Budak tu hampir-hampir bunuh kamu takkan kamu mahu jaga dia?" Soal si raja. "Tak apa... Soyana akan bantu dia... Soyana akan pastikan dia berubah jadi baik... Papa jangan risau. Soyana kan kuat!" Kata Soyana lagi kali ini dia nekad untuk membantu Neiral. "Huh... Baiklah tapi orang-orang istana akan melihat apa yang kamu berdua buat." Pesan si raja. "Baik... Soyana akan jaga dia." Kata Soyana.

  Soyana terus masuk ke dalam bilik dimana Neiral direhatkan akibat pergaduhan semalam yang dapat dihentikan oleh Soyana sendiri. Soyana tekad untuk membantu Neiral.

  "Berpura-pura kau kuat tak akan buat orang senang dengan hidup kau." Satu suara menyapa Soyana dengan dingin sebaik sahaja Soyana masuk ke bilik Neiral. Soyana terkejut terus memandang ke arah suara tersebut yang berada di tingkap.

  "Awak dah bangun?" Soal Soyana memberanikan diri. "Kenapa kau beria nak tolong aku... Aku ni siapa untuk dibantu. Kau kenapa?" Soal Neiral dingin. Setiap ayatnya benar-benar terusik di hati Soyana. "Saya cuma nak bantu awak.... Dan nak minta maaf sebab semalam...kerana awak diserang oleh pihak pengawal..." Kata Soyana suaranya perlahan menandakan dia terusik dengan perangai Neiral yang terlalu ketara membencinya. "Kenapa kau tak bunuh sahaja aku... Aku lebih rela mati daripada terus hidup tanpa Kuro!" Marah Neiral airmatanya masih mengalir mengenakan Kuro. "Hey... Kenapa dengan kawan awak... Saya tak tahu..." Balas Soyana berjalan ke arah Neiral. "K-kau... Jangan pura-pura tak tahu! Kau lah punca kawan aku mati kau tahu tak?!" Marah Neiral. "Saya memang tak tahu apa yang berlaku... Awak tolong cerita, saya boleh tolong awak. Saya janji! Saya akan tolong awak!" Kata Soyana dengan semangat. "Kau nak tolong aku?" Soal Neiral. Soyana angguk "tolong... Berambus dari hidup aku!" Tengking Neiral berjalan ke arah Soyana, membuat Soyana berjalan mengundur ke belakang. "Tolong berambus, aku tak nak te..." "Hei... Hei...bangun... Hei awak! Bangun!" Soyana mengejutkan Neiral yang tiba-tiba pengsan nasib sempat disambut oleh Soyana.

only one in foreverWhere stories live. Discover now